08 October, 2012

ZOO NEGARA - unplanned trip

semalam temankan kak ain ke Zoo Negara
gara2 tadikanya menganjurkan excursion
syarat asasnya mak-pak kena ikut sekali
agaknya cikgu x larat nak handle sendiri2

dgn Auni yang tak berapa nak sihat
heret jugak  sekali
sbb kak ain sgt beria2 nak pg
kalo x pg nanti-harus mogok 44 harik

Dewasa kena bayar RM20 ok
Zoo Negara rasanya 20 tahun yang lepas macam tuh jugak
xde apa yang berbeza pon
cuma rega tiket jer makin naik!!

layan jerlah gambar yek
tuan blog tak berapa nak sihat
tapi still nak membebel :)


muka2 ceria dpt pg Zoo :))

aku yg semakin demok-layankan si Auni yang cranky

antara binatang yang sempat kami tgk

lawatan tadika ain macam lawatan lorong kawasan rumah aku..sbb most of them anak2 sekolah sama dgn kak ain .

apapun tempat yang bagus utk bawak kanak2
mmg budak2 enjoy
yang penting kena bawak makanan-minuman yang cukup
jangan lupa beli tiket tram & bawak stroller utk yang ada anak kecik
sgt penat berjalan ok!

pg awal2 pagi- sebelum matahari naik boleh balik
if not mmg tak larat nak berjalan tgh2 panas gitu!!

ok..till then!!


bukan senang nak jadi MAMA kan?



aku x habis2 berperang dgn isu kesihatan family
auni masih dgn lelahnya
ain coughing due to her tonsilitis dah minggu ke 3 
mak x nampak reda sakit-peningnya
nak ke Kuching ada 4hari lagik!!
aku lak mari pulak penyakit cirit birit dr malam td
sure2 sbb g org kawin smlm
perut mengada2!!

pagi nih mmg MC
sbbnya badan betul2 lembik
dgn muntah bagai
dgn pening kepala
dah telan ubat baru kurang sikit
itupun ting-tong lagik

bawak ain & auni ke klinik lagik
soalan doktor utk Ain
bila last sekali Ain masuk ward ?
aku bgtau bulan 9 tahun lepas
dia cakap dada ain macam sempit
wheezing..takut broncholitis 

demnnn !!

doktor bagi nebuliser
bagi Augmentin
salbutamol,ventolin
kalo 3 hari lagik x ok
nampak gayanya trip g Kuching lebur mcm tuh shj!!

Auni dgn lelahnya
as usual dgn nebuliser
dapat salbutamol,dapat ventolin

nak menelek ubat2 pun rasa sebu jerk
banyak sgt nak dihafal 
ain lain, auni lain

Foto: Monitoring Auni while her sleeping-she had her fever -mild one but on& off for 2 days.Coughing due to her asthma!
Continuos vomit when she slept
Im just wondering-how long this will taken into her life!she just my 3yrs lil daughter!
Ya Allah,grant a faster healing for her-show us the way to cure her sickness :'(
 http://instagr.am/p/QecABQBbrd/
tgh tido pun mama kena tggu..sebab suka sgt termuntah dalam tido..kesian Auni :(


adoikhhh bukan senang nak besarkan anak kan!!
sakit pening 
muntah bagai
meragamnya
berdukungnya 24jam
kalo x ingat anak..harus hilang sabar jugak!!

sabtu & ahad merupakan weekend yang penuh aktiviti
nantilah pelan2 tepek citer
aku sempat ke HM SRI BAGAN,BAGAN LALANG
semata2 nak makan seafood fresh
semalam pulak temankan kak ain yang join excursion tadikanya ke Zoo Negara
skrg style budak2 excursion,ibubapa kena ikut sekali
zaman kita dulu..ikut jerlah cikgu pegi mana2
takdenya mak-pak leh ikut!!

pelik disitu!!

ok..doakan aku cepat2 sembuh
keja berlambak tggu giliran kat opis

percaya @ tak
cuti nak pg Kuching jumaat ni
boss still approve lagik!!

sukahatikolerboss
cutitetapcutiok!


06 October, 2012

hak ekslusif

keselamatan anak2 kita ditangan kita


aku rasa perasaan yang sama seperti ibu2 yang lain
sejak aku bergelar mama
aku mula risau dgn keselamatan anak2ku
lebih2 lagi aku punya dua anak perempuan

banyak benda yang kita risaukan
selain menjaga kesihatan kedua-dua mereka
aku jugak turut risau tentang keselamatan mereka serba-serbi
banyak benda yang aku titik-beratkan

kalo bawak berjalan tempat public
jangan harap nak lepas bebas berjalan
even sekangkang kera depan mata
semua mesti berteman
semua mesti berpimpin

baru2 nih tgk cerita cerekarama di TV3
kupetik dosa -
lakonan Fasha Sandha,Zaidi Omar
buat aku lebih paranoid

banyak scene yang menakutkan
kebetulan kak ain pun tgk tv sama
bila time scene Zaidi Omar dok pegang2 budak perempuan tuh
kak ain tanya "dia nak buat apa , mama?"
aku pun dgn selamba menjawab "dia nak rogol budak tuh,,.nak buat benda tak baik "
ain tanya lagi "rogol tuh apa , mama/"

damnnn!!

aku blur & tak tau nak jawab guna ayat yang paling sopan

at last aku pun buat ayat paling sempoi

ain punya tuttt*- hanya ain seorang aje yang boleh sentuh
sumer anggota badan ain hanya ain seorang aje yang boleh usik
takde sapa yang boleh usik2,pegang2
takde sapa boleh cium2 ain
itu hak ekslusif ain sahaja

kalo sesiapa ada buat yang bukan2 pada Ain
Ain larik
Ain tendang dia
Ain gigit dia
bagitau cikgu kalo kat sekolah
bagitau mama-papa

ada banyak artikel dalam internet
untuk mendidik kita sebagai ibubapa
menjaga keselamatan anak masing2

meh aku paste sini
safe kids without scare them
kidz safety zone
kidscape

alahai kalo nak paste memang banyak
tekan kat google berlambak2
sangatlah bagus utk kita buka satu-satu
dan start our own reading

sekarang anak2 makin membesar
mereka lebih advance dari zaman kita membesar dulu

apapun memang kita sebagai ibubapa kena amik tahu
jangan dah terhantuk baru nak terngadah!!

semalam baca blog drsinga
buat aku beristighfar panjang

ya Allah,lindungi anak2 kami
sepanjang ketiadaan kami
amin..






05 October, 2012

throughout this week

:))

rasa macam minggu nih terlalu panjang rasanya
dgn kelam-kabut dgn shifted  department baru
dgn terkocoh-kacah nak digest semua perkara2 baru
dgn huru-hara bila mak jatuh sakit

memang minggu paling penat
tapi seronok jugak
banyak perkara baru yang aku adapt minggu nih shj
menghadap bos baru tapi lama
masih ingat pada si katik?
drsinga sure ingat kan!!

kali nih xmo gelar gitu lagik
sudah insaf ok!
skrg panggil shj mr K ok.
now mr K dah kawin
dah mellow sikit
x berapa nak kerek macam dulu lagik
seronok pulak keja bawah dia skrg
dia bagi kebebasan penuh utk bekerja
takde nak sibuk2 sgt dgn kerja aku
as long as sumer benda siap
alhamdulillah!!

ikutkan aku meroyan bising jugak
bila tahu terpaksa shifted keja under dia jumaat lepas
tapi bila fikir2 semula
everything happens for a reasons *

esok mungkin akan g opis kejap
ada benda nak settlekan
ahad - kena teman kak ain pg excursion kat Zoo Negara
alang-kepalang bawak si Auni sekali

petang esok..nak g beli barang2 yang rasa2 nak kena bawak ke Kuching minggu depan
niat di hati nak beli sandal baru utk diri sendiri
top up toiletteries
dan settlekan baggage dlm minggu ini jugak
smg x kelam- kabut minggu depan
itu belum campur
bab pening kepala nak kira kain baju nak diangkut
baru outstation dlm msia jerk
kalo gi overseas mahu pengsan 4-5 round
sbb sure pening memikirkan baggage masing2

apapun doakan sumer yang baik2
doakan spy bondaku yang terchinta
cepat2 sihat

anyhow have a blast weekend

see till next entry !


04 October, 2012

pasca bajet 2013-untold story for marhaen like me :(


aku merupakan pengguna tegar ERL dr Putrajaya-KL Sentral-Putrajaya
kos seminggu adalah RM75 menggunakan pas mingguan
suddenly bermula 1/10/2012
kos mingguan telah dinaikkan secara mendadak
dan ianya menjadikan kos pas mingguan adalah RM90

kenaikan kos ini tidak dapat dijangkakan
sebarang kesulitan sangat kami kesali


adakah ini sebagai indicator
fair & balance
untuk cover kerugian kos Komuter yang diturunkan 50% kadar tiketnya
dan yang menanggung adalah pengguna ERL

ERL user macam aku
bukan bermakna kami orang senang
tapi menggunakan kemudahan yang efisien
17 minit purata sampai ke KL Sentral dari Putrajaya
kos yang meningkat ini sedikit sebanyak membebankan rakyat
kalo nak naik kenderaan sendiri
purata masa yang bakal dihabiskan di jalanraya adalah 45minit-waktu puncak
itupun jika menggunakan MEX h/way yang perlu dibayar kosnya antara rm2.50-rm4.00 sehala

kebanyakan pengguna ERL
merupakan mereka2 yang tinggal di pinggir bandar
Salak Tinggi,Putrajaya dan ada jugak yang tinggal Sepang mahupun Banting
jadi penggunaan ERL utk mereka yang bekerja di KL
adalah pilihan tepat-khususnya
utk penjimatan masa
dan jugak membantu mengawal stress dijalanraya  
tapi bila kenaikan mendadak begini
tambah stress lain

?????

rasa mcm tak berguna jugak kerajaan kuar bajet buat MRT bagai
kalo kosnya sebulan bakal bersamaan dgn ansuran bulanan sebiji kereta
rasanya ramai yang pakat beli keta
kalo terpaksa membelanjakan wang sebanyak itu
utk kos pengangkutan yang katanya efisyen tuh!!


*rasa nak naik motor g keja !!

03 October, 2012

perancangan & halangan

mengikut perancangan awal
aku & family bersama adik & mak
akan bertolak ke Kuching pada 12/10 nih

tapi keadaan kesihatan adik aku
yg masih bertongkat itu
serta keadaan kesihatan mak
yang merosot sedikit
dgn batuk & demamnya
batuk yang seperti tak nak reda langsung
buat aku sgt susah hati!

aku doa banyak2
smg dalam seminggu lebih nih
mak & adik beransur pulih
kalo boleh taknak sesiapa pun yang menguzurkan diri last minute
setelah beria plan itu & ini dari awal lagik

permudahkan ya Allah
berikanlah kesembuhan kepada kedua-dua mereka



*a bit down !

01 October, 2012

please be nice with me :(

penawar saat mama down !!


sgt down hari nih
october--please be nice with me!


Post of a DAY

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari  Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama...