Semasa bercuti raya di Dungun tempohari
Kami sempat dinner di sebuah kafe yang terletak di bandar Dungun selepas puas melayan Affan main air kat pantai sebagaimana entry sebelum ini.
Aku google aje kafe ni
Sampai aje,mak aikhh 80% full.
Meja yang kosong pun masih belum siap berkemas
Memang ramai orang amik kesempatan makan beralih selera dari overdose rendang,nasi dagang,ketupat dsbgnya
So kami berenam-tapi hanya order makanan 5 pinggan
Sebabnya tau akan share2 makan
Harga standard kafe
RM15-RM25 yang kami order
Pilihan air pulak terhadlah sikit,sebab Restoran ni macam colab dengan Kopi Saigon
But still adalah air lain selain kopi.
Verdict: SEDAP.Aku bagi 4/5
Insyaallah ada masa kalo balik kg,boleh repeat lagi
Portion : Bolehlah-tak banyak sangat & tak sikit sangat
Service: Makanan memang cepat ready,cuma mungkin kekangan staff tempohari maka table kami lambat dibersihkan.
Kos kami makan berenam tempohari adalah RM168.00 termasuk service tax.Bagi aku bolehlah,sekali sekala nak support local eateries.Bukan selalu pun nak bayar mahal2 untuk makan.Lagipun sempena nak hantar Auni balik asrama,belanjalah makan sedap2.Lepas ni kat asrama sampai Raya Haji kena makan nasi kawah aje.
Sekarang rata2 tempat memang tengah booming kafe kan,even bandar2 kecil.Dah jadi budaya sekarang coffee time ni.
Bagi aku as long as tempat makannya selesa,harga tak cekik darah & makanannya sedap-insyaallah orang akan tetap datang makan.Sekarang orang dah mula ada kuasa membeli & orang dah tak kisah berhabis sikit asalkan ianya berbaloi.Aku sendiri orang yang sejenis tak kisah splurge untuk makan/minum-even kami suami isteri memang ajar anak2 splurge untuk makan.Selagi mana kami tak mintak duit kat orang nak makan,apa salahnya kan.
So sesapa yang drop by ke Dungun bebila,bolehlah try ke situ.Mana tau kena dengan selera anda jugak.
Meh layan gambar menu yang kami order tempohari.
| Lemon chicken chop untuk si Adeeb |
| Ini Ain punya-Seafood Aglio Olio |
No comments:
Post a Comment