27 April, 2010

ain & her nightmare



malam tadi
ntah kenapa
berapa kali aku bgn
si auni nak susu
dan berapa kali jugak aku terbgn
sbbnya ain menangis
she had a nightmare

bila aku tanya
nape ain nangis?
ain jawab

ain mimpi hantu

dan mukanya sgt pucat

kesian anakku...

terus aku hug dia
then dia tido seblh aku
aku peluk dia
nampak sgt dia takut

yes..
bagi kanak2
mimpi ngeri nampak sangat real bg mereka
dan mmg wajarlah sbg parent
kena amik berat,amik tahu & jgn buat tak endah
dan menganggap..."alah mimpi jer kan"

sbbnya budak2 nih
bg mereka semuanya nyata
dan berbalik pd kisah ain td

ketakutan dia sgt aku rasai
hinggakan aku merasakan dia begitu kuat memegang badanku pg tadi
dan pg nih
dia sgt mengantuk
jadi aku tak sampai hati
paksa dia ke kindynya
so aku just hantar dia ke nursery sama adiknya onie..

ain nak sambut besday dia 8/5 minggu depan
aku rasa macam nak wat besday dia
sekali dgn besday mak
sekali dgn sambutan hari ibu
dan majlis kesyukuran sempena wedding annv ku & papa
tp hanya pada skala kecil
sbbnya aku tak larat nak masak byk2
dgn si onie yg asyik nak berdukung tuh...

hopefully menjadilah rancangan ku ini
smg dipermudahkan serba-serbi

26 April, 2010

candle light dinner??



belum apa2
aku dah gelak golek2
almaklumler
aku nih nampak jer "ayu"
huhuhu..

tp aku kan brutal..
mana pnh aku pg candle light dinner
idea nih dtg dr en papa aka my hubby

kononnya
nak bawak aku g dinner
sempena wedding anniversary kami
30-04-2010 nih..

malangnya
wife dia nih
sengal sikit!!

bila aku tanya en papa
abis tuh anak2 nak letak mana
senang jer jawapannya
"laah..nursery kan ada?"

tak tergamak pulak aku..
tgglkan anak2 mlm hari
semata2 nak meraikan wedding anniversary kami

aku phm idea papa tuh
just nak recall masa kami lum kawin dulu agaknya
masa tgh bercintan-cintun dulu

konon2 romantik sikit kot..




tp aku lebih sayangkan anak2
akan ku heret sekali
si ain & si auni
wpun mama & papa
sibuk nak candle light dinner sekali ponn
huuhu...



sebenarnya
kalo papa yg set up table
masak utk aku & anak2
di rumah kecik kami tuh
lebih bermakna kot..
yg ptg saving!!

tak yah table manner
boleh layan astro lg tgh makan...

hehehhe!!

22 April, 2010

sakit perut daaaaaaaaaaaaa..



aduiiiiiiiiiiii

sakit perut..

ntah apa yg aku makan semalam

jadi smp begini sekali

dah 2 round telan immodiom..charcoal

masih memusing2 lagi perut aku nih!!!

nak MC kesian lak pd team

hari nih ramai lak team ku yg MC

ADUIIIIIIIIIIIIIII...

x leh blah!!sakit giler babas....

hari nih x leh OT lg..

kena balik ON TIME...!!

20 April, 2010

demam & antibiotik...

aku pening kepala
memikirkan kesihatan anakku si auni
auni baru aje turn to 8 month last sat
as usual
mmg dia akan demam setiap kali
beralih bulan

dan last sat 17/8
aku bagi ubat PROGESIC 250mg 2.5ml pada auni
pukul 5am
dan mintak papa repeat bg ubat kul 10am
sepatutnya bg kul 9am

aku lak keja sabtu lepas
keja pun 1/2 hati
teringatkan si kecilku dirumah tuh..

balik keja dlm kul 1.30pm
tgk onie panas lg
g lak umah mak amik si ain
pg dulu ke carrefour
belikan mesin basuh mak yg dh lama rosak tuh...
kesian lak kat mak..membasuh guna tgn
tutup mata..bayar jer lah..
so itulah besday present utk mak
next besday mak 8hb mei depan

balik dr umah mak
badan onie panas semula
aku hanya bg ubat demam yg dibekalkan oleh paed nya DR B.KISHORE
2ml every 4 hour
sponging as usual

sepanjang malam
aku x leh tido sgt
onie mmg demam panas
dia merengek macam biasa bila dia demam
memanjang nangis
aduiii...

so keesokkan
aku bwk g panel klinik ku
klinik idzham
sbbnya kalo nak jupe paednya mmg paednya off setiap hr ahad
smp jer..
doktor tgk kad onie
rekod memanjang demam..batuk
doktor membebel takleh blah.....

anak you ni kurang antibodi nih!!

anak sakit...
sapa yg mintak...
sapa yg suka anak sakit
sapa yg suka nak bwk anak memanjang ke klinik..ke hospital..
aku pon menyampah!!

anakku yg masih kecil
confirmler masih kurang antibodinya
dgn persekitaran skrg
dok tgh bandar
dok nursery lg
of course anakku terdedah kpd faktor persekitaran jugak

dan bila aku req antibiotik
sbb nampak sgt kalo bergantung pd ubat PCN semata2
onie hanya sejuk dlm 2 jam lepas makan ubat
dan akan panas mendadak selepas itu

doktor tuh membebel lagi..
katanya budak kalo bergantung pada antibiotik
dia mmg tak leh membina antibodi sendiri

yes...
aku x nafikan
tp kalo ler doktor tau
anakku si onie dah diberi antibiotik seawal umurnya 4 bulan
due to the hyper viral infection,acute bronchitis
dia warded 5 hr kat tawakal hospital

jd salah aku ke kalo aku req antibiotik?
sbbnya aku yakin onie perlukan bantuan antibiotik
untuk sembuh
disamping doa yg x putus2 dr mama & papanya

aku req antibiotik
ZITHROMAX sbgmana yg PAED auni prescribe dulu



membebel lagi...
katanya ZITHROMAX sejenis antibiotik paling kuat
tp bg aku
ubat tuh suit with onie
paed dia prescribe ubat tuh
2.5ml 1x sehari...malam sahaja

dlm membebel2 tuh
dia bg jugak ubat antibiotik
ntah apa nama...
katanya kuat jugak..
sbb onie dah terBIASA amik ubat yg kuat

dia bg jugak ubat flu & batuk
even onie lgsg x batuk
xde flu..
dan setau aku..
mana boleh doktor prescribe ubat flu
terutamanya pd baby bwh setahun
(wpun aku bukan doktor..aku dpt pengetahuan ini drpd paed ku)
nampak sgt money oriented
lgsg tak btggjwb...
aku campakkan aje...


mmg lepas makan ubat yg dia bg
badan onie tak panas dah
makin berpeluh
ok..

tp...................
onie cirit-birit pulak!!
hampeh!!!

mmg aku sgt MARAH..
MARAH SESANGAT...



cakap berdegar2
kata ubat yg aku req tu kuatler
x sesuai lah

tp ubat yg onie biasa amik
tak pnh pulak
buat smp dia cirit-birit macam tuh sekali...

so smlm aku EL
jaga onie dirumah
ptgnya by 4pm
aku g klinik semula
bgtau yg ubat antibiotik yg diorg prescribe buat onie cirit-birit
terdiam doktor..
simply2 jer tukar yg lain...

geramnya aku!!!
mmg aku bengang...
ingat anak aku tuh tikus ujikaji ker...

yes...aku bukan doktor
aku tak tau apa2 pasal ubat
tp aku hanya nak anak aku sihat
nak anak aku aktif macam selalu
bukan macam skrg
smp penuh rashes
kesian anakku...


apa itu antibiotik?

aku paste dicn

dr web:http://hkulim.moh.gov.m

> Apa itu antibiotik?


Antibiotik adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh kuman. Ubat ini amat penting dan penggunaannya dalam merawat penyakit banyak menyelamatkan nyawa. Penggunaan antibiotik juga membantu komplikasi penyakit berkurangan.

> Kanak-kanak dan antibiotik

Kini ramai ibu bapa bimbang dengan penggunaan antibiotik. Mereka bimbang penggunaan antibiotik akan menyebabkan imuniti kanak-kanak berkurangan. Sesetengah ibu bapa pula bimbang akan kesan sampingan antibiotik dan secara tidak langsung menimbulkan lebih banyak masalah kepada kanak-kanak.

Jarang sekali antibiotik akan menyebabkan masalah kepada kanak-kanak. Ini kerana ada kanak-kanak yang memerlukan antibiotik berminggu-minggu dan selepas penggunaan untuk tempoh itu, tidak pula timbul masalah. Apabila antibiotik digunakan, itu bermaksud ia perlu dan amat berguna dalam merawat penyakit kanak-kanak.

> Bakteria dan virus

Bukan semua jangkitan memerlukan antibiotik. Kebanyakan infeksi seperti batuk selesema atau cirit-birit tidak memerlukan penggunaan antibiotik. Penyakit seperti ini yang selalunya disebabkan virus lebih memerlukan daya ketahanan badan untuk membunuh virus berkenaan.

Bagaimanapun, bukan selalu kita dapat mengetahui sama ada penyakit itu disebabkan virus atau bakteria. Ini lebih ketara lagi jika ia membabitkan infeksi pada tekak (upper respiratory infection). Kelaziman kanak-kanak, apabila mereka sudah bergaul dengan kanak-kanak lain, mereka akan mengalami lebih kurang enam episod batuk dan selesema setahun.

> Bilakah antibiotik diperlukan?

Penggunaan antibiotik berbeza daripada seorang doktor dengan doktor lain. Jangka masa penyakit dan juga komplikasi yang timbul turut mempengaruhi penggunaan antibiotik. Kadangkala ujian darah akan membantu dalam menentukan keperluan penggunaan antibiotik.

> Antibiotik manakah yang diperlukan?

Ada pelbagai jenis antibiotik yang boleh dipilih. Sesetengahnya hanya berkesan untuk beberapa jenis bakteria. Ada juga antibiotik yang mempunyai kesan kepada pelbagai jenis bakteria (broad spectrum). Dalam rawatan antibiotik yang dipilih, sepatutnya ia berkesan kepada jenis kuman yang menyebabkan masalah.

Adalah penting menghabiskan semua ubat-ubatan antibiotik yang diberikan walaupun kanak-kanak yang sakit semakin pulih. Ini kerana bakteria itu mungkin tidak dihapuskan secara lengkap. Justeru, ia boleh menimbulkan jangkitan sekali lagi. Penggunaan antibiotik yang tidak lengkap juga boleh menyebabkan kuman menjadi kebal (resistant) kepada antibiotik yang digunakan.

> Kesan sampingan

Tidak ada jaminan yang ubat-ubatan tidak menimbulkan kesan sampingan, begitu juga dengan antibiotik. Bagaimanapun kesan sampingan yang buruk agak jarang berlaku. Cirit-birit adalah kesan sampingan yang kerap berlaku dengan antibiotik. Alahan kepada antibiotik tidak begitu kerap. Lazimnya, jika ada alahan akan menimbulkan ruam.


moral of the story

aku akan tetap nak bwk onie ke paednya

walaupun batuk sikit..flu sikit...still ke paed jugak!!

biar berhabis sekali pun

as long as dia sihat..dia ok..

drpd menyakitkan hati ke klinik panel yg HAMPEH!!

this thread is written due to the dissatisfaction

of GP services...

15 April, 2010

countdown please!!





TO





YEARS OF MY





WEDDING





15 hari lagik.....

thrill pulak......



nak tunggu present dr papa

huhuhuhu!!

14 April, 2010

kasut tinggi??no..no..no

hr nih aku termenung skjb
otw nak ke opis
melihatkan kasut yg kusarung setiap hari ke opis..berjalan2
itulah dia..
hanya itu yg aku selesa..

nak tau kasut apa.
kasut sandal nipis..
beranyam mengkuang di bhgn depannya
warna coklat
aku sgt selesa dgn kasut nih...
dan harganya hanya rm45.90 dgn discount 20% that time

dan monologku ttg kasut
bertambah menjadi2
bila tgk buddy ku didot
beli new shoes

dia pun tanya aku
"dah berapa lama ko tak pakai kasut tinggi kak?"

huhuhu..

setinggi nih??



mintak maafler...

yang nih....




aku still x selesa gak..tinggi & bertutup

yang ni pulak...



aku still x leh gak..(sbbnya mungkin terlalu tggi wat aku)

tp kalo macam di bawah nih...



dan ini



atau yg ini lak..




boleh ler wat aku..
aku mmg x suker...x gemar kasut tinggi..

even masa weddingku dulu
aku req pd pak andam ku si WAI
nak pakai kasut sandal
dia gelak bg nak pecah perut
hampeh!!

"mana ada pengantin pakai sandal nyah..."cisss...bedebah!!

ikutler...
as long as aku selesa
sng nak bergerak..senang nak dukung onie
sng nak berjalan laju

dan aku masih selesa dgn VINCCI
kekdg leh ler beli HUSH PUPPIES
atau beli LEWRE
(yg ptg dibwh kemampuan aku...)

13 April, 2010

Ain...my dearest

this morning
teacher ain bgtau

"ada ajar dia kat umah ke?"
"dia ok ler"
actually nak kata aku & papa ajar sgt tak jugak
aku hanya suka guide dia
kalo aku free

aku & papa
suka belikan dia buku..stationery..colour pencil

colouring book..
tracing ABC book
story book

&

ain mmg suker sgt..

so far ain dah improved in her numbering (tp only in english)

one..two...three..until ten...



tp fail bila bab mengira dlm bahasa melayu

sbbnya dia akan kira satu..dua..tiga..empat..lima terus jump ke sepuluh...

hehehehhe...(tp aku selalu guide dia by ask her to count her sister boo boo nappy to be put in the diaper bag..===>>purposely asked her to count for onie nursery bag...

bab ABC lak



she can sing the ABC song...
loves ABC tracing work

can write A,B & C only
in term of recognise letter she cant make it so well yet

but she looked so interested
even myself bought for her the AULAD mag



she really look enjoyed do all the task given in that mag

so far...ain can read simple doa

doa makan...(very well)

doa nak tido

doa iftitah

she knew how to take ablution

can wear her own telekung by herself

ain can trace the animal ,colour,shapes,vege so well

ain little bit fussy(in term of food,cleanliness,wording that we use with her)

ain paling suker makan

whipped potato KFC tuh...ayam grg

sayur masak lemak

chicken soup

mushroom soup

roti with kaya

dan fav word from ain...

"tak baik ckp macam tuh..nanti tuhan marah"


A MATTER IS..

NOT HOW MUCH SHE HAS ACHIEVE SO FAR

BUT HOW SHE CAN COPE WITH HER NEW KNOWLEDGE



my dear AIN DARWISYAH



"mama always pray for your success in whatever you do..mama loves you so much"

Post of a DAY

Rezeki tidak salah alamat :)

Sebenarnya 17/9/2026 tempohari  Tetiba aku  terima emel mengatakan aku dijemput untuk attend iv dengan company ABC yang aku dah aimed selama...