10 March, 2026

Iftar di RESTORAN SHAMNA,Cyberjaya

Sabtu lepas aku decide nak belanja anak2 & husband berbuka puasa diluar.
Ini adalah hari pertama kami sekeluarga berbuka puasa diluar,itupun sebab x jadi nak berbuka sama Kak Ain
Kak Ain ada berbuka puasa dengan classmate dia

So aku cari kat Tiktok-tengok any recommendation tak tempat makan di Cyberjaya.
Aku memang malas nak pegi jauh2,mall lagilah takmo masuk.Orang super ramai.Nak solat pun jenuh,bersesak2 kat surau.Aishhh..x kuasalah.

Hajatnya nak g makan kat SABA restoran -malangnya fully booked.So kami opt ke Syrian restoran ni,namanya Restoran Shamna.Tekan waze-insyaallah takkan sesat.Cuma kat area situ takde surau,kena pi Petronas depan sikit untuk solat.Macam kami hari tu menumpang solat kat surau Bomba Cyberjaya.

Ini 1st time kami try makan disitu.Aku booked table melalui whatsapp.Dan order makan sesiap.So kami smp dalam pkl 7.05pm.

Tak lama kemudian diorang pun serve makan.

Makanannya sangat pelbagai.Untuk kami yang ada anak fussy tang makan,so restoran ni ada plus point disitu.

Kesilapan aku bab order makanan adalah aku terlebih order.Sebab set nasi Chicken Mandy umpama leh makan 7-8 orang wpun kat menunya serve 3-4 orang.Kami ni tank kecik maka memang tak habis.Anak2 suka makan,ada Mandy Chicken,Chicken Tender & Dory fish fillet yang besar.Memang tak hbs,kami tapau sambung makan masa sahur plak.Aku plak pi bantai order roti cicah cheese.Namanya Shamna Clay-harga dalam RM25.Sumpah sedap!Ada ayam & daging beserta cheese cair melimpah bawah roti tu.Aku order pizza jugak untuk Affan,topping sangat generous dan roti nipis.Order juga samosa/popiah daging & air oren 1 jug beserta Milo ais 2 gelas.

Set chicken mandy,samosa daging & pizza Shamna

Shamna clay-bawah roti tu adalah cheese dipping.Memang kena makan tgh panas.Sumpah sedap!




As usual anak2 bujang memang takmo layan maknya bergambar.


Kos habis hari tu beserta Service tax sakneka dalam RM 180+.So next time,kami kena opt untuk beli nasi yang individual size sebab x habis kami 5 beranak makan nasi banyak macam tu.Takper lesson learnt,always better next time.Ada rezeki,bawak Kak Ain datang makan situ plak.

Menu boleh check kat sini
Boleh whatsapp untuk book table di no : +6011-35510031

Verdict : boleh repeat lagi.Sangat banyak menu yang sesuai dengan bajet.Tak mahal sgt.Masih mampu pi makan bawak keluarga bertukar selera.

Cuma bagi aku,nasinya quite berempah tetapi mild aje.Masih sesuai dengan citarasa orang Asia.Sebabnya Affan yang anti pedas/rempah masih boleh habiskan 2 pinggan nasi.Siap sambung makan next day lagi.Memang suka betul dia berulang2 makannya.

In term of taste rasa nasinya: Restoran Saba menang bergaya tetapi in term of harga dan kepelbagaian menu-rasanya Shamna ni memang menang tanpa bertanding.

Go try yourself
Jangan lupa order Shamna Clay tau.
Teringat2 tau!







No comments:

Iftar di RESTORAN SHAMNA,Cyberjaya

Sabtu lepas aku decide nak belanja anak2 & husband berbuka puasa diluar. Ini adalah hari pertama kami sekeluarga berbuka puasa diluar,it...