05 March, 2026

Auni Irdina:Penetapan Target SPM 2026.

Kami suami isteri dah berikrar untuk bagi moral support untuk anak kedua kami;Auni Irdina yang bakal menduduki SPM penghujung tahun ini.
Permulaannya adalah dengan menghadiri Majlis Penetapan Target SPM 2026,walaupun berada dibulan puasa kami redah jugaklah demi seorang anak.

Alhamdulillah result TOV Auni,seperti yang dijangkakan.W/pun hanya 5A kami tetap rasa positif sebab kami hampir pasti Auni berada dalam 70% pemahaman bagi sillabus subjek2 ketika berada di Tingkatan 4.Cikgu2 yang sempat kami temui kebanyakkannya memuji Auni,sebagai anak yang berpotensi dan mampu pergi jauh.

Sebagaimana tajuk diatas,anak kami listed diantara 35 pelajar harapan SAHUT untuk score straight A's.Seram jugaklah mak ko,tapi sbg ibu kita melihatkan ini sebagai cabaran untuk anak ini berusaha keras merealisasikannya.
Kami suami isteri tidak meletak target sekian2 pada Auni dan pernah kami bagitau Auni berdasarkan result beliau ketika F4 tahun lepas-bagi mama papa 7A dah lah Auni.Kita aim untuk program ASASI IPTA ajelah.Dia pun xde impian nak study luar negara sejak dulu lagi.Sejenis anak yang suka berkepit dengan mak pak lagi ni.Manja yakmat!

Kami bersyukur Auni berada disekolah yang baik,usaha preparation SPM gear 5 full throttle dah dimulakan sejak Januari lagi untuk anak2 SPM ni.Memang dengar pun dah penat tapi kami selalu bagi galakan,dengar keluhan dia tak mengira waktu-selain make sure segala keperluan belajar dia dipenuhi kami juga pastikan dia ada semua akses yang diperlukan untuk dia belajar dengan baik.Kami nak dia tau,w/pun dia jauh dari kami-dia akan selalu ada kami sbg backbones yang menahan dia dari rebah kebelakang atau tersungkur ke depan.Doa tak pernah putus untuk semua anak2 kami,semoga dipermudahkan urusan anak2 walau dimana anak2 berada.

Selepas ini memang kami akan sering ke Terengganu,banyak aktiviti untuk anak2 SPM yang memerlukan penglibatan ibubapa.Suka ke tak suka ke,inilah pengorbanan mak ayah demi kemenjadian anak2.Kami memang menyisihkan sedikit bajet untuk cover any ad-hoc trips menjengok anak.Semoga Allah swt lapangkan rezeki kami suami isteri hdknya.

Layankan gambar2 yang sempat disnap dr kamera hp aje.Sehingga next event SAHUT lagi yang bakal mendatang.Ada rezeki,ada masa insyaallah kami akan terus support SAHUT.


Kami parents yang terawal smp di Dewan SAHUT

Kesayangan kami

Nama Auni di no-16







No comments:

Auni Irdina:Penetapan Target SPM 2026.

Kami suami isteri dah berikrar untuk bagi moral support untuk anak kedua kami;Auni Irdina yang bakal menduduki SPM penghujung tahun ini. Per...