Aku baru perasan dari minggu lepas
Ada follow request kat akaun Tiktok aku
Tiktok aku sebenarnya tak aktif pun
Aku buat akaun semata2 buat shopping kat TT shop aje,kan TT murah.
Aku pengguna tegar FB.IG aje
TT vibes mmg x sesuai dengan aku
Aku jadi pening kalo tgk video kat TT
Nak tau siapa yang hantar follow request ni?
Bila aku tekan tgk profilenya
Rupanya anak kepada ex aku yang dulukala
Aku rasa anak tu tak tau apa2
Maknya aje yang insecure sibuk nak tau ttg aku
So aku reject lah requestnya
Sebab pointless nak berkawan pun
Even aku dan ex tu pun dah x berhubung berabad lama
Dah kenapa nak berkawan pun,xde sebab pun
Aku xde update apapun kat TT tu
Loser sangat nak stalk orang
Aku tua dah,urusan aku & ex dah lama berlalu
Aku dah bahgia dengan rumahtangga aku skrg
Anak2 aku pun dah membesar masing2
Masa aku nak menguruskan anak2 aje skrg
Dan mengadap saki baki tahun perkhidmatan sebelum aku plan nak bersara awal.
So aku ingat sekali reject dia pahamlah
Rupanya smp 6x hantar request
So hari ni aku google ilmu baru
Cara block profile orang di TT
Senang sangat rupanya
Aku c&p dari google ye
Senanglah hati dari mengadap drama insecure manusia
Berpuluh tahun punya kisah pun sibuk nak gali
Kami masing2 dah ada keluarga
Kisah dulukala tu tak usahlah dikenang2
Hiduplah berbahgia dengan keluarga masing2
Jika Allah swt bagi pilihan memilih sekarang pun
Aku tetaplah pilih suami aku skrg
1001x lebih baik dr ex aku tu
Sumpah tak tipu!
Sayang ikat mati orang kata :)
No comments:
Post a Comment