As usual setiap tahun
Akan ada acara pot luck raya jalan rumah kami yang melibatkan lebih kurang 10 unit rumah
Tapi yang joined tempohari hanya 8 rumah sahaja
Nak menjayakan pot luck ni memang kena buat survey bagai ye
Sebabnya jadual selalu clash & masing2 sibuk memenuhi jemputan raya
So setelah survey dibuat,mggu lepas aje yang boleh kata 80% free.
Kami adakan majlis raya secara pot luck sahaja
Dan seperti biasa
Rumah kami memang selalu jadi host
Sebab porch rumah kami yang dah fully tiles & ada awning yang besar /luas
So tak perlulah kami nak sewa khemah bagai
Jadi cukup selesa untuk dijadikan tempat berlonggok
Aku hanya sempat order roti jala & masak kuah kari ayam +kentang
Aku jugak masak rendang ayam 1 ekor
Sebab tengok xde sapa pun yang volunteer buat menu rendang
Mcm x best kan,raya tanpa rendang
Rendang ni dah macam trade mark raya lagi2 kat Malaysia ni
Alhamdulillah menu memang meriah
Dessert pun takmo kalah
Aku takde lah rasa penat sgt wpun jadi host
Sebab sumer jiran2 sangat membantu
Dari assemble tempat makan,meja hidang
Hinggalah part mengemas malamnya
Makanan banyak berlebih
Malamnya memasing tapau makanan sorang sikit
Jadi takde yang membazirlah.
Kat bawah ni aku share gambar yang sempat diambil
Buat kenangan dalam blog
Bebila leh baca sengih sendiri
Semoga ada rezeki buat pot luck makan2 lagi lepas ni
Seronok bila dah lama tak berkumpul
Banyak story gossip macam2
15 tahun dah kami tinggal sini
Sampai sekarang ini antara keputusan terbaik yang pernah kami buat
Jiran2 sangat baik
Kalo ada yang hampeh pun sumer adalah kes terpencil
No comments:
Post a Comment