Pagi2 ini aku dikejutkan dengan whatsapp dari abangku yang ke-2
Beliau merupakan pesakit kanser NFC (Nasopharyngeal cancer (NPC) sejak tahun 2020.
Beliau merupakan pesakit kanser NFC (Nasopharyngeal cancer (NPC) sejak tahun 2020.
Berkahwin & punya 3 orang anak2 yang masih kecil.Yang sulung baru 6 tahun,belum pun masuk sekolah aliran perdana.
Berita pagi tadi menyatakan bahawa abangku relapsed semula kansernya.Pada tahun 2020,stage 3,dan menurut onko IKN macam merebak & pastinya telah berubah ke stage 4.
Sungguhlah aku terpaku membaca kandungan whatsapp tersebut.Aku rasa numb!Aku tak tau ayat apa nak aku karang yang boleh membalut sayu dihati abang atau yang boleh memujuk aku untuk redha.Aku sendiri rasa sedih apatahlagi abangku itu.
Aku yakin ujian Allah swt tiada satu pun yang sia2.Pasti ada hikmah disebaliknya.Kehidupan kita tidak selamanya immortal-suatu masa kita bakal dipanggil balik mengadap ALLAH swt.Tiada sifir yang sihat tidak mati dan juga yang sakit pasti mati.Sebabnya kita sumer bakal jenazah,bakal dipanggil bila waktunya tiba.Tak kira samada kita sedia ataupun tidak.
Aku perlahan2 merasakan bahawa,penyakit hanyalah asbab kematian.Sedangkan kematian itu adalah pasti buat semua yang hidup.
Aku berdoa semoga Allah swt mempermudahkan urusan rawatan buat abangku,dipermudahkan urusan mereka sekeluarga melalui ujian yang maha getir ini.
Insyaallah selagi namanya adik beradik,cubit peha kiri,peha kanan terasa peritnya.Kami akan selalu menyokong,membantu dengan apa sahaja kemampuan yang ada.Bertahanlah abangku,anak2 masih perlukan ayahnya.
1 comment:
Salam takziah mendengar perkhabaran sedih buat abg lynn....tumpang sedih, anak-anak kecil lagi uhhuhuhuu
Post a Comment