12 July, 2009

my 3rd trimester

dalam usia kandungan ku menghampiri usia 34 minggu
bayangkan ajelah betapa saratnya aku
betapa besarnya aku kala ini
dan betapa mengahnya aku
sometimes bila bercakap dlm telepon pun
ada yg perasan betapa mengahnya aku
cakap pun tak berapa clear
bak kata kwn2 ku...

alhamdulillah!
aku tgk mak dah mula nampak sihat
dpd demamnya
mak ada check up next 28 july
aku pulak ada check up 23 july
aku baru nak confirm tpt nak bersalin by end of this month
aku nak tgk apa doktor kata dulu
kalo kena opt for c-zer aku akan pg govt jer
kalo boleh proceed normal baruler aku pg private
banyak opt sbnrnya
yg dlm kepala..
selain Private Wing HUKM level 7,aku ada opt ke PUSRAWI,
tak pun aku try ke AZZAHRAH Bangi
sinced aku dpt testimonial yg baik drpd hospital2 berikut
dan harga yg berpatutan
sinced papa dah confirm nak aku bersalin
dgn female gynae,& islamic condition...so aku pilih 3 hospital tu ler
kosnya kali papa yg belanja!!
hehehhe...

dalam kepala aku nih
smg aku tak bersalin awal sgt
hopefully biarlah baby ni bersalin hari merdeka nanti ker..
hehehhe...
tp kalo dah nak kuar nak wat macammana
ada potensi nak kuar awal
sinced aku berul2 lasak mgdg kali nih
berjalan tak berenti
pantang ada free time aku ajak papa & ain merayap
selain cuci mata,aku nak bg ain berjalan
dia pun boring agaknya
kalo dok umah aje
dah ler isnin-jumaat dia kena dok kat tadika dia
so sabtu & ahad ler masa yg aku ada utk dia

end off this month
aku akan shopping barang2 utk aku pulak
spt jamu2..nursing wear..
aku jugak nak beli beberapa peralatan baby yg tak smpt aku beli lg
spt nursing accessory dia
aku dah aim AVENT promotion
hopefully masih on lagi promotion dia by another 2w times..

by this month aku & papa
mungkin nak bawak ain merayap ke PD lagi
rasa macam nak pg TIARA BEACH RESORT
ain mmg suka sgt pg PD
last vacation sblm aku bersalin rasanya
lepas tuh mesti tak leh nak merayap dahhh
sbbnya aku tunggu hari pulak...
ok see next entry

03 July, 2009

susah hatinya aku nih..


sejujurnya aku betul2 susah ht skrg
mak aku baru aje dpt laporan MRI nya
sound not good
doktor kata macam ada tumor sebesar 1.5cm x 2.0 cm pada left lung mak
ada stone dlm hempedu
dan tyroid yg membengkak sedikit
mak di refer ke unit respiratory
utk further biopsy by next week
aku tak berhenti berdoa smg mak tak teruk
keadaan mak masih boleh dirwt

aku tak putus berharap smg mak sihat semula
melihatkan mak aku
dia nampak sihat
takde menunjukkan apa2 simpltom yg mgatakan dia sakit
cuma bila dia mula demam
mmg dia nampak weak sgt

ya allah
kalolah aku boleh menggantikan tpt mak
aku sanggup melaluinya
mak dah tua
izinkanlah dia menghabiskan sisa hidupnya dgn keadaan yg siht & tenang gembira
mak terlalu banyak berkorban
tak terbalas jasa seorg mak pd aku

aku rasa macam nak cpt bersalin
dan cpt jg mak semula
dgn keadaan aku yg begitu sarat skrg
menyukarkan aku utk bergerak
kesian mak aku..
w/apapun aku tak pnh berhenti berdoa
smg mak selamat & sihat serta panjang umur
kalo boleh biarlah mak sempat
merasa senang..
tgk cicit2 pulak ke..

28 June, 2009

my dearest mom


hari nih aku terpaksa tumpangkan ain kat umah mak
sinced aku keja pulak hr nih
tgkkan keadaan mak
aku tgk mak demam balik
muka sembab
macam swollen pun yea jugak
susah hati aku
mak tak mau pg hospital
nak tunggu 30hb katanya
aku bisinglah jugak
tp bising2 pun sbnrnya aku risau sgt

balik keja dlm kul 1pm
aku tgk si ain dok melengu sblh opah dia atas katil
mak kata nak minum air kelapa
aku suruh papa je yg beli
masakkan mak bubur
siapkan air mandi dia
bagi dia makan ubat
aku tgk nampak segar sikitlah

aku tak tau apa penyakit mak sbnrnya
aku harap jgnlah ada penyakit yg bukan2
mak dah cukup sakit sbnrnya
dgn diabetis dia..dgn bp lagi
mmg aku cukup ssh hati..
hanya Allah aje yg tau betapa aku susah ht tgk kan mak

tp anak2 mak tak putus2 jenguk mak
aku tgk mak nampak ceria sikit
masa aku nak balik td,si iman pulak dgn the whole family
kata mak bila dia nak balik pulak si lia pulak dtg
at least mak tak sunyi sgt..
mak tak nak dok umah aku
dia lebih selesa kat umah dia
aku taknak paksa
mungkin dia sunyi dok kat umah aku
dah lama mak tak dtg umah aku

dgn keadaan aku yg makin sarat nih
aku bukan bebas bgerak sgt
aku makin mengah
kaki aku dah mula bengkak
dgn back-pain yg makin worse
tp aku berdoa smg sglnya dipermdhkn
smg mak cepat sembuh
aku mudah bersalin
tak perlu c-zer..
anak aku sihat w/apapun jantinanya
aku terima
smg kehadiran si kecil nih akan menyinari kehidupan r/tanggaku ini
smg murah rezeki hdknya!!
insyaallah!!!

25 June, 2009

BP LAGI!!

pagi nih baruler aku luangkan masa pg check up
aduhai BP aku naik lagi..
malah mencanak2
doktor bagi 1 jap
dan ada hati nak suruh aku admit wad hr nih
tp aku taknak
beria aku janji ngan doktor akan berehat byk2
sdgkan balik je dr klinik aku cabut pg opis semula
puhhhh keja tgh banyak
mana boleh cuti lagi
pengsan aku nak cover semula..

next 9/7/09
aku ada check up lg
macam kena pg every 2week pulak
aku kan makin sarat skrg nih..
tak lama dah si kecik dlm perut nih nak melihat dunia
aku pun tak sabar nak jupe baby baru
hopefully aku takde lah kena c-zer
sinced doktor da warning..
kalo BP still x control lg
kemungkinan besar aku kena c-zer
harap2nya tidaklah
aku nih penakut sikit...

anyhow smg aku sihat2 hdknya
begitu jugak dgn mak aku
PIL & MIL kat kg
semoga ALLAH memberikan kesihatan yg baik buat mereka hdknya
aku hanya mengharapkan sgl yg terbaik
akan berlaku dlm hdpku
insyaallah!!

20 June, 2009

last 2week was damn exhausted!!


agak lama aku tak update blog aku nih
sbnrnya banyak sbbnya
pertamanya 2 minggu sebelum ini
makku & bapak mertua ku
both of them admitted to ward
sorang di kuantan
sorang pulak di KL
aku spend almost 1 week di kuantan (3/6-8/6)
sinced FIL aku didiagnos prostat cancer
mak aku pulak dr suspect kena tibi infection tp not confirm any
smp kena wat CT scan last 16 june
kesian mak aku
aku berulang ke hospital
dalam masa yg sama
papa & ain aku tgglkan di Kuantan buat sementara waktu
sbbnya papa kena tunggu FIL aku yg akan kena operate
sbbnya aku tak dpt bercuti pjg
sayu sgt hati aku
aku jarang berenggang dgn ain
bila dok kat umah sorang2 mmg sedih sgt
terbayang2kan dia kat umah
anyhow by 12/6 aku rush balik kuantan pulak
amik ain pulak..
by 14/6 aku balik KL pulak

dgn keadaan aku yg makin sarat nih
minggu ni aku dah masuk 31w
aku makin tak larat
tp nak buat m/mana
mmg berat dugaan Allah
tp aku redha..
aku cuma harap aku kuat aje..
cuma harap aku tak jatuh sakit pulak
skrg aku dah mula experienced severe back pain
mmg sakit sgt
bila balik keja
mmg aku tak wat keja menda
selain baring atas katil

tak lama dah aku nak bersalin rupanya
tak lama dah aku nak bertarung nyawa semula
ikut hati mmg takut
tp aku berserah pd ALLAH
smg selamat semuanya
aku ada next check-up by 22hb
tp macam x dpt nak pg jugak
apapun smg aku dpt meluangkan sedikit waktu utk check up
by next other week..

see in next entry
kalo aku rajinler...

27 May, 2009

My adorable daughter

Semalam ain request kat aku
pg2 buta dlm 6.15am
nak potong kek roll dia
isi dlm tupperware
kata dia nak bg kwn2 dia
so aku ptglah 5 keping
letak dlm tupperware
aku rasa macam happy sikit
sinced ain dah mula pdi sharing
dah mula pdi berkwn
dia sebut nama 2-3 org kwn dia kat taska
aku pun dah naik hafal

so ptg semalam bila aku tel dia
tanya dia bg tak pd kwn2nya kek dia tuh
suddenly dia tak mau ckp dgn aku
bila aku tanya papa dia
rupanya dia bwk balik tupperware tuh

balik umah dlm kul 7pm
aku tanya dia
nape ain tak bg pd kwn2 ain?
dia kata " diorg taknak mama"
sayunya hati aku..
aku betul2 sayu..
kdg2 ada benda yg seorg mama tak mampu buat utk anaknya
membeli kasih-syg seorg rakan buat anaknya
kalo lah aku mampu
sglnya aku buat utk dia

but aku proud
dlm usianya yg baru 3 tahun
dia dah mula pdi berkawan
dan mula pdi express kasih-sygnya

smg suatu hari nanti
ain pdi memilih kawan
mencari teman yg baik
dan jupe sahabat terbaik

25 May, 2009

JALAN2 HARI MINGGU

Semalam aku , papa & ain
pg2 buta dah merayap ke Masjid Jamek area
after breakfast kat taman kosas
dlm kul 9.45am
gi tempah baju melayu papa
gi cari kain cotton nak buat baju kurung si ain
dan beli kain ela utk mak mertua
sinced aku & family nak balik kg
mungkin pd 3/6 nih
aku amik cuti dlm 3 hari
kalo lepas ler..

balik dr masjid jamek tuh
merayap pulak pg jusco
papa kena cari hadiah
utk wat exchange pulak
ain pulak mengaruk nak anak patung barbie yg harganya rm119
mengamuk aku
kat umah tuh mainan dia
smp dah takde tpt nak simpan dah
even dkt rak tv pun penuh mainan dia
pening kepala aku
at last papa dia pujuk
baruler dia beralah
amik mainan ABC-123
harga dlm RM9.90
jadiler..ain mmg suka ABC ..

dlm kul 2.30pm after lunch kat foodcourt
aku cabut g umah mak
tgk si imran buat hal
kat sana tgk adik aku,abg adi,abg amir pun ada
abg amir dah bwk girlfriend baru pulak..
hhehehhe..
kes tak settle lg kat mahkamah
dah ada girlfriend
mampus dibuat dek org lelaki nih
kalo aku jd ex-wife dia
sure hangin satu badan
nak wat cammana..
dah takde jodoh namanya!!

oklah esok aku smbg citer lagi..
dah nak mula keja nih..bubye

Post of a DAY

TERSAKITI tengok harga EMAS weii!

Untuk orang yang memang suka atau sentiasa ada bajet beli emas Ini adalah berita baik kan Bolehlah pelan2 tambah koleksi peribadi Untuk oran...