18 September, 2024

Happy 45th birthday MYSELF

17/9/2024  tarikhnya dimana aku meningkat usia ke 45 tahun.
Kalo dikira dengan umur,cukup matang menilai baik & buruknya sesuatu.
5 tahun lagi jika panjang umur aku dah masuk ke-usia separuh abad.
Umur 45 tahun jugak arwah abah meninggalkan kami sekeluarga
Maka umur 45 tahun ni agak signifikan buat aku 

Hari lahir itu sedikit sebanyak jangan tipulah
Kau akan ada sedikit expectation
Tak harap dari kawan2,tp mungkin dari suami sendiri

Malangnya hari lahirku
En Papa demam panas
Jadinya menyambut hari lahir dengan kureng serba serbi
Nak g makan pun dah rasa macam terpaksa aje
Dan sumpah cakap aku tak seronok pun
Dengan mengadap jem dr Melaka- KL
Lepas tu terus ke restoran kononnya nak makan2 sambut birthday
Sungguhlah x seronok rasa.

Lunch treat yang nampak serba unplanned
Makan & order benda yang sama di restoran yang sama saban tahun
Takde hadiah pun dari suami walaupun sekeping coklat
Kadang2 bukan nilai yang kita harapkan
Tapi efforts tu yang penting

Dulu masa tak berduit kita fahamlah
Tapi bila berduit pun xde dapat apa
Sudah tentu sebagai manusia biasa
Perempuan yang hanya mahu rasa special dihari lahirnya setahun sekali
Sumpah sentap ye!!

Tapi takperlah
Bukan sehari dua kena macam ni
Dah biasa sangat kan...
Nak beli apa pun ko beli sendiri
Tak cukup kita simpan sikit2,main kutu dsbgnya
Gittewwww!!

So next year stop expect bukan2
Sebab at d end ko yang sedih meratap hiba sendiri
Beli siap2 hadiah untuk diri sendiri
Balut elok2,sembunyi dalam almari
Esok lusa acah2 dapat surprise gift
Jadikler buat seronok diri sendiri
Biarlah pathetic pun
Yang penting ko happy












11 September, 2024

Sumpah busy like hell!


Sesungguhnya aku sangatlah sibuk 2 bulan kebelakangan ini
Kerja back to back
Tak termasuk urusan memusing jengok anak2 kat asrama
Dari Selatan ke Pantai Timur
Bulan 8 paling horror-hampir tetiap minggu aku takde dirumah -outstation semedang
Penat yakmat Ogos yang lalu
Sampai demam jugaklah hujung bulan tu dalam 2 hari
Selang seminggu en Papa pun sama demam
aigoooo...

Esok rumah kami akan kembali meriah
Anak2 dara akan balik memasing
Ain hanya ada cuti smp Isnin
Auni plak akan bercuti sehinggalah Sabtu minggu depan

So far takde apa2 plan nak berjalan
Bukan apa seram nak masuk highway
Risau jem dimana2 aje
Mulanya berangan nak g Desaru
Takpun nak berjalan Penang JJCM
Tapi tu lah..en Papa pun mcm xde respon apa2,nampak sgt x lalu/tak berkuasa nak mengadap sakai warga KL/Selangor yang pantang cuti weekend panjang sikit yang memenuhkan highway :(
Hotel pun konfemlah full & mahal ke bulan harganya
So setakat hari ini belum ada apa2 rencana nak kemana-mana
Mungkin nak ajak anak2 mandi manda kat air terjun aje kot-heret mak & adik sekali
Tak pun kita g tgk wayang,makan2 gitu ajelah

Tapi tak taulah kot mai giler ad-hoc trip
Tetiba sampai Ipoh ke..hahahahah
Kita g memandi kat Lost World of Tambun
Memusing Ipoh cari makan2
Tido semalam mana2 kat Ipoh
Lepas makan pagi next day leh cabut balik KL
Gitteewww kalo bab mak ko berangan!

Apapun sesiapa yang merancang JJCM
Selamat memandu ye
Biar lambat asal selamat kekdahnya
Bawak bersabar melayan jem disana-sinun
Standby makan-minum jajan secukupnya
Dan yang paling penting mengantuk aje
Sila cari RNR terhampir dan berehatlah tido
Sbb ubat mengantuk bukannya telan kopi,kunyah chewing gum
Tetapi tido ye kawan2!!

Enjoy your trip gais!
Have fun









17 July, 2024

Life within past 2 months:)

Takde alasan lain kenapa blog ini dibiarkan sepi selain kesibukan dengan urusan kerja hakiki dan juga urusan sbg ibu,isteri & anak
Banyak benda yang terjadi 3 bulan kebelakangan ini
Result SPM Ain
Struggle dengan beberapa pilihan beliau untuk melanjutkan pelajaran.
Urusan kerja-staff resign-relocation dsbgnya
Cerita kami ke Pulau Perhentian

Alhamdulillah result SPM Ain bagi aku agak baik & aku redha dengan ketentuan rezeki buat dia.
Dan as usual keputusan SPM jadi benchmark untuk beliau nak sambung study .
Ada beberapa offer masuk.
Tetapi setelah ditimbang-tara Ain memilih untuk ke Johor
Insyallah kami sekeluarga akan hantar beliau ke Johor Sabtu ini untuk urusan pendaftaran.Takde doa lain semoga anak ini berjaya walau dimana beliau berada,menjaga solatnya & menjaga ikhtilatnya.

Kesihatan mak-macam biasa,Mak masih sakit perut pagi2.Makin pelupa,nyaris terbakar rumah baru ni gara2 dia memasak & tinggalkan begitu shj sehingga hangit benda yang dimasaknya.Jadi jika dia berseorangan kat rumahnya mmg abang aku akan cabut hose gas spy dia takleh memasak.Kdg2 dia memasak pun dia tak makan pun at d end.Tak tau sebab apa yang sibuk sgt memasaknya.

Port fistula baru mak dah boleh digunakan.Insyaallah mggu ni IJC tube mak bolehlah dicabut.

Auni baru sudah PPT di sekolahnya.Kesian dia..lg sebulan barulah mama/papa dapat melawatnya diasrama.Kekangan masa & kewangan jugak jika nak melawat dia bulan ni.Sebab bulan ni kami menghabiskan sejumlah duit untuk preparation Ain.Jadi memang xde duit extra nak melawat Auni di Terengganu.

Adeeb sedang bergelut dengan games Ping Pong MSSD Sepang.Setakat ni,semalam dia layak ke semi final.Semoga kejayaan buat anak ini.

Affan sangat enjoy dengan kindy life.Dia lebih rela pi tadika dari duduk rumah sama kak Ain.Hahahaha..

Aku masih struggle bergelut dengan micromanage-boss yang annoying kemain.As usual siapa yang follow blog ni dari 16 tahun yang lepas -dengan katik the katak pun aku selalu bergadoh dulu apatah lagi dengan boss sekarang ni.Bukanlah bermaksud aku ni kaki gadoh tetapi aku ni sejenis orang ada prinsip-janganlah ko bodo2kan aku.Aku takde masa layan drama berepisod2 kisah bossy boss ni.

Meh layan gambar kami ketika berkesempatan ke Pulau Perhentian baru2 ini sempena meraikan kejayaan Ain dalam SPM.










Semoga Allah swt murahkan rezeki lagi bawak anak2 berjalan tempat lain plak.








16 May, 2024

Rangkuman Raya Aidilfitri 2024 & post Raya be like :(

Betapa lamanya aku tak menulis sesuatu disini
Aku punyalah bz sejak raya sampailah ke hari ini
Tapi hari ini aku nak mencurik barang 15minit menulis sesuatu disini

Raya tempohari-raya di Sg Besi pada raya-1
Raya ke-2 terus cabut balik Dungun.
Seronoknya malam tu Family Kak Long yakni kakak ipar ku buat BBQ-which is acara yang ditunggu2 oleh sumer orang.
Raya ke-3 melangut tak kemana which is memang biasa jika kami beraya disana
Raya ke-4 hantar Auni balik Sahut & kami menumpang tido di Kuantan rumah kakak ipar sebelum pulang ke Puchong keesokkan harinya

Pendek kata xde apa yang menarik pun raya tahun ini
Selain beraya di tengah minggu
Tak berjalan kemana pun
Sangkut dengan jem hazabedah 
Kuantan-KL amik masa 6 jam
Ntahapapa jalan waze bawak
Yang bodonya tetaplah ikut waze jugak

Affan good boy sgt tahun ni

Mak & Auni

Me & Mak

My little family



Post raya-tahun ni selain open house penuhlah wedding musim raya
Sebulan lamanya-asal weekend aje bz dengan jemputan sana-sinun
Mak plak masuk wad minggu ke 3 Syawal
Operation fistula kali ke-2
Yang menyebalkan post-ops mak kali ni
Banyak betul komplikasi

2nd day post ops
Doktor bagi discaj
Malamnya berangkut ke Hosp.Cyberjaya
Sebab bandage mak soaking dengan darah
Risaulah apa kena bleeding banyak sgt
Hosp Cyberjaya ganti bandage & dia kata normal

Patah balik rumah-selang berapa jam
Soaking penuh darah lagik smp tembus tilam kat rumah
Mak plak mengadu sesak nafas
Pkl 2am lebih berangkut ke HUKM-ED
Amik kaw..rupanya tak off ubat cair darah masa dialisis
Darah macam air paip
Oksigen plak rendah
Kena on oksigen 
Paru2 penuh air katanya

Kena tahan wad semula
Doktor Nefro run HD 6 jam lamanya
Yang menyedihkan mak kena tahan semula dihari lahirnya yang ke -75 tahun.
Alhamdulillah mak discaj 8/5 pkl 11pm smp ke rumah aku
Sempatlah potong kek sama Ain

Ain is 18th

Sweet 18th

On Ain's birthday dinner




Semalam 15/5-demam plak pkl 4am
Berangkut lg ke HUKM-ED
Kita dok risau kot infection kat luka operation ke
As usual kat ED mmg wajib ye bergadoh dengan MA kat triage

Aku bgtau history mak semua bagai
Diorang xmo attend
Katanya demam bukan kecemasan -kena htr pi klinik Primer
Aku cakap-saya takkan bergerak unless you get me Doktor to check on her
Jika betul ok,then fine
Saya bawak dia ke klinik Primer 
Saya pun tau Demam bukan kecemasan tapi Demam untuk mak saya yang post -ops berselang seminggu dengan komplikasi bukan benda kecik ye
Tak kuasa nak mengadap jem peak hours dr Puchong ke HUKM semata2 sebab demam
Berlambak aje klinik kat Puchong tu weiii

Tup2 Doktor ED keluar
1 aje yg Doktor tu buat
keluarkan stetoskop dan cek paru2 mak
Confirmed-paru2 mak penuh air
Kena tolak masuk Yellow Zone
Aku pandang MA yang rejek mak aku
Rasa nak telan sekor2
Orang Melayu pantang ada pangkat sikit
Action kemain

MA jer pun bukan Doktor pun..Choyyy sangat!!

Mak masih warded hari ini
Doakan mak cepat sembuh ye
Sungguhlah ssh hati bila mak sakit ni
Allah aje yang tau


Mak :(







08 April, 2024

28 Ramadhan & kisah minggu lepas

Hidup aku sumpah haywire sejak minggu lepas
Bermula dengan salah sorang staff aku yang tender resignation mengejut
Diikuti dengan Affan yang demam seminggu lamanya

Mujurnya aku uzur-maka kurang sikit tang ujian berlapar tu
Affan demam start Isnin depan
Aku ingatkan demam sebab isu tonsilitisnya
Selasa bawak klinik &start antibiotik
Tapi kali ni walaupun dah makan antibiotik
Affan masih x kebah demamnya
Rabu malam aku mula cuak sebab Affan punya temperature constant spike wpun baru lepas makan ubat demam 2 jam lepas
Tapi nak ke hospital malamnya
Aku plak x larat,penat yakmat

Khamis pagi aku EL
En Papa pun dah start demam Rabu ptg
Terpaksa heret ke hospital jugak
Kitorang ke KPMC sahaja
Sebab KPMC ni agak convenience
Wadnya selesa yakmat


Masa ni di ED
Masa ni nak set line

Running blood test 
Sekejap aje resultnya kuar
Positif Influenza B
Kurang 2 jam Affan dah dapat wad
Naik wad start antiviral-aku pun tggl dia kejap sama papanya.Aku masuk opis skjp.
Keja banyak pending bila staff aku sorang resign mengejut maka aku terpaksa bantu cover keja dia sementara nak dapat pengganti baru.

Baru dpt naik wad

Meragam hazabedah

Affan masih x kebah demam wpun dah start antiviral 48jam
Ptg Jumaat dia start batuk2 yang sangat annoying tu
Sabtu pg baru Paed mai cek-confirm Bronchitis.
Maka start frequent neb 4 jam sekali
Dah start nebulizer masa ni,mengamok jugak!

Tukar antibiotik & start fisio
Affan lebih baik pada hr Ahad pagi
Alhamdulillah-Paed discharged Affan
So dpt balik-smp rumah semalam pkl 5.30pm

Raya?
Rasanya plan raya kami terpaksa dirombak secara mengejut
Sebab nak settlekan antibiotik Affan dulu baru balik kg
Rasanya Raya 1 beraya di KL rumah omak
Ada sedikit kerisauan takut Affan demam semula di pertengahan perjalanan yang memakan masa 6-7 jam lamanya dr Puchong ke Dungun.

Insyaallah Raya ke-2 kami akan pulang ke sana
Kebetulan memang kena hantar Auni pada hari Sabtu tu
Balik kg selain nak beraya,adalah bersilaturrahim & juga balik kg merupakan escapism aku untuk berehat.
Aku suka aje balik beraya sbb aku mmg suka road travelling-suka berjalan jauh.
Apapun semoga dipermudahkan urusan plan beraya kami ni hdknya.

Selamat hari raya gais untuk mereka yang masih baca blog picisan aku ni.
Maaf zahir & batin ye

Pandu dengan berhati2
Semoga selamat sampai ke destinasi.






25 March, 2024

14 Ramadhan

Yaa ampon dah masuk 14 Ramadhan
As usual hidup serupa apalagi sepanjang Ramadhan ni
Pukul 5am dah bangun siapkan sahur & tak tido dah -solat subuh & bersiap nak g keja

Balik keja smp rumah pkl 5pm
Kelam kabut memasak plak
Masaklah apa aje yang ada
Yang mudah2 aje sebab memang berkuntau sgt mengejar masa
Paling cepat sudah memasak pkl 6pm
Paling lewat 6.40pm itupun jika Cik Nee ada kat umah sebab bila Cik Nee ada auto masak beria sikit.

Terawikh kalo x penat sgt,heret jugaklah kaki ke masjid.Kalo penat memang tido awal,sbb mata tu berat aje bila dah lepas isyak tu.

Anak2 alhamdulillah berpuasa tanpa banyak isu
Adeeb aje dah ponteng 2 hari sebab dia demam baru ni.
Affan masih belum diajar berpuasa-insyaallah tahun depan kita try ajar dia pelan2.

Shopping checklist & things to do
Ada beberapa perkara tak dibeli & settle lagi
  • Tudung raya Ain/Auni
  • Dokoh & brooch Ain/Auni
  • Kasut raya Adeeb/Mama
  • Selipar Adeeb yang hilang perlu diganti
  • Bayar duit kuih raya
  • Tukar duit raya
  • Make up si Ain
  • Skincare mama yang dah nyawa2 ikan
  • Buahtangan nak bawak balik kg
  • Seluar jalan Adeeb
  • Haircut for myself-serabut tengok rambut yang tak terurus ni.
  • Cuci dapor & stock up lauk pauk sebelum balik kg 
  • Mengemas hall-cuci kipas-servis a/c
  • Tukar cadar bilik
  • Mula mengemas beg untuk balik kg
Tahun ni memang raya paling berjimat rasanya
Anak2 hanya dapat baju sepasang untuk pakai dipagi raya & sepasang baju jalan & kasut raya.
Takde yang extravagant.Mama tahun ni pun xde beli handbeg raya sebagaimana tahun2 sebelum ni.
Tahun ni staf gomen tak dpt bonus raya makanya tight jugak budget raya kami-semata2 bersandarkan saving yang tak seberapa.

Apapun kena banyak bersyukur kerana masih ada rezeki menyiapkan kelengkapan raya anak2 seadanya.Macammana susah pun wajiblah berganti baju raya anak2, sebab to be frank anak2 pun jarang berganti baju jika tak kerana nak beraya.Sekadar tambah sehelai dua baju duduk rumah terutamanya Adeeb & Affan yang membesar dengan jayanya.Ain & Auni statik aje saiz masing2-sekeping aje.Makan x seberapa bdk2 tu.

Ajarkan anak2 kita tentang rasa syukur,sebab dengan kita bersyukur insyaallah Allah swt akan tambah lagi rezeki kurniaanNYA.Yakin & percaya Allah swt maha pemurah,tiada tangan yang menadah tangan berdoa dibiarkan kosong tanpa pemberian yang diminta atau diberi yang lebih baik dari apa yang kita doakan.

Teruskan berpuasa ye..ada plus minus dalam 2 minggu lagi kita akan menemui 1Syawal.Semoga amal ibadat kita diterima tanpa filter hendaknya.






14 March, 2024

Sudah 3 Ramadhan!

 
Hidup sangat hectic bila bulan posa ni
Pagi2 dah bangun pukul 5am
Memasak ala kadar untuk bersahur
6.30am siapkan sarapan Affan,bersiap solat Subuh & 7am wajib dalam keta dah
Hantar Adeeb ke Sekolah dulu sebab papanya lewat sikit sebab menguruskan dak Affan bersiap untuk ke tadika plak
Sampai opis ngam2 pkl 8am

Balik keja sampai rumah pkl 5pm
Berkuntau kat dapor plak
Semalam paling lama memasak
Masak asam pedas ikan jenahak,goreng ayam,tumis kobis & goreng kuey teow untuk Cik Nee yang kebetulan ada dirumah.
Siap masak pkl 6.30pm-naik bilik mandi & solat Asar.
Terus terlentang atas katil lepas tu
Sebab mmg sakit sangat tangkap habis belikat belakang
Penat kemain semalam
Lepas berbuka sibuk mengejar Maghrib,kemas meja,mencuci apa patut & kain baju
Semalam x larat nak ke masjid berterawikh  sbb sumpah penat 

Pagi ni bangun waktu sama jugak 5am
Hari ni rezeki bersahur nasi goreng sardin aje
Sebelum bangun tu mimpi pelik naw rasa
Mimpi jadi pengantin-nak kawin
siap ada khemah bagai
Bersiap sama mak andam gitttewww
Pengantin lelakinya sapa?
Sepupu den..hahahahahaha..

Aneh2 mimpi di 3 Ramadan.
Begitulah kan..mimpi kawin plak..bilalah nak mimpi jadi jutawan plak kan!!

Selamat berpuasa semua
Stoplah scrolling gosip2 murahan retis
Stoplah tengok content merepek kat socmed tu
Kalo x mampu buat selamanya
Buatlah bulan Ramadan ni
Mana nak tau
ini jadi titik tolak perubahan kearah kebaikan nanti









Post of a DAY

Mengucapkan selamat tinggal ke BNPL

Aku tak tau orang lain macammana Tapi aku memang dah terjebak dengan BNPL Aku ada few platform yang ada aktif BNPL Antara Lazada,Shopee,Grab...