Pagi semalam pkl 8am kami dalam keta dah nak ke Shah Alam sebelum htr Ain balik kolej.
Ain ada barang elektronik yang dia perlu beli untuk projek FYP dia,kedai elektronik tu terletak di Seksyen 7.So sebelum ke kedai tu,kami singgah sarapan dululah si Seksyen 8.
Aku pernah pg sekali waktu bekerja kat Shah Alam tahun lepas,itupun sebab ada kawan rekomen pg.So kali ni konon nak ajak anak2 pg try makan sekali.
Restoran Soto ni senang aje nak carik,tekan aje kat Waze.Insyallah smp dengan selamat.
Aku expected Soto adalah killer menu lah kan.Tapi as usual,sebagai penggemar Soto aku merasakan Sotonya x sedap kat tekak aku.Kuahnya ceroi!Sorry ye,aku mmg leh bongkak tang Soto-sebab Soto ini makanan faveret yang aku betul2 berani bongkak cakap "my forte".Kuota masak soto aku hanyalah setahun sekali.Aku tau betapa horrornya memasak soto,memang penat yakmat.
Tapi aku suka tang variety menu.Nasi lemak penuh lauk pauk,pulut kuning,nasi kerabu,segala sakneka pasta,mee goreng,bihun goreng,kueyteow goreng & paling win adalah seleksi kuihnya.Punyalah banyak.Jadi rambang mata dibuatnya.Ada jugak roti canai-Ain & Adeeb masing2 order roti canai sorang satu.
| Kemain meriah kan seleksi kuihnya! |
| Ni tang segala jenis pasta-Affan amik Carbonara.Itu aje yang dia suka makan pun! |
Tp kuih yang aku amik-kuih cara berlauk-pada aku x sedap jugak.Rasa pembuatnya guna serunding daging & batter tepung tu rasa manis.Potong rasa kat situ.Menyesal plak tamak,amik smp 3 bj.Kuih pulut panggang pun x sedap-setakat panggang daun pisang-kat dalam pulut masih lembik.Frust 2x
Kalo diberi bintang untuk variety kedai ni wajib dapat 5/5
Jika melibatkan rasa aku leh bagi 3/5
Harga standard kedai
Datang lagi-insyaallah kalo ada orang belanja.Nak bayar sendiri,rasanya x kot :) Hahahaha!
So next leh memusing try cari sarapan lain plak area Shah Alam tu.
| Soto kuah ceroi & kuih yang aku amik.Frust acik tau! |
| Affan aje yang enjoy makan,sebab lepas sesah pasta carbonara -sempat mengepaw roti canai Kak Ain :) |
| Settle makan ke kedai elektronik ni yang terletak di Seksyen 7. |
Apapun ini pendapat peribadi,aku rasa lain tekak lain rasa kan.Mungkin sedap tekak aku,tak sedap tekak orang lain.Tastewise berbeza-beza omputih kata.
Go try yourself if you happen to be nearby that area.
No comments:
Post a Comment