23 April, 2026

Bye-Bye Cik Tam :(

Alhamdulillah kami telah menemui pembeli kereta dengan harga yang berpatutan,settlekan hutang dengan bank
Takdelah sakit kepala memikirkan keta tu sementara kami menunggu kereta baru kami sampai
Semalam husband uruskan untuk urusan pembayaran baki pinjaman dan urusan tukar beli kenderaan dengan pembeli baru
Kereta pun owner baru dah bawak balik semalam

So sekarang en papa car less sebab yang tinggal hanya Myvi ni aje,itupun aku lenjan bawak pi keja.
Maka suka ke tak suka,kena bertabah menunggu keta baru kami sampai.
Kemujurannya sekolah en papa sepelaung aje dari rumah,jalan kakipun sampai kata orang.
Cuma in case dia perlu keluar mana2,terpaksalah aku beralah bg dia pakai keta dulu
Terpaksalah gigih menumpang grab sakneka.

Memang ramai yang komen tentang keputusan kami beli kereta disaat sumer orang dalam fasa berjimat cermat
Tapi sebelum buat keputusan maha besar ini (melibatkan duit yang banyak & komitmen yang lama)
Aku terlebih dahulu dah buat solat hajat,solat tahajud
Minta petunjuk dari Allah swt
Doaku jika kereta baru itu keputusan terbaik buat kami,maka mudahkanlah urusannya
Jika sebaliknya,berikan kami rasa kecukupan serba-serbi
Cuma tulah geram jugak orang pandai komen itu,komen ini
Macam selama ni kami bayar keta mintak duit dia pulak bayar keta bulan2.
Aku rasa selagimana kita tak mintak duit orang nak makan,takyahlah buat komen bitter mcm tu.
Kami terlebih dahulu ukur baju badan sendiri sebelum berani commit untuk hutang ni
So diam2 situ & doakanlah yang terbaik

Alhamdulillah,loan lulus tak sampai seminggu
Sign LO pun 2 hr selepas loan HP kami lulus
Pegawai HP Maybank datang kerumah untuk kami sign LO
Kebetulan masa tu kami jaga Adeeb yang baru accident motor

Elok sign LO kami baru terhegeh2 uruskan hal kereta Aruz & hari ni termateri sampai sini ajelah rezeki kami bersama Aruz.
Sekarang masa menunggu kereta baru kami pulak
Cuma tulah kalo menurut kata SA memang tak lama mana
Tapi SA as usual mulut bukan main manis lagi
Sampai ke diorang,gajah pun leh menari dibuatnya!

Aku dah terkena dulu
MYVI aku siap lapse loan,siap kena pi re-sign semula LO sebab 3 bulan lebih keta tak kuar2
Harapnya by Mei kami dah terima kereta baru
Bukan apa,kami ni berhajat nak balik beraya di Terengganu raya haji tahun ni
Kalo keta tak kuar lagi,celah mana plak kami nak cari keta lain yang leh muatkan kami 6 beranak.
Sewa MPV pun ratenya tak murah.Harus RM 300 sehari tak larik tu!

Reason kami menukar  keta,sebab anak2 kami makin membesar.
Aruz takleh accomodate Adeeb yang makin meninggi
Adeeb yang selalunya duduk 3rd row selalu stuck kakinya
Maknya apatah lagi kan..sebesar umat  
Aku pun lama memikir untuk tukar keta tu,dan kami mmg all out cari MPV yang ada leg room yang lebih besar

Apapun aku bersyukur dengan rezeki Allah swt atur buat kami di bulan ini
Memang komitmen akan bertambah tetapi insyaallah,Allah bagi mudah
Tumpang doakan yang baik2 buat kami sekeluarga



Cik Tam yang sangat berjasa selama 7 tahun lamanya.Semoga beri manfaat & cemerlang dengan owner baru nanti.Untuk sesiapa yang berkira2 nak beli Perodua Aruz-aku memang rekomen.Jika  tak kerana anak2 makin membesar,aku rasa mungkin aku akan stay pakai Aruz sampai rebeh.Tak banyak isu,minyak jimat & yang paling aku suka Aruz ni tinggi.Orang rendah macam aku bawak keta ni,sgt luas mata memandang ye.Senang nak view depan.







No comments:

Post of a DAY

Bye-Bye Cik Tam :(

Alhamdulillah kami telah menemui pembeli kereta dengan harga yang berpatutan,settlekan hutang dengan bank Takdelah sakit kepala memikirkan k...