10 September, 2012

makan free+purple


jumaat lepas pg keja adalah sgt heaven
semata2 misi makan2 free 
anjuran opis terchinta
g keja dr awal pagi mood sgt baik
malam sebelum tuh siap whatsapp
all partner in crime
kita purple ok esok!!

yang nak telan dlm 50  orang jer
order makan macam utk 200 orang
dengan sate beraneka jenis
rendang ayam
ayam golek
nasi himpit
lemang
kuih raya berbalang2
air berjag2
buah lagik

kesimpulannya--sumer pakat tapau masing2 bawak balik rumah
mmg banyak sgt
inilah jadinya kalo suh orang lelaki wat aktiviti order itu& ini
mmg ikut  #nafsutamakhaloba aje!!

apapun tahun ni
paling seronok rasanya open house kat opis
compared tahun lepas!
tq boss--next year kita wat lagik ok!

sila layan gambar ajelah!!

separuh daripada menu

   
yang paling hujung kiri sahaja yang belum kawin-1-3 dari kanan selamat jadi bini orang..bestie kat opis !!
-theme purple-
ini baru betul2 geng sebenarnya-geng whatsapp "team sengal"-dua-dua belum kawin...sedang berusaha utk  kenenkan 2 manusia nih..hehheheh!!

apapun sebenarnya selain dpt makan free
adalah seronok bergosip dgn kawan2
takde yang lebih best dari itu
hahahhahaha!!!

utk kawan2
i lap you all very2 much!!

07 September, 2012

pay back time :(

sejak 2-3 hari nih
mmg aku sibuk macam apa lagik
demi menjayakan misi Reunion Mega
setelah lebih 10 tahun kot x jupe dgn kawan2 lama

post thru FB
google nama thru online
demi berusaha nak dapatkan contact number
ada jugak contact number yang berjaya aku dapat melalui cara2 di atas
yang paling x menahan contact general line opis
konon2 mencari staff- action call dr bank
sebenarnya misi mencari kawan2 lama
takpe...tipu nak hidup kan!!

boleh dikatakan 70% berjaya
ada jugak yang bagi respon baik
ada jugak yang bagi respon hampeh!

kita call-x jawab
kita sms-x reply langsung
bila tagged FB-- pun x de respon
alih2 sms aku-- konon2nya aku tempat simpan sumer contact no
pakat ramai2 contact nak no si polan itu- no si polan ini
aiyokhhh ..ingat ini kaunter pertanyaan apa
aku beria mencarik berhari2
berusaha itu- ini
konon nak sambungkan silaturrahim yang dah lama tak terjalin molek nih
senang2 nak jadikan kita tpt jalan mudah

dan aku yang x berapa nak baik nih
buat benda yang sama
korang call--aku x jawab
korang sms--aku x reply

at least this is good lesson
supaya merasa m/mananya sakit hati
bila cubaan kita nak berhubung
tidak diLAYAN

bukan nak jahat sgt pon tapi...
"what u give, u get back ok"

aku cuma berdoa misi Reunion 16/9
ini akan tetap berlangsung dgn jayanya
wpun takde mereka2 itu
im not losing anything
even single cents !!



mode: sentap!!






04 September, 2012

itu dulu :))

work & happiness
2 perkataan berbeza
2 interpretasi yang juga berbeza
namun jika digabung kedua-duanya
lain jadinya

dulu memilih pekerjaan
yang aku lakukan skrg
lebih kepada  rasa utk memiliki kerjaya
passion takde
minat jauh sekali

setelah 4 tahun
aku lebih adaptasi dgn pekerjaanku skrg 
malah kalo tutup mata  pon
aku masih boleh buat kerja

aku gembira dgn kerja aku skrg
stress ada dimana2
dan kerana itu
rasa seronok bekerja
bersosial dgn kawan2
melebihi rasa stress kerja itu sendiri
bonusnya bila tgk pay slip tiap2 bulan

betul kata org tua2
tak kenal maka tak cinta

bagi aku kita kena cuba
belajar adaptasi
belajar selok-belok
penuhkan ilmu didada
dan jangan malu bertanya

its learning process
and its continuous learning
kenapa aku tetiba membebel isu ini
sbb aku rasa ini adalah keyword utk sesiapa yang mencari keja
yang masih job hunting

tak semua keja idaman kita
akan bergolek depan kita
apa jua peluang yang ada rebut sah

yang penting kita ada kerjaya yang halal
bekerja itu juga satu ibadat
setiap usaha kita utk bekerja
Allah janjikan pahala buat kita
dgn bekerja baru kita tahu nilai susah senang mencari duit
dan baru kita dipandang tinggi dek orang

selagi tak cuba kita takkan tahu kemampuan kita
selagi tak dipecahkan ruyung-mana dapat sagunya

teman susah & senang!






*entry khas utk adik2 ipar-semoga ALLAH mempermudahkan usaha kalian utk mencari kerja ..amin!!

*takziah utk yulida (black shirt)- smg Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah bondanya :(

03 September, 2012

Salam Eidulfitri 1433H

*this is sticky post-kindly scroll down for new entry :))



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

dari kami sekeluarga
Lynn,Rosmadi,Ain Wisyah,Auni Dina

Maaf Zahir & Batin

Semoga Ramadhan yang bakal berakhir membawa 1001 keberkatan kepada kita
 &
semoga semua amalan kita diterima olehNYA
Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan sekali lagi tahun hadapan
Insyaallah!


Berhati-hati semasa memandu!!
Selalu ingat orang yang tersayang :))



30 August, 2012

random 1234

pertama -
misi mencari/menjejak Jaja
dah berjaya semalam
nasib baik ada member yang dapatkan no telnya
malang sekali bila tel semalam
dia bagitau ada 2jam lagi sebelum flightnya balik ke Sandakan
so mmg takde rezeki nak jupe

kedua
semalam aku meroyan dgn seorang baker
memang baker yang selalu aku order
kalo nak makan kek
nak telan brownies
carrot cakes walnutnya sgt sedap
red velvet memang terbaik
memang aku memang repeat buyerlah dgn dia
semalam aku call nak pick up cheese brownies
selama nih tak pernah pun dia mention pasal delivery charge bagai'
suddenly semalam dia kata dia nak caj delivery

aku sedikit sentap!
bukan sekali dua aku order dgn dia
rasanya berpuluh kotak kot aku order dgn dia dr thn lps
even bulan posa baru nih..order smp 21 kotak brownies

-ve thinking aku
of coslah aku rasa dia nih nak cekik darah
suddenly impose those charge
sedangkan sebelum nih x pernah charge apa2

kalo dr awal dia bagitau
ada caj penghantaran bagai
xdelah rasa ralat sgt -sbb kita sedia maklum
sedangkan aku hanya mintak dia hantar ke ERL shj
since rumah dia kat putrajaya jgk

ok..fine..smlm aku g collect sndr kat rumah dia
reason- sbb aku x nak bayar delivery charge tuh langsung
aku pun amik brownies utk kawan2
diorang pun bagi $$ ngam2 harga brownies tuh aje
takkan nak caj pada kawan2 plak..kesian plak!

next time
aku lak rasa tak nak dah order dgn dia
dia tak pandai nak jaga customer
tak pandai nak retain customer
aku betul2 terasa dgn cara dia
so better get other baker next time!
yang ada budi bahasa- yang mungkin lebih sedap air tangannya

ketiga
semalam aku pusing merata
semata2 nak membeli kuih raya
anak2 pulak ada makan2 jamuan raya pagi nih
susah jugak rupanya bila x beli kuih raya bulan posa baru nih
so tahun depan kena beli jugak kuih raya
supaya kanak2 ada kuih raya nak dibawak ke sekolah
last2 beli kek shj utk kanak2 itu
dah kuih raya pun mahal serupa rega kek kan..

keempat
kalo xde aral esok akan g Melaka,esok jugak akan ke Tangkak
nak jupe kawan lama
nak memenuhi undangan kawan2
doakan smg lohkong x melompat esok

hahahaha!!

sila bertabah dgn wife kamu yea,papa :))

29 August, 2012

musim makan FREE ,musim jejak KASIH :))

as usual pas raya
event paling menarik utk para ibu2
adalah jemputan Open House
sebab leh skip memasak kan..
heheheh

ada few invitation yang sampai
even ada wedding invitation sekali
bermula hari jumaat- ahad
wahhhh!! sgt heaven gitu!!

ikut hati semua nak pegi
menghadirkan diri ke majlis orang itu dapat pahala yea kawan2
selagi tiada aral melintang
insyaallah..akan sampai jugak

sekarang dalam misi menjejak kasih seorang sahabat lama
namanya "jaja"
last time dapat tahu dia beli rumah kat Senawang Baru
malangnya memang lost contact
cari thru FB
yillek..cari thru google..ntah apa2 yang kuar
aiyokhhh ada baiknya jugak orang ada akaun Fb kan?

jaja..rindunya sama kamu
last sekali jupe 3 tahun yg lalu :(

semoga Syawal menemukan kita
doakan utk kami yea..

ptg2 selalu BW
malangnya x dan nak leave comment
sejak opis block blogspot
mmg misi berblogging agak susah sikit!!

ok..jupe lagik!


26 August, 2012

our RAYA 2012 stories

aku rasa tahun ini
memang sejarah sungguh
tahun dimana - mood raya kedaung
kuih raya ada 2 jenis shj yang aku beli
baju 2 helai shj
kasut beli last minute
huhuhuhu!!
tahun nih tahun bertema GOLD
konon2 nak nampak ceria sikit
sbb tahun nih bagai dah dijangka
kemeriahannya kurang sgt2!!
sgt lain bile kedua2 mertua takde nih..

tahun nih giliran beraya di Terengganu
kami sekeluarga balik sehari sebelum raya
bertolak kul 6am
dgn episod sakit perut tgh2 jalan jammed
dr Karak- Bentong
nak tergelak pun ada
bayangkan jalan giler jammed
perut aku meragam- nyaris2 membuang dlm keta
nauzubillah!!

alhamdulilllah sempat menyelit ke Masjid Lentang
mujur sempat !!
sgt lawak!!
lebih tragis..sampai ke Petronas Bentong
perasan ada paku dekat tayar keta belakang
jenuh pulak melilau mencari kedai tayar
alhamdulillah..sempat jupe kedai tayar kat pekan bentong

raya pertama
tak jupe rendang-tak jupe lontong
stress dok whatsapp dgn adik beradik yang beraya dgn mak
siap tagged gambar lontong kegemaran aku
ciss sgt bedebah!!

cuma yang paling best
bestfren sempat singgah ke rumah
Husna & family
tq babe!!

mana2 rumah pegi pun hidang nasi minyak
kakak ipar pun masak nasi minyak
cuma speselnya ada sate ayam
dan as usual ketupat palas manis/lemak
serta tapai pulut memang wajib

raya kedua sampai balik KL
dok melepek kat rumah pusaka arwah mertua
sumer kakak ipar ada agenda masing2
aku jugak mengadap kuih raya
mengadap air oren pas sudah
memang giler bosan!!
memang tak kemana pon
sampai bdk2 pun bising dok terperap kat rumah

pendek kata raya mmg dok rumah saje
tak kemana
paling jauh pg pon ke Mesra Mall,Kemasik
itupun sbb sangap tahap langit ke 7
bawak anak2 ke Toys R Us
sbb bdk2 nih beria sgt nak beli BABY ALIVE
guna duit raya masing2
ikutkan shj..asalkan tak guna $$ mama kan!!

moral of the story
next 2 year balik Terengganu
kita beli DVD banyak2
hadap sampai muntah
x best jugak rasa bile rumah sedara mara keliling rumah
mmg tak bergerak mana selain dr Kg Tok Kah
haiyaaahhhh!!

sila layan gambar yang tak berapa nak ada
kan dah kata..
tahun nih raya
serba seadanya!!
antara gambar yang tak berapa nak semenggah!!

bilerlah si Auni nak pandai bergambar.

jenuh mama nak audit kuih raya - Auni alah kacang..kebanyakan kuih raya banyak benar bubuh kacang..sian Auni

masa nak merayap ke Mesra Mall//


sgtlah boring kan..
takperlah..
next year kita raya sakan yek!!

kita pusing rumah sedara mara nun kat Perak

*seronok baca kisah raya blogger2 ..macam2 citer!!utk yang belum update--cepat2lah update..nak tumpang baca!

Post of a DAY

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari  Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama...