04 December, 2012

23 tahun

4 DISEMBER 1989

 tarikh ini merupakan titik hitam dalam kehidupan aku sekeluarga
aku & adik beradik bergelar anak yatim
abah meninggal dunia secara mengejut
diagnosed- heart attack

aku baru berusia 10 tahun rasanya
dan aku masih ingat
itu hari pertama aku bersekolah baru
dan aku masuk tahun 5 masa tuh

dulu2 persekolahan baru bermula Dec yea
hari pertama bersekolah
abah suh makan nasi lemak yang mak masak
sambil pesan - lepas nih kena belajar pegi sekolah sendiri
pagi tuh abah hantar pegi sekolah naik scooternya

balik sekolah jalan sendiri pelan2
tgk abah masih ada kat rumah
aku masih ingat sedang bersimpuh makan tghr
sbbnya nak ke sekolah agama petangnya
abah dok disofa tgk kami adik beradik makan
dok pesan itu - ini
tapi yang paling aku ingat
"jalan pegi sekolah baik2, nanti esok-lusa abah takde dah"

pegi sekolah agama buat kali pertama
dihantar oleh emak
punyalah takut
sebab dah darjah 5 baru nak pegi sekolah agama
tulis jawi, baca jawi pun tak berapa pandai
baru sejam -dua dalam kelas
tetiba nampak kakak aku datang masuk kelas
sambil menangis2
minta izin bawa aku pulang

aku yang tak tahu apa2
ikut angkat beg
ada kereta menunggu dibawah
sampai rumah - kak long bagitau "abah dah meninggal,lin"

aku rasa macam mimpi
sebab elok sgt pagi tadi dia hantar pergi sekolah
bagi duit belanja
pesan itu & ini
baru sangat dia teman kami adik beradik makan tengahari

abah meninggal di usia yang agak muda
abah baru 45tahun masa tuh
dan mak baru berusia 40 ketika itu
adik bongsu baru 3 tahun

begitulah kisahnya
permulaan dimana aku bergelar anak yatim

dan ianya permulaan yang begitu sakit

aku tahu bagaimana rasanya menjadi anak yatim

kalo diizinkan Allah
aku tak nak anak2 aku melalui nasib seperti aku

biarlah jika sampai ajal ku & suami
biarlah ketika anak2 aku sudah pandai berdikari

tapi siapa yang tahu
rahsia Allah yang satu ini ?

wallahuallam bwsb

Al fatihah utk arwah abah
Abdul Latib bin Amir









30 November, 2012

percutian mega - bukan sekadar berangan :))

bestnya berlunjur kaki tepi kolam kan?


aku yakin ramai antara kita
yang suka melancong
yang suka bercuti
yang suka nak tengok tempat orang

kadang2
selalu2
jarang2

pasti kita nak bercuti jugak sekali dalam setahun
paling dekat pun
mesti nak g PD.Bagan Lalang ke

aku punya pemahaman sendiri
tentang bercuti
selain merehatkan minda
membuang duit secara berhemah
ia juga salah sata cara utk spend masa bersama anak2 ahli keluarga
dan jugak utk tgk tempat orang
rasakan budaya,serta masakan orang lain
dalam masa yang sama- shopping!!

sure ramai antara kita berangan nak ke luar negara
tipulah kalo kata takde kan!!

aku pun selalu berangan nak bawak anak2 melancong ke luar negara
tapi selalu pikir persoalan bajet
kalo dah sebut luar negara
dah tentu tukaran mata wang berbeza
kena pegi US/UK
lagi berganda2 kecil matawang RM kan

aku rasalah kan..
kita tak salah berangan
tapi apa salahnya kalo kita berangan
sambil bercita2

cita2 mesti seiring dengan perancangan

mula2 tetapkan DESTINASI impian masing2- tulis BESAR dalam note book VACATION anda

-eg : HK DISNEYLAND

jumlah anggota rombongan

-eg: 4 orang

masa , tempoh percutian - tempoh jangkaan untuk melancong

-eg-5h4m- tempoh dalam 16 bulan akan datang ( biarlah tempohnya lama lagik, asalkan perancangan kita menjadi)

start survey hotel, tempat makanan, tiket2 masuk utk taman tema dsbg

-list semua website yang menawarkan kadar berpatutan

selepas itu yang paling penting BAJET

-eg - RM 15K paling murah

sila kira2 semula-adakah cukup saving anda sebanyak itu ..ambil kira saving & kadar faedah jika anda menyimpan dalam bank..ambil kira jugak kemampuan kita setiap bulan utk percutian.let say ada bonus & ASB dividen- boleh campur sekali utk simpanan percutian kita.

banyak website yang mengajar cara2 utk kita merancang simpanan utk percutian

dan memang menarik !!

kat sini aku sertakan link utk "cara2 menyimpan untuk perancangan percutian "

-sini

-sini

banyak lagi- tapi kena rajin google

tip2 untuk dapat better deal atau yang murah2

selain beli tiket airline berbulan2 awal drpd tarikh penerbangan
-alert semua promosi AA/MAS- cuba2 nasib kot2 berjaya

rajinkan mengoogle semua maklumat yang berkenaan tempat percutian

merencana ittenary masing2- make sure dapatkan banyak rujukan terutamanya utk mereka2 yang dah pernah sampai ke sana

book hotel melalui pelbagai website spt agoda.booking.com.asia rooms,

serta stick to the budget - jangan mengelat!!DISIPLIN paling penting ok.

dan yang paling utama - DOA banyak2 , semoga Allah mempermudahkan perancangan kita-niat paling utama sbg nak melihat kebesaran ALLAH, nak tengok tempat orang, bukan nak bermegah2..nauzubillah!!

jadi sempena nak hujung tahun 2012

jom kita berangan secara berhemah!!

selamat berjaya :))






29 November, 2012

3 tahun 3 bulan -bittersweet moment













budak panjang akal nih
keletahnya
kadang2 buat kita geram
kadang2 rasa nak gigit2 jerk
kadang2 rasa nak gelak mengekek2

semalam elok tgh makan malam
suap dia makan
tiba2 dia tanya

"mama, mama tahu tak rumah ijat terbakar/"
rumah ijat mana ?

ijat upin-ipin tuh!!

tepuk dahi!!
hahahahaha

pengaruh upin ipin makin teruk budak nih!

ajak sembahyang jemaah
elok papa baca al fatihah
dia bantai baca doa makan kuat2
terus terbatal solat
dah masing2 gelak mengekek2

elok orang rukuk
dia bantai usik2 punggung orang
notty sgt2!!

alhamdulillah
dah lama auni tak kena attack lelah
syukur alhamdulillah!
lusa ingat nak bawak dia jupe paed
sbb nak tentukan utk stop flixotide @ tak

auni mudah sikit berbanding kakak
independent level lebih baik dr kakak
diaper less except waktu tido shj
still bottle feeding
sgt suka makan macam mama
x banyak ragam sgt
tp sgt sensitif
tak leh kena tegur sikit
tak leh kena marah sikit
merajuk sorang2!!

manja bukan main
pandai amik hati
mudah buat orang suka dgn dia

habit yang paling mama menyampah smp skrg
adalah suka sgt berlarik tak cukup tanah
dan kalo nangis sikit mesti nak muntah
haiyaaa!!

apapun seronok tgk Auni skrg
banyak cakap
suka tiru iklan tv, suka tgk you tube
menyanyi, berjoget
bijak bagi komen
dan yang paling penting makin sihat membesar!

alhamdulillah
cepatnya kamu membesar anakku :(


cinta hati mama !










28 November, 2012

im a proud working MOM!

dalam hati meronta2 nak update blog
nak merepek dalam blog terchinta nih
tapi as usual niat tak seiring dgn perbuatan

my job is piling and the list will be never end
with limited energy
time constraints
juggling between being mum,wife & full time working mum

mengejar closing end month Nov
mengejar pulak utk closing year end 2012
mengadap report yang sumer nak ad-hoc
melayan para boss yang makin bossy hujung2 tahun nih
buat sakit kepala!!

but still this is my job, my responsibilty
i love doing my job
its a part of me - my obsession
and im used to it
kalo aku merempan, lepas stress pun
its normal as human being
even dok rumah pun ramai meroyan stress jugak dlm Fb
but to wave goodbye to my current job
rasanya belum masanya !

i dont get any idea
for myself to tender resignation
and become a full time housewife

because i know nothing
instead of what im doing now
yes !!
that's me :(

im not like other super mom outsides
who can bake, who can sew,who can make craft
who is good in doing bussiness
who is granted with super natural talent !

thats make me thing
its not a right time
to be SAHM/WAHM

become a fulltime working mom
doesnt make me richer
but make me fully occupied

im also done a house chores like other's mom too
woke up early morning
prepare breakfast, even cook for lunch before going to work
and make dinner as well after get back from work
done laundry job nite time
cleaning,sweeping floor after dinner
play with the kids
bedtime stories
attend to Ain homeworks
assist on her phonetic
groceries shopping on weekend
and the list goes on

thats make me wonder
where the energy come from?

its a matter of responsibility

i just want to be a better person
become a good wife
become a good mum
become a loyal SERVANT
become a good staff

*its just a self explanation entry -even im fulltime work mum im still doing my job as mom- doesn't make me an excuse for not become a good mom to kiddos!

Quality time is better than quantity ok :))

*its really irritated to seen quarrel between mom's nowaday especially on Fb

an issue that always been raised :-

-between breasfeed or not
-between working or not
-choice of kids kindergarden
-choice of hospital
-paed issue
-gynae issue

bla.bla.bla..

its a bit complicated
when you're start comparing
and claims you're better than others

stupidos!

whatever choice we have taken

please bear on mind
respect others choices as well
doesnt mean your choice is better than others

TRUST ME
Every mom's want to provide a best for their own child
with their own capability
with their own resources


yes ,definitely IS TRUE!








25 November, 2012

10 Muharram 1414H


semalam pagi2 buta dah kuar
breakfast kat kedai depan rumah
mama is malas masak on weekend

misi utama mahu ke Lowyat
setelah melihatkan promo DELL yang giler dlm FB page mereka
smp sana - carik parking sedikit azab
itupun kul 1030am dah terpacak kat Low Yat
still susah carik parking

pg tgk kat concourse area GF Low Yat
tgk promo DELL
hajat dihati nak beli Lappy Ultrabook utk lohkong
setelah memikirkan smp skrg tak beli present besday dia mggu lepas tuh
so pusing2 jugak
Ultrabook DELL starting prices at RM1599 itupun kosong
xde Window 8
kalo nak Window 8 kena bayar lagik
nak tambah ram kena bayar lain pulak
nak anti virus lain rega
haiisssssssssssssshhh!!
+- 2k lebih bodo2

jadinya aku naik 2nd floor
jupe kiosk Acer
bersungguh salesman nih wat kempen
Acer V5 nya
yang menariknya
Window 8 ready installed
Anti Virus Kaspersky utk setahun
siap free 8 in 1 kits percuma
free carrier bag ACER yang sangat cantik
still sleek design, nipis & ringan 14'
ada processor I3
siap leh upgrade ram jadi 4GB
rega baru RM1450
itupun aku tawar lagik jadi RM1400
#silalempanglaju2

sleek design ,simple & sweet!!
 muahahhahaah!!
giler stress salesman tuh

bagi aku bargain mesti win-win situation
kalo takat rm50 nak berkira sangat
aku cabut kaki
carik tempat lain
berderet2 kot orang jual Lappy kat situ
mmg good bargain

so aku beli jerlah
malas nak memusing tempat lain lagik
dgn kanak2 nak berjalan di Low Yat
adalah sgt azab ok

balik dr Low Yat
aku cabut g Damansara Specialist Hospital
nak tgk anak DrSinga
warded due to major OP- boleh refer blog Dr yea
boleh pulak tersilap jalan
masuk Jln Duta - kuar exit Kota Damansara
mak aihhhh jammed sgt menyakitkan jiwa & raga kat depan Dataran Sunway
snails moving smp Mutiara Damansara
u-turn semula mencarik exit DU
baruler jupe hospitalnya
giler lama tak menjejakkan kaki kat sini

seronok jupe DrSinga
semoga Nina cepat sembuh!!

dok sekejap cabut balik rumah
si kenit Auni dah meragam
nak tido punya hal
buat susu sebotol tido smp rumah

malamnya after maghrib sempat g Tesco
segala mak-nenek kat rumah dah habis
cukup bulan sumer benda habis!!
tgk ada Back To School sales
ramainya ibubapa kat situ
rega baju brand Signature
memang betul2 murah
kos dalam RM6.90-RM 14.90 utk seragam sekolah rendah

sempat beli baju kurung 4 helai
kain baju kurung warna biru 2 helai
1 set pinafore
kasut 2 pasang
seluar track suit 2 helai
stokin 3 pasang
dan jugak anak tudung 2 helai
kos baru rm161.91
still x jupe kain baju sekolah agama yang warna hijau tuh
serta tudung awning putih
ingat nak pelan2 carik jugak tempat lain

apapun sedikit lega bila dah siap membeli barang2 sekolah anak
so kita tahu we're prepared for her school next year
memang mama yang terlebih excited
anak sulung nak masuk sekolah kan!!

dan cerita hari nih
pagi2 buta aku dah tercongok kat opis
kata pekerja contoh
komited lagi berwibawa

bluweekkk!!

banyak kerja kena siap nih sebelum hujung bulan
huhuhuhu!!

takmo dgr si katik meroyan kekdahnya!!

23 November, 2012

FINANCIAL MEDIATION BUREAU ( FMB )

hidup bawah tekanan dasar kapitalism.its about money--money--



hari nih aku teringin nak berkongsi ttg maklumat ini
Financial Mediation Bureau
adalah badan -NGO
sebagai orang tengah
untuk sebarang pertikaian antara pengguna- pihak intitusi perbankan

contohnya
A pengguna kad kredit Bank B
tetiba terima statement kad kredit
ada transaksi yang mengelirukan
yang menunjukkan transaksi yang tidak dilakukan oleh A sendiri

report dispute dgn Bank B
Bank B amik masa 14 hari utk keluarkan result investigation
bila kuar result - A bertanggungjawab atas transaksi itu & dikehendaki membayar keseluruhannya
A marah & tak berpuas hati
maka A disarankan merujuk kesnya pada FMB

FMB selalunya akan bertindak sebagai badan berkecuali
tidak memihak pada A  jugak pada bank B
penyiasatan akan dilakukan tanpa bias
berpandukan bukti dokumentasi yang diberikan oleh pihak bank & jugak mereka akan menjalankan penyiasatan terperinci dr pelbagai sudut

jadi sekiranya
kawan2 ada pertikaian dgn pihak Bank
bolehlah merujuk kepada FM

maklumat lanjut boleh lihat di website mereka disini

kenapa tetiba aku raise isu nih

-sbb tgh struggle fight dgn bank jugak nih,ada transaction online bayar bil air Kota Kinabalu- sampai 570 ringgit..bank kata kita liable to pay sedangkan kita tak tahu menahu pasal ni..sapa pulak yang tggl kat KK yang aku baik sgt nak tlg bayarkan bil nih..wallahuallam!!so tgh tggu result dpd FMB jugak ni..

so utk mereka yang ada masalah macam aku nih, adviceable to get help from FMB

fight for your right :))

Contact number : 03 22722811
Alamat               : Level 25 Dataran Kewangan,Dataran Takaful, No 4 Jalan Sultan Sulaiman,50000 KL

sharing is always caring!

22 November, 2012

mama is paranoid !

betul tuh :))


semalam result grading class untuk kak ain dah keluar
balik2 aje semalam
kak ain bagitau mama
ain dapat masuk kelas no 3 daripada 8 kelas utk tahun 1

walaupun bukan kelas pertama
mama still rasa seronok
jadiler nak
as long as kamu mahu belajar
kamu mahu berusaha lebih gigih
semoga jadi lebih baik nanti

mama doakan kamu berjaya dunia & akhirat
jadi pelajar yang tekun
yang hormatkan guru2
yang dikasihi kawan2
yang paling penting jadi contoh terbaik utk adik Auni

sejak dua menjak nih
aku adalah sedikit terlebih paranoid
aku mengaku aku seriau sikit
bila kak ain nak masuk Tahun 1 nih

aku dok pikir macammana anak aku nak masuk sekolah
macammana dia nak dandan diri dia sblm pg sekolah
pandaike dia ?
sebabnya kak ain aku akan transitkan kat taska
setelah balik sekolah agama
kalo pg2 nak g sekolah agama
aku leh siapkan dia awal2
tapi nak g sekolah kebangsaan sblh petang tuh
adoikhhh!!

tahu ke dia belanja kat kantin?
tak kena tolak anak aku?
dia kecik orangnya-takut kena buli
pandai pegi toilet sorang2 x?
ingat ker dia nak balik ke kelas sendiri nanti?

uwaaaaaaaaaaaaaaaa

mmg mama yang lebih paranoid!

tetiap hari aku pesan macam2 dgn dia
walaupun lambat lagi sekolah nak buka
sampai dia pun stress dgr aku pesan itu-ini

aku akan bercuti hari pertama kak ain sekolah
nak tgk m/mana dia naik van pg sekolah agama /sekolah kebangsaan
aku cuma harap ain jadi independent sikit
tak nangis
tak takut

pengalaman pertama seorang mama
anak nak masuk tahun 1

rasanya macam nak pegi interview kali pertama

haissssssshh!!





Post of a DAY

Speechless

Masih mengigil lagi baca offer letter Appointed as CONSULTANT  Walaupun tempoh hanya 1 tahun (contractual basis) Tapi consultant fees mencec...