07 September, 2017

Auni @ 8 tahun

17-8-2017

 

Tarikhnya si Auni melangkah ke usia 8 tahun.Macam baru sgt aku mengandung & struggle masa dia kecik dulu.Budak yang asik sakit aje dulu,budak yang membawa tangis & tawa pada kami suami isteri.Diduga dengan isu kesihatannya yang macam roller coaster sejak umurnya 4 bulan.Tapi kehadiran dia membawa 1001 rezeki juga buat kami sekeluarga.Elok Auni 2 bulan, kereta baru mama keluar.Kami berjaya beli rumah landed Semi-D dengan rega RM 190K sahaja masa di berusia 3 tahun ,bayangkan value rumah tu waktu tu sebenarnya RM 350K & en papa dapat pindah tempat kerja sekangkang kera -depan rumah.Allahuakhbar, banyak sgt kalo nak disebut rahmat disebalik ujian membesarkan Auni ni.Tak tersebut banyaknya.

 

Auni membesar menjadi anak yang mudah sekarang ni.Walaupun ada jugak rebelnya tapi dia merupakan pelajar yang cemerlang setakat ini.Mengalahkan kak Ain jauh ketinggalan.Otaknya cepat tangkap dan mudah faham.Alhamdulillah.Mama masih terngiang2 lagi di telinga,kata mak “dia menguji kamu waktu dia kecil,i/allah bila dia besar dia akan banyak memudahkan kamu”Auni  membesar sebagai anak yang sangat prihatin,dia selalu faham kadang2 ada permintaan dia yang terpaksa aku katakan tidak.Almaklumlah,mama & papa makan gaji.Kami bukan orang senang tapi cukup apa adanya.Jadi dia bukan anak yang demanding sgt.

 

Semoga anak mama berjaya dunia & akhirat hdknya.Mama berharap Auni akan terbuka hati jadi doktor bila dah besar nanti,supaya bila Auni besar nanti Auni boleh bantu kanak2 yang senasib dengan Auni jugak dulu.Mama dok beranganlah nak sorang anak mama jadi doktor,berangan tak salah..Tapi apapun minat anak2, memang mama & papa akan terus beri dorongan,dan berdoa selalu semoga anak2 jadi anak yang taat & sayang-menyayangi antara satu sama lain.Berdoalah yang baik,doa ibubapa tu kan takde filter.Marilah kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita.

 

Since tarikh hari lahir Auni baru ni jatuh pada hari sekolah & jugak Auni tengah exam SRA pulak,makanya tak kemana kami.Kami pergi makan kat restoran western yang ala2 dekat kawasan rumah.Auni suka Chicken Chop,jadiler makan kecik2.Sambutan hari jadi merupakan event keluarga kecil kami,biarlah kecik pun janji mesti semua ada & makan dimana sahaja tuan punya birthday request.

 







19-8-2017-barulah ada sambutan birthday Auni yang diadakan di rumah opahnya.Sekali dengan tahlil arwah anak sedara & juga majlis kesyukuran masuk rumah baru Cik Nee.Aku masak soto,mak pulak buat nasi lemak.Adalah pudding marble kakak ipar buatkan,ada kek sebiji,popiah Cik Nee & buah-buahan.Jadikler..buat kecil-kecilan,Itupun mama pengsan teruk malam tu,tido tak sedar diri.Penat yaa rabbi!

 

Antara gambar yang sempat mama snap guna hp aje ni.Buat kenangan digital kekdahnya.




Happy Birthday Auni
Mama & papa serta Ain & Adeeb sayang Auni
Semoga terus mengorak kejayaan

06 September, 2017

Pot Luck Jln 8/6

Kejiranan aku di Jalan 8/6 sgt close
Kami ada whatsapp group
Macam2 bincang dalam tu
Umur pun jarak takat 4-5 tahun aje bezanya

Baru2 ni sibuk nak buat makan2
Kami buat ala2 pot luck
Aku as usual 
Tgk orang lain update menu hebat
Aku just angkat tangan
Bawak air sejuk & air panas
Senang makcik!
Aku manalah terror masak macam orang lain tu

Tapi bila hari kejadian
Dalam dok rasa menu sikit
Amik ko
Berlambak makanan
Siap kena tapau bawak balik

*mihun goreng dr Kak Zah

* ayam panggang dari kak Intan..ini baru sedikit..ada yang tgh panggang lagi



*sandwich,salad dari Devi

* mee bandung dr Kak Ayu

Itupun ada banyak lg tak dan nak snap
Sate
Mushroom soup + roti
Kuih muih
Buah-buahan

Kekenyangan macam ular sawa
Aku pun sampai bancuh air 2 round
Makan borak smp 2 am
Smp Ain mengaruk ajak balik mengantuk

Sgt happening
Harapnya ada peluang utk buat lagi lain kali
Seronok berborak tak hingat dunia
Semoga ukhwah terus berpanjangan
Ameen YRA

Aidiladha 2017


 

Seawal 30/8/17 aku & family bertolak ke kg en papa di Dungun,Terengganu.Aku masih mengamalkan sistem giliran wpun suami dah takde mak-ayah lagi tapi dia still ada adik beradik yang menetap dikg.Alhamdulillah,jalan sgt smooth..tak sangkut jem.Kalo sesak pun hanya nampak di Plaza Tol & RNR sahaja.Bertolak pukul 11am sampai dengan selamatnya pukul 5pm

 

Sampai aje ,kami mengadap makan durian rumah kakak ipar yang selang sebuah rumah aje dengan rumah peninggalan arwah FIL/MIL.



Adeeb memang menekunlah..durian mmg buah kegemarannya tapi disebabkan harga kat KL adalah super cekik darah sampai 

RM60 sebiji..jarang sangatlah mama nak membeli.Sayangkan duit..RM60 cukup duit lauk seminggu rumah kita,nak.Makanya memang Adeeb lepas geram makan durian balik kg.Elok sgt malam tu Adeeb start batuk2 & muntah berlanjutan smp keesokkan harinya 31/8/17.




*budak hantu Durian

So esoknya mama hadkan dia dari makan durian dengan banyaknya..makan seulas-dua aje.Risau jugak bila dia batuk sampai muntah2 tu. 

31/8/17 macam bukan raya 

esoknya.Takde ribut nak ke pasar,tak ribut nak berkemas macam nak raya.Gitulah tiap kali kalo beraya Haji kat kg en papa.Relax aje.Petang baru nampak adik ipar beli ayam 2 ekor-katanya nak buat masak nasi minyak esok pagi.Kakak ipar,biras & adik ipar ada buat korban/akikah jugak pagi raya tu.Hajatnya buat makan nasi lauk daging tengahari esok.

 

1/9/17-pagi raya.Anak2 awal bangun,mandi & bersiap pakai baju raya.Mamanya bangun mengejar iron pagi2 buta,takmo berebut kekdahnya.Lupa pulak nak angkut iron magik balik kg, dah berbulan pakai Iron Magik tu..bila pakai iron biasa rasa kekok plak nak menekan lama..Iklan percuma:Iron Philips Amway.W/pun mahal tapi sangat berbaloi2 untuk orang yang tak rajin iron macam mama ni !Mama main kutu ok nak beli Iron magik ni weeeiii..RM 140 bayar 10 bulan lamanya.*nangis!!Mujur tinggal 2x repayment aje..fuhhhh jenuh!

 

Pagi raya tak pegi pun solat sunat Raya,alkisahnya uzur syarie.Hanya en papa aje yang pergi, aku dok kalut menyiapkan si Adeeb yang macam beluncas kalo kat kg.Tak reti duduk diam seminit.Kejap atas rumah, kejap lagi bawah rumah..kejar anak ayam..Pengsan anak orang darat ni,nampak ayam abis dihambatnya.Risau aje kot kena kejar balik dek ibu si anak ayam tu..haisssshh!!

 

Dah melalut citernya..dah bersiap2 pakai lipstick merahnya mak ngah,kami menjamu selera apa yang ada,Ada nasi minyak,tapai pulut daun getah & ketupat terengganu.Selfie selpot sikit..pastu cergas salin baju.


*dengan kesayangan mama!!


Pakailah uniform bibik,nak memasak kan..nak mengerjakan daging korban segala mak nenek.Kali ni aku tender masak sup daging seperiuk besar..jenuh mengadap periuk berjam lamanya-almaklumlah..nak menunggu daging lembut adalah hazabedah!Berjam lamanya, belum lagi bab bertarung dengan lemak daging..but worth to wait.Sedapnyalah weeeiii…kakak ipar pulak buat sambal kicap makan sama sup.Menangis makan bertambah2!Selain itu aku tolong masakkan hati masak kicap,dah alang-alang hati lembu banyak..Resepi aku google,first time aku buat seumur hidup..Alhamdulillah jadi jugak..hebat sungguh google kan?

 

*proses membahagikan daging korban utk agihan


Sudah memasak, aku balik rumah arwah FIL/MIL tu..sambung tido..penat yaa rabbi..Panas jangan cakaplah..balik kg memang jatuh wajib bersauna bila siang tapi malam sgt sejuk,Rumah kampong kan,masih guna atap zink lagi.Takpelah..bukan selalu kan..hadap ajelah sekali-sekala balik kg.Yang penting seronok berkumpul tu aje pun.

 

2/9/17 projek ikan patin masak tempoyak,Requested by adik ipar.Asal balik kg, adik ipar memang aku suruh aku masak tempoyak,Entah apa sedap sgt masakan tempoyak campak2 ni..Layankan aje..masak bukan susah mana pun, nak start tuh aje yang payah selalunya.

 

3/9/17 awal pagi dah bangun melompat.nak balik KL kan..nak menyiapkan anak2,,,bercinta.alih2 dapat kuar rumah pukul 9am..ke Kemaman kejap rumah kakak ipar,beli kopok lekor kat Chendor & refill minyak keta.Masuk LPT pkl 11am..Tukar drive keta dengan en  papa sekerat jalan sebab tgk en papa dah mengantuk sgt.Elok aje lepas sikit dari Temerloh, jalan dah macam siput.20km/j,nangis!!Merasa sangkut jem 3 jam lamanya.Kesian kat anak2,makan apa adanya aje dalam keta.Mujur kakak ipar tapaukan nasi goreng,kopok goreng..makan itu aje sementara nak lepas dari Tol Gombak.Sampai tol Gimbak pukul 6pm, Adeeb meroyan lapar dah..En papa masuk Greenwood, mujur ada food court,Makanlah kami anak beranak kat situ..Smp rumah pukul 8pm.Balik rumah mendobi ntah berapa round, pengsan awal malam tu..

 

*muka stress mengadap jem!adeeb pengsan tido

Begitulah cerita cuti Raya Haji kami,takde yang menarik tapi seronok berkumpul adik-beradik sekali-sekala..semoga dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur untuk bertemu lagi dilain masa.I/allah.

 

Balik ni kena fokus untuk exam akhir tahun anak2,ujian UPKK Kak Ain & year end struggle,Tak leh main2 dah,Banyak keja menanti.Apapun teruskan berlari, semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.

 

Jupe lagi next entry kalo mama rajin,still x update citer Kak Auni & birthdaynya bulan lepas.Kena update jugak,buat kenangan untuk mama bila dah tua nanti.

 

Chowchinchow!

 

 

 

 

04 August, 2017

Comfort food!


Senang aje kahwin dengan aku
Dapat makan egg tart ni pun
Dah happy sgt


Aku bukan jenis orang yang fussy sgt
Siapa yang kenal aku
Dia tau aku ni macammana orangnya
Bagilah aku makan
Happynya macam dapat durian runtuh!

Sebab itu diet memanjang failed!!
Asik ingat makan aje

Abis tu camno..
Food lover kekdahnya!!

Silalempanglajulaju




20 July, 2017

Negatif




Setelah keguguran 2 tahun lepas, tipulah kalo aku katakan aku tak berharap untuk mengandung semula.Aku teringin nak ada baby kecik lagi sebelum usiaku menginjak ke angka 40 dalam dua tahun lagi.

 

Haid ku telah lewat 5 hari,dan entah kenapa kali ni aku cepat-cepat ke farmasi beli UPT walaupun bukan ini pertama kali haidku lewat.Sebelum-sebelum ini pun, haid ku pernah lewat 9-10 hari lamanya tapi aku tak terasa pun nak buat UPT.Aku biarkan aje,tapi entah apa anginnya kali ni.Tak sabar-sabar nak mencuba UPT meski takde apa2 tanda yang perlu aku sangsikan

 

Balik rumah, sempat tenggekkan nasi atas dapor-terus berlari ke tandas mencuba UPT.Tak sampai 30 saat..jalur terang warna merah hanya sebaris yang kelihatan.Sedikit hampa rasa dihati..aku kembali keruangan dapur,sambung memasak untuk makan malam.Usai memasak,masuk semula ke tandas yang sama-lihat semula UPT yang ku letak diatas para cermin..masih satu jalur sahaja yang kelihatan.Konon2 ,kot tunggu lama sedikit-ada 2 jalur meski satu jalurnya samar-samar..*tepuk dahi!!

 

Allahu..sukarnya memujuk rasa sedih & sayu.Walaupun aku telah punya 3 orang anak-ada lelaki & perempuan,keinginan untuk mempunyai seorang lagi bayi lelaki buat meneman si Adeeb membara dalam hati.Maklumlah 2 tahun mencuba,pun dah rasa lelah apatah lagi orang lain yang menunggu lebih lama dari kami.

 

Benarlah Allah SWT yang menetapkan rezeki setiap hambaNYA,dan hanya manusia yang  sentiasa merasakan tidak  cukup dengan apa adanya.

 

Astaghfirullahaaladzim

 

Ampunkan aku,Ya Allah,Aku kufur nikmat,Seharusnya aku bersyukur menadah tangan kerana telah mempunyai 3 anak penghibur duka lara kami suami-isteri.

 

Doakan aku & suami, semoga ada rezeki seorang lagi anak buat kami jika ini ditakdirkan terbaik buat kami.Jika sebaliknya,kami redha & cukup dengan 3 cahayamata yang ada ini sahaja.Semoga kami istiqomah mendidik anak2 ini jadi cahaya penerang hati buat kami,berjaya didunia & akhirat kelak.

 

Tahun ni antara tahun getir buat kami,kehilangan demi kehilangan-ujian kehilangan orang yang kita sayang perlu ditangani seumur hidup..sebu rasa bila teringat.Rasa mata berpasir, rasa sakitnya kehilangan itu ubatnya hanya Waktu.Tiada daya & upaya kita selain bermohon meminjam kekuatan pada Allah SWT.Tahun ni jugak kami bertungkus lumus bersama Ain untuk menghadapi ujian besar buat pertama kalinya iaitu UPKK.Tipulah kalo aku katakan tak mengharap apa-apa dari dia, tapi melihatkan dia..cukuplah dia buat segala yang termampu olehnya,Tak mahu beri apa-apa tekanan padanya,cukuplah kami doakan semoga dipermudahkan hdknya serba-serbi.


Aku takut dilabel mak ayah demanding itu & ini,kita sbg mak-ayah,kita yakin kemampuan anak kita setakat mana.Aku smp skrg menolak untuk dimasukkan dalam whatsapp group kelas anak2 sbb aku tak sanggup jadi munafik..melihatkan mak-ayah dok berbincang ttg markah ujian anak2 ataupun kalut menyalahkan guru jika result anak tak memberangsangkan.Serius aku tak boleh hadam jenis mak-ayah macam tu.Sebelum berbakul dosa kering aku maki dalam hati baiklah aku remove shj semua Whatsapp group kelas anak2.Bukan semata-mata Whatsapp,nak tau kemajuan anak2.Jangan dihitung berapa A dia perlu cari tapi kita bimbinglah dia semampu kita.Gagal ujian bukan penamat hidup, masa untuk dia masih panjang lagi..

 

Mama-papa dulu pun bukan tergolong pelajar straight A- Cuma rezeki kami merasa melanjutkan pelajaran ke Universiti dan tamat belajar di menara gading.Berjaya dapat kerja yang baik demi membesarkan anak-anak.

 

Jadi tidaklah wajar meletakkan benchmark straight A’s untuk anak2.Kalo dapat itu rezeki, jika sebaliknya pun masih rezeki.Alhamdulillah.

 

Semoga Allah bimbing kita menjadi ibubapa yang cemerlang & terbilang.

 

Ameen YRA.

 

 

 

 

 

 

 

 

14 July, 2017

Sedikit coretan Raya 2017

As usual selalu lambat nak melorek kisah dalam blog ini
Keutamaan dah makin kurang agaknya dalam berblog

Sejak dua menjak ni usia makin bertambah
Keutamaan yang satu ni dah beralih arah
Masa yang ada masih tinggal bersisa tak tahu berapa lama lagi
Masih terkehel nak mencari bekalan akhir nanti,entah cukup entahkan tidak
Anak2 yang makin membesar dan perlukan perhatian lebih dari kami & kami yang semakin dimamah usia.

Tapi tetap nak mencoret sedikit disini
Sempena raya yang telah hampir 3 minggu lamanya berlalu
Selamat hari raya untuk semua yang pernah singgah baca blog picisan ni
Mohon maaf zahir & batin pada setiap nukilan yang mengguris hati,pada setiap komen yang tak berbalas @ apa sahajalah

Semoga kita semua dibawah lindunganNYA selalu.

Terimalah gambar raya dari kami sekeluarga sebagai penyeri entry ni


Tiada yang istimewa Raya tahun ni kerana pada 9 Syawal kami kehilangan satu2nya atok diusianya 97 tahun atas masalah kegagalan fungsi jantung.

Hilang rasa seri Syawal..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah atok kami.Al Fatihah.



Kita?
Tak tau bila penghujungnya
Sudah siapkan kita dengan beg trolley kita ?



16 May, 2017

Sakitnya sebuah kehilangan

Terlalu lama aku tak sempat nak mengadap blog aku ni
Banyak sgt ujian Allah swt untuk kami sekeluarga bermula awal Mei 2017

Dengan mak yang sakit teruk
Pneumonia smp warded 5 hari
Dengan aku yang kemalangan kereta
Dan ditambah dengan kehilangan mengejut anak saudara kesayangan kami sekeluarga Jumaat lepas akibat kemalangan kenderaan.
Masyaallah
Terduduk kami sekeluarga
Allahuakhbar

*arwah Hafiz Hakimi

Tapi kami yakin
Allah swt menduga dibawah kemampuan kita
Allah takkan amik sesuatu melainkan diganti dengan yang lebih baik

Tapi dugaan kehilangan itu sgt menyakitkan
Perit,sesak rasa didada
Meskipun aku cuma mak sedara
Tapi arwah diasuh jugak dgn tanganku sewaktu arwah bayi dahulu
Apatah lagi ibubapanya yang hancur luluh melalui fasa paling perit ini

Doakan kami kuat
Doakan kami kuat
Doakan kami kuat

Aku berdoa semoga Ramadhan akan datang 
Memberi kami 1001 ketenangan
Kebersamaan seluruh keluarga melalui ujian Allah dgn hati terbuka.

Amin Ya Rabbal Alamin


Post of a DAY

Aku & AKPK di tahun 2013

Aku memang dah lama nak buat entry ni Walaupun umpama buka pekung didada sendiri Tapi ini antara pengalaman peribadi aku Aku nak share supay...