28 April, 2016

Berguling-guling mama gelak!

Semalam cikgu whatsapp
Gambar Adeeb & aktiviti main peranan kat taska dia
Berguling2 mama gelak
Adoikhhh





Tak leh bayang anak bujang aku dah kawin weiii

Adeeb sgt sporting
Dia memang suka main2 macam tu
Kat umah suka main macam ada restoran
Tanya mama nak makan apa 
Nak minum apa

Budak bijak ni kata mama
Cakap macam bertih jagung
Kaki bodek jugak ni


Semoga Adeeb jadi anak mama yang soleh ,berjaya dunia & akhirat.
Tolong mama jadi bodyguard kakak2 besar nanti..

25 April, 2016

Auni si budak bertuah

Sejak Auni sekolah 
Aku punya bp reading memang problem
Pagi2 aje boleh sakit jantung dibuatnya

Aku tak ada masalah sangat dgn si Ain masa Ain mula masuk sekolah
Tapi dengan Auni
Masyaallah
Allah aje yang tau


Auni memang takde masalah dgn persekolahan dia
So far dia catch up semua subjek
Even 1st exam baru ni
Dia score semua subjek
Dan aku memang impressed jugak dengan pencapaian dia
Kat sekolah kebangsaan dia dapat no 2 & no 14 dalam keseluruhan darjah
Sekolah agama dapat no 1 dalam kelas & dalam keseluruhan darjah
Memang aku pun terkejut

Auni ada masalah dengan self confidence
Attitude..
Dia cepat susah hati
Tetiap minggu buku dia hilang
Tetiap minggu aku @ papa dia terpaksa cari kat sekolah
Belum lagi bab kawan2 buli dia
Nangis 24 jam kalo mengadu
Kawan sorok pensil,kaler..botol air

Kalo buat homework cepat sgt susah hati
Cepat sangat panik
Menangis jangan kiralah..
Stress mak ko nak!

Kadang2 aku layankan jugak
Tapi selalunya aku malas layan

Aku & papa dia sedang ajar dia macammana nak selesaikan masalah dia sendiri 
Suruh dia cari buku kat sekolah
Tanya cikgu sendiri
Ajar dia buat homework pelan2
Dan ajar macammana nak handle sesuatu perkara satu demi satu

Aku dok bebel 
Jangan cepat susah hati
Nanti Auni cepat tua

Semua benda kat dunia kita boleh ganti
Kecuali nyawa
Buku hilang
Pensil hilang
Kita boleh beli lain
Homework pun kita boleh buat pelan2
Takde cikgu gila nak marah sampai potong tangan kalo homework tak siap kot
Gitu..

Sekarang aku tgh brush up solat dia 
Bagi aku @ sumer mak pak lain kot
Kita nak anak kita betul solat dulu kan
Ajar dari awal
Kita kejar akhirat
Dunia akan kejar kita pulak

*Auni (purple) tgh solat masa kem solat minggu lepas

Utk Auni Irdina anak bertuah mama
Semoga Auni jadi anak yang baik
Berjaya dunia & akhirat
Mama & papa sayang Auni sgt2





12 April, 2016

Daging goreng versi kelate

Berkahwin dengan orang Terengganu yang telah lama diasuh dengan gaya masakan pantai timur
Maka suka atau tak
Aku kena belajar memasak makanan untuk suami
Lagi2 makanan yang telah biasa dia makan
Kata orang tua
Memikat suami dari perutnya kan!!

Dulu menu pertama yang aku belajar masak untuk suami
Singgang ikan aya
Nampak senang
Tapi beberapa kali percubaan jugak 
Ada yang tawar sgt
Ada yang masam sgt
Tapi dah masuk tahun ke 11 ni-i/allah en papa tak pernah komplen lagik.

Dan daging goreng style sana tu
Memang aku try banyak resepi
Kalo ikut style mak aku masak
Daging tu perap kunyit garam-goreng aje
Pastu potong bawang bulat2 & cili hidup -tumis sampai layu--dah jadi..
Tapi style kelate ni-definitely mmg lain sikitlah..Lebih sedap bagi aku!


Resepi yang aku google 
Aku olah guna ayat pemahaman aku

Daging hiris nipis2
Gaul garam & kunyit
Tumbuk-bawang putih,kunyit hidup & halia

Masukkan air sikit dalam kuali
Masukkan daging yang kita perap tu
Bahan tumbuk tu sekali
Guna api kecik sikit
Biarkan air kering

Then potong bawang bulat2
Cili hidup
Dan aku suka letak kacang buncis/kacang panjang

Guna minyak sikit
Tumis bawang,cili & kacang 
Baru masukkan daging yg kita rebus tadi
Rasa garam segala
Siap!!

Selamat menjamu selera!




11 April, 2016

Ketam masak lemak cili api untuk anakanda

Ain & Auni peminat ketam tegar
Tapi mama jaranglah beli sebab rega kadang2 mahal melampau
Tapi semalam bila harga ketam RM20 sekilo kat pasar borong-mama belilah jugak sikit utk budak2 ni

Ketam nih aku selalunya goreng @ masak sambal
Semalam nak try masak lemak sbb teringat mak masak lemak memang marvelous

Resepi ikut resepi mak

Ketam -cuci & siang siap2
Ketuk penyepitnya yang keras tu dengan lesung dulu spy senang nak makan nanti

Cili padi-aku hanya amik 10 biji
Kunyit hidup sebesar ibu jari
Tumbuk sampai hancur 

Ketuk serai sebatang

Lebur semua benda diatas dalam periuk
Masukkan santan sekali-aku guna kelapa sebiji

Guna api kecik
Kacau pelan2 jangan sampai pecah minyak kekdahnya
Carik daun kunyit dalam 2 helai
Masukkan asam keping 1-2 
Rasa asam garam-letak seikut rasalah
Siap!!

Anak2 makan habis nasi seperiuk
Suka sgt dgn ketam



Nak masak ni memang tak susah
Kena rajin jer sikit

Ok..tunggu kalo aku rajin
Aku share resepi lagi yea.



06 April, 2016

Outing ,The Bens @ KLCC & ME time!

Minggu lepas aku outing dengan bff 
Lama sgt tak jupe
Maka set satu hari utk jupe & catch up antara satu sama lain
Aku pilih kuar Jumaat malam sbb aku rasa kurang sikit rasa bersalah kot tinggal anak waktu malam
Motiiiifff...sgt!

Ini antara kawan2 baik aku
Ekin & Laila
Tempat meroyan

*Ekin

*laila

*us

Kami end up makan kat KLCC
As usual aku kalo pg KLCC aku tak tau nak makan kat mana
Aku prefer lagi gi makan kat Cozy Corner Ampang Park pastu baru smbg merayap ke KLCC tapi dua orang kaya ni bersungguh nak g The Bens.
Disebabkan majority always win kan
Ikutkan ajelah

Sampai aje depan restoran
Mak aikhhh queue agak panjang
Tapi tak lama slps itu baru dpt seat
Mmg ramai dalam tu
Tak tau lah sebab sedap sgt atau sebab ramai sgt hipster nak makan ala3 orang ada2..hehhehe

Aku disebabkan lapor nasi
Aku order Nasi Lemak rega RM34.00
Nangis tgk rega!!

*ada rendang ayam & sambal udang 3 ekor..nangis lagi..tapi banyak2 condiment satu aje yg boleh kena tekak aku nasinya..sgt sedap!

*beef bolognese si Laila-rega dalam 24 koy..

*oglio olio spaghetti-rega rm19..yang ni memang ke laut dalam..langsung takde apa semata spaghetti shj.

Kami makan2..borak2 smp cashier hantar resit
Nak halau baliklah tu
Cissss!!

Tq utk Laila
Tukang belanja dinner kami bertiga!

Disebabkan rasa macam tak puas borak
Smbg borak lagik kat Dome depan taman KLCC tu
Minum aje pon
Perut dah kenyang kan

*ada orang nak makan brownies pulak tgh malam buta..layankan aje!!

Dekat pukul 1am baru aku smp umah
Sekali sekala elok jugak aku kuar
Me time kekdahnya

Bukan selalu kan
Seronok jupe kawan2..bukan buat apa pun..selagi mana kita menjaga syariat & batas2,aku rasa as wife & mom..me time mmg patut jadi aktiviti wajib sekali sekala..Big thanks utk en papa yang bagi izin & sudi jagakan kanak2 kat umah..

Dah janji lepas raya nak jupe lagi..i/allah..




05 April, 2016

Quick updates!

Maafkan aku kalo ada yang belek blog ni
Post adalah super sendu
Aku super busy
Dan super malas
Kadang2 ada rasa nak tutup blog ni
Tapi sayanglah pulak..

Masih ingat kisah sepupu aku yang mengidap penyakit kegagalan buah pinggang
Beliau dah takde pada 27-3-2016
Meninggal dunia setelah 40 hari lebih dok ICU Hosp Taiping
Kematian itu mmg sangat menginsafkan
Tak kira samada kita muda @ tua
Kita sedia @ tidak
Bila tiba masanya
Tiada siapa yang boleh menidakkannya



Hidup aku as usual takde apa yang menarik
Pegi keja balik keja
Mengadap anak2
Ada masa rajin masak
Ada masa makan kat kedai

Habis cuti sekolah baru ni
Mengadap result exam anak2
Auni menunjukkan tahap penguasaan yang baik compared to kak Ain utk 1st semester ni
Apapun still long way to go
Aku cuma berharap aku tak lost track utk  amik masa mengadap homework anak2 walau penat m/mana pun

Oklah..for starting
Aku stop menaip kat hp ni
Dah lama sgt tak on lappy tulis blog
Sumer guna hp saje

Aku akan cuba menulis lagi
Banyak benda nak tulis tapi masa yang tak berapa nak ada

*update ttg Adeeb
*kisah MSS 
*resepi
*outing


List aje banyak
Tapi rajinnnya ke laut!

Sebelum itu
Ini quotes menarik buat renungan!

Peace!





18 February, 2016

JJCM:Pulau Langkawi @ CNY holiday

Entah mari mana sawan aku
Teringin nak ke Langkawi
Last sekali pergi tahun 2008
So aku booked hotel


Mula2 en papa macam takmo pegi
Aku mmg emolah sbb dah prepare 80% nak ke sana
Agaknya tak tahan tgk muka bini merajuk
Dia pun layankan jugak
Sabtu tu bertolak ke utara
Jalan super jammed

Hajatnya nak bermalam kat Jitra
Tak jadi..
Bermalam semalam kat Seri Malaysia Ipoh
Nama pun tak plan nak ke Ipoh
Tapi disebabkan ad hoc maka memusing jugak cari hotel
Dapatlah rega rm133 semalam

Ada 2 single bed
Dan sekali dgn breakfast

Jadikler nak berehat barang semalam

Lepas breakfast esok pagi 
Terus bertolak ke Kuala Perlis
Alhamdulillah..jalan tak sesak sgt
Dalam 12 tghr kami smp ke Kuala Perlis

En papa drop kami
Ada orang tolong assist carikan parking
Merasaler kena pancung
RM15 sehari parkingnya

Beli tiket feri-rega dewasa RM18 sehala dan kanak2 RM13 -dan sekarang diorang tak benarkan beli tiket 2 hala.Sgt menyusahkan disitu..

Disebabkan orang ramai kami hanya dapat naik feri setelah 2 jam menunggu,sempatlah makan-minum dulu.



*si Adeeb tak reti duduk diam seminit..langsung tak pening apa..kita ki feri belum jalan aku dah start mabuk...faktor usia kah?

Perjalanan amik masa sejam lebih jugak
Sampai shj ke Jeti Kuah
Time ni memang orang yang offer kereta sewa akan kerumun kita
Tapi sebenarnya lebih senang kita keluar dari Kompleks Jeti Kuah tu sebab memang ada kaunter yang disediakan untuk sewa kereta.

Aku tak banyak pilihan sebab bajet utk sewa kereta bukan banyak sgt
Makanya aku pilih kereta Perodua Viva
Disebabkan raya cina -kena pancung lagi
RM120 sehari & aku sewa 2 hari shj

Hotel yang aku booked thru booking.com
Panorama Country Resort
Bukan kat area Cenang tapi berhampiran dengan Pekan Kuah,dalam 10minit memandu

Rega RM192 untuk 2 malam
Takde breakfast kali ni

*masa ni baru smp aje..budak 2 orang ni tak reti menyabar nak terjun kolam..haissshhh!!


*bilik agak besar,ada 2 queen bed..sumer ok except bilik tu heater problem sikit.Aku plak malas nak mtk tukar bilik sbb dah angkut beg segala,malas nak punggah segala bagai semula.

*view dari bilik tu..Cantik!!

Malam tu tak de aktiviti
Sbb penat seharian dalam kenderaan agaknya
Pegi cari makan kat area Kuah
Tapi as usual kena pancung lagi
Mahal yaa rabbi!!
Gambor mmg tak snap ler sbb super lapar malam tu,berperang dgn si Adeeb lg..mmg stress mak ko!

Keesokan harinya awal2 pagi dah kuar
On waze ke Langkawi Cable Car
Masyaallah..super ramai!
Q sepanjang2nya
Makanya canx aktiviti naik cable car 
*alasan solid nak ke Langkawi balik nanti

Disebabkan tak jadi..ke Pekan Kuah
Bawak kanak2 makan pagi cum lunch sekali..
Pastu terus ke Hj Ismail Group
Apalagi shopping coklat si Auni..dia siap korek tabung dia nak shopping coklat kekdahnya


*tempat sawan coklat-kat sini aje rm200 lebur..saja beli utk sendiri telan & kawan2 sikit sorang..kalo tak berapa nak kuat iman,mmg sgt mencabar keimanan lagi2 utk orang yang suka makan coklat!

Pastu sempat jugak pg arca Burung Helang gergasi tu


Tak dan nak snap gambar elok..panas litlit..anak super meragam!

Selesai lebih kurang
Balik hotel mandi kolam..
Budak2 meroyan nak berendam


*maknya jadi tukang jerit..jadi pak guard kat tepi kolam smbl layan ig.

Petangnya pas asar kami ke Pantai Cenang
Superpack orang masa tu
Singgah The Zon kejap nak tgk barang2
Pun ramai jugak umat manusia

Singgah maghrib kat airport
Motip-tak jupe surau
Maka menumpang solat kat surau airport
Hipster sgt kan!!

Dinner kat Restoran area airport sebelah round-about
Nama restoran pun Airport Corner
Sgt sedap & harga berpatutan
As usual tak dan amik gambar
Aku super lapar time tu!!

Disebabkan adik aku order sudu
Kami ke Pekan Kuah semula
Pusing2 jupe Kompleks Haji Ismail Group
Pengsan sekejap!

Terus rasa menyesal sbb tak jupe siangnya tadi
Masuk sekejap setelah 4 round cari parking
Orang sgt ramai..
So sesapa nak ke Langkawi
Untuk shopping,sila ke Kompleks HIG tu
Sure tak ingat pintu keluar

Balik hotel-mengemas pulak barang2 hasil dagangan di Langkawi
Aku siap beli beg roda 24" lagi
Sgt murah kat Langkawi
Lightweight & ada 4 roda
Rega RM105
Kat KL aku tgk rega paling murah RM199
Nangis!

Esok awal pagi
Kelam kabut kejutkan anak
Sebab tiket feri pukul 10:30am
Rushing nak bg anak makan pagi lagi
Nak pulang balik keta sewa
Dan nak mengadap kesesakan jalan menuju ke Jeti Kuah tu

*si Adeeb tido atas meja makan,aku tgh kelam kabut cari makan nak bagi anak makan kat food court


Dan finally berjaya naik feri
Alhamdulillah,takde kastam check beg pun
Agaknya sbb orang super ramai
Tak terkejar dia

*peace dari si Adeeb dlm feri

*sila tumpukan pada beg murah yang aku beli kat Langkawi tu..ituler beg rega rm105 tu..


So tamatlah JJCM Langkawi kami
Total burst :-RM 1600

Jadikler..bukan selalu nak berjalan jauh
Ini dah habis jimat dah ni
Apapun tak serik nak pegi Langkawi
Ada rezeki aku nak pegi lagi sekali
Mungkin 3-4 tahun lagik




Post of a DAY

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari  Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama...