21 November, 2017

Adeeb 4 tahun & tadika!

Adeeb 4 tahunlah!

 

Minggu lepas aku sempat tempah kek untuk harijadi Adeeb yang ke 4 tahun-dia sambut kecik2 aje kat taska sama kawan2nya.Bila tanya dia nak potong kek kat mana,dia bagitau nak potong kek sama cikgu kat sekolah aje

 

Senang gitu!!Mak ko bukan rajin sangat nak masak segala mak nenek bagai.

 

So as usual kek aku tempah dengan jiran depan rumah aku.Bagitau aje kek apa nak,tema apa mau-design apa..sumer boleh.Tapi aku punya style,aku bagitau aje bajet aku berapa & designnya aku google aje.Screen shot pastu terus htr kat whatsapp-cukup time bayar.

 

Cepat sangat anak2 membesar seiring dengan diri kita sebagai mak ayah yang makin berumur.2tahun lagi aku akan menginjak ke usia 40 tahun.Masyaallah..betapa cepat sungguh masa meninggalkan kita.

 

Mama harapkan Adeeb tumbuh membesar jadi anak yang soleh,berjaya dunia & akhirat.Semoga ada rezeki Adeeb masuk Tadika Perpaduan tahun depan.Mama seriau jugaklah kalo tak dapat kali ni almaklumlah persaingan agak tough jugak.Nak bayar tadika swasta ,mama ko nangis nak bayar Yuran Pendaftaran super cekik darah.

 

Tapi in case tak dapat,apa aje pilihan yang ada selain daftarkan dia ke Tadika swasta yang terdekat.Itupun confirm melayang 7-8 ratus tak lari tu.Bulan2 wajib dah RM150 belum masuk day care segala mak nenek lagi..huhuhu!!Kos membesarkan anak beribu setahun,no choice kena jugak hadap dah namanya mama & papa sama2 bekerja.Tiada pilihan favorable buat masa ni.

 

Aku tak pernah kondem sapa yang memilih hantar anak2 ke Tadika Premier-itu rezeki & hak masing2.Tapi melihatkan Tadika Premier yang tumbuh bak cendawan lepas hujan aku melihatkan ia satu trend “profit oriented business”.Orang berebut bukak tadika bawah lesen “franchise”,tapi quality ke laut.Yang penting bukan centre tu tapi cikgu yang mengajarnya.Kes2 yang pernah aku tengok-Tadika Premier ni selalu berhadapan dengan masalah tenaga pengajar silih berganti which is sangat jarang terjadi kalo pegi tadika govt kan.Jenuh2 budak2 ni nak adapt dengan cikgu baru.

 

Apa yang mak-pak expect sebenarnya,kita ni mak –pak yang lahir tahun 70,80-an-demanding sgt.Ko nak anak ko buat calculus ke apa budak 5 tahun?Come onlah..parents.At least basic aje yang dia kena hadam-Membaca-Menulis-Mengenal-bagi aku cukuplah asas ni dulu.Senanglah bila enroll Tahun 1 nanti.Janganlah kita letakkan standard ko atas anak2 kecik ni.Biarkan dia bermain,berseronok –don’t stress them too much.Kesian kat anak2.Aku pernah tengok seorang budak 5 /6 tahun,mak ayah hantar tuisyen…wallaweeiiii…sakai sangat mak ayah ko ni!!


Ain masa 5 tahun aku hantar ke PASTI- ke laut!Langsung tak boleh membaca,mengenal huruf lebih kurang aje.Buku yang PASTI bagi untuk budak Tahun 5-giler banyak which is aku rasa merepek sangat-banyak betul bukunya.Aku dulu duduk Ampang,so PASTI ni paling dekat dengan rumah aku-selang sebuah aje dengan Day Care Centre si Ain..Lepas tu memanjang kena bayar itu –ini which is aku annoyed jugak,Apahal asik mintak duit aje ni.Cuti lagi satu hal,Deepavali dia cuti lagi lama dari Hindu raya..

 

Bila aku pindah Puchong aku hantar ke Tadika Perpaduan,seriously baru aku rasa macam Ain baru start tadika,Barulah nampak progress dia membaca,menulis-barulah nampak dia buat homework.Since that Auni pun aku hantar ke Tadika Perpaduan-senang hati aku.Sillabus bagus,anak2 tak pernah komplen apa2 & yang paling penting diorang enjoy sepanjang bersekolah disana.Memanglah fasiliti tak secanggih sekolah tadika Premier kat luar tu,tapi aku puas hati-anak2 boleh menguasai asas yang 3M (Membaca,Mengira & Menulis).Itu aje asas wajib yang budak2 ni kena hadam sebelum melangkah masuk ke Tahun 1.At leastlah.Janganlah perkara asas ni pun anak2 tak leh buat lagi,jenuhlah cikgu Tahun 1 nanti nak mengadapnya.Kita takmo sebab anak2 tak kuasai 3M- anak2 akan ketinggalan masa mula masuk Tahun 1.Apapun tadika pilihan kita,mak ayah kena main peranan-tengok anak kat rumah.Berlatih membaca,buat homework sama2,Berapa jam sangat masa anak spend kat tadika,compare duduk kat rumah kan?

 

Apapun terpulang pada semua mak-pak.Korang lagi bijak buat pertimbangan Cuma janganlah kita terikut2 dengan trend sangat.Kaji betul2 & buat keputusan bijak.Zaman GST ni marilah kita berhemah berbelanja.Minyak petrol pun memanjang naik skrg ni..aduhai!Terasa jugak bebanan hidup kita,Utk yang setaraf DSV,Dato Aliff-itu lain cerita.Ini kisah marhaen struggle all out ni..

 

Sekian,coretan menceceh pg selasa ni


Selamat bekerja semua!

 

 

 

*kek rega RM50


 

 

 

 

 

 

16 November, 2017

1001 kisah

Petang semalam tgh hujan2 aku hantar si Putih ke bengkel kawan lama di Setapak Jaya all the way dari Puchong.Walaupun jauh tapi sebab nak save duit RM 1500.00-aku sanggup travel jauh & hari ni  sehingga hujung minggu ni aku “carless”.Sila bertabah mama!!

 

Lepas aku dapat quotation dari bengkel c*** hari tu,so aku terus whatsapp kawan lama aku ni.Dia memang kawan baik,aku kenal dia dari kecik lagi.Aku tanya dia, berapa quotation dia boleh bagi kalo aku nak buat top overhaul & skim head sekali.Dia quote aku paling mahal RM1000,paling murah dia boleh bagi RM800.Dia tak caj aku Upah-mungkin sebab atas dasar kawan lama agaknya.Aku kenal dia ada 27 tahun kot.Giler lama!

 

Aku harap dapatlah kereta aku disiapkan secepat mungkin ,at least Sabtu ni sebab betapa patahnya kaki aku bila takde kereta ni.Tentang kereta baru,aku takmolah cepat sgt melatah submit loan semata2 kerana ujian kecil ni.Aku rasa nak hadap pakai lagi kereta ni 3-4 tahun lagi.In case aku perlu jugak nak beli kereta aku akan tunggu tahun 2019.Raya 2019 to be exact.Masa tu Kak Ain pun dah tingkatan 1,Auni dah darjah 4 & Adeeb 6 tahun-jadi sangat sesuailah nak tukar kereta yang besar sikit seiring dengan anak2 yang makin membesar.

 

Loan baru bermaksud komitmen baru-dengan anak yang makin membesar,ekonomi aku & suami yang sama2 makan gaji masih ditakat lama,mengharapkan kenaikan gaji yang basic aje-kadang2 fikir macam takleh lagi nak tambah komitmen lain.Gaji kami suami isteri tak banyak mana-adalah tak sampai 10k kalo gabung gaji bersama.Dengan loan rumah,kereta,personal loan dll buat kami pikir panjang..tunggulah lagi at least setahun lagi.Nak settlekan loan suami semua dalam tempoh setahun & try apply loan kereta pada  Mac 2019(kalo aku panjang umur)-ikut jangkaan aku,loan kecik2 yang lain dah settle masa tu.

 

Ini namanya “delay satisfaction strategy”.W/pun anak2 merengek nak kereta baru,pekakkan telinga mama!Anak2 dah pandai mintak itu-ini,kitalah sebagai mak-ayah yang kena kawal situasi.Kena ajar anak cara bersyukur,at least diorang masih ada kereta yang masih berfungsi dengan baik.Anak2 aku tak rajin berpanas berhujan sejak lahir lagi.Sekali-sekala ajarlah susah sikit.

 

Sekarang pun kalo takde kereta tak berasa sgt agaknya,berlambak kot Grab/Uber-tinggal order & bayar aje.Yang penting ada duit semua jadi.Area rumah aku pun ada LRT baru aliran Putra Heights-senang sangat kalo takat nak merendek gi KLCC naik tren..hahahah!!

 

Aku tak tau orang lain,tapi pelan aku untuk free debt 70% berjaya-aku ada 30% untuk settlekan semua o/s.4 tahun lepas aku sangkut dengan kemelut kad kredit & personal loan.Aku tutup semua kad kredit (RHB,SCB & Citibank) aku,aku buat arrangement untuk settlekan tiap satu akaun kad kredit aku.Aku settlekan o/s PL aku.Memang sakit nak settlekan tu tapi apa pilihan yang ada,Mula2 perit hidup takde kad kredit tapi alhamdulillah 4 tahun aku berjaya juga free CC.Untuk bermula memang perit tapi lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.So next year,aku ada azam nak tolong suami untuk settlekan kad kreditnya & loan dia yang kecik2 tu.Kalo bukan isteri yang nak tolong suami,siapa lagi kan?Semoga Allah murahkan rezeki kami suami-isteri untuk bayar semua hutang yang ada.

 

Semalam result naik kelas Ain & Auni dah keluar.Alhamdulillah-Auni dapat maintain kelas 1 baik Sekolah Agama mahupun Sekolah Kebangsaan.Sementara Ain berjaya naik kelas –untuk Sekolah Agama-dari kelas no 3 naik kelas no 2 & untuk Sekolah Kebangsaan dari kelas no 4-dia berjaya jump ke kelas no 2.Ini berita yang mengembirakan buat aku & suami terutamanya bila melibatkan Kak Ain.At least she manage to slot herself into top 3 class.Dia ada tunjuk progress yang baik untuk subjek lain except Maths.Takpe kakak,kita usaha sama2,

 

Sekarang ni aku busy dengan siapkan hantaran untuk Abang aku yang nak menikah Jumaat depan di Penang.Jenuh aku bermain dengan glue gun,dengan riben,gabus..aishhh macam2..pening kepala jugak nak hadap bekas hantaran ni.Dah ler tak berapa nak kreatif tapi disebabkan aku ni nak membantu dalam segi wang Ringgit tak berapa nak mampu-aku bantulah ikut kapasiti yang aku mampu buat,Doakanlah semoga bekas yang aku gubah cantik hendaknya,

 

So list to do aku bertambah panjang ;-

 

1-to ensure kereta aku siap on time Sabtu ni

2-siapkan bekas hantaran paling lewat Ahad ni-hantar rumah mak

3-datang awal rumah mak Ahad ni,ada kenduri doa selamat (tolong mak masak)

4-mula draf list nak beli barang sekolah anak2 (sambil intai tabung ayam yang mana ada)

5-make sure baju jubah Ain/Auni siap sebelum Jumaat minggu depan

6-start packing baju-bajan nak ke Penang Jumaat depan

7-kemas rumah,masukkan kotak buku2 lama Ain/Auni tahun ni untuk recycle

8-settlekan keja pejabat sebelum cuti panjang

9-amik baju aku kat rumah tailor 

10-cari kemeja turquoise utk en papa & Adeeb..(bilalah nak tawaf shopping mall x tau)

 

Apapun wish me luck!

Harapnya aku tak kelam-kabut sangat,buat keja 1 by 1 biar sampai settle

 

Cepatlah wedding abang ni settle,selagi tak settle-selagi tu lah aku serabut yaa rabbi!

 

 

 *still x update pasal birthday Adeeb ke 4-pelan2 naaa

 

10 November, 2017

Nangis!!

Back to kisah Drama sangat ko si Putih-kereta kesayangan ku si Putih tu @ en VIOS.Aku dapat berita yang menyedihkan hari ni,foreman kata masalahnya dengan Engine keta aku tu “air dah bercampur dengan minyak”.Valve bengkoklah,itulah..inilah..#silameninggal

 

Recommend untuk TOP OVERHAUL.Kosnya lebih kurang RM2500 & lebih menyakitkan warranty, kedai berani bagi hanya 1 minggu sahaja dengan alasan kedai spare part pun bagi warranty seminggu jugak.Sakai!!

 

Dan menambahkan drama sedih aku ni,2 minggu lagi aku akan ke Penang.Allahuakhbar

 

Aku anggap ini ujian Allah swt dan mungkin jugak banyak hikmah yang tersembunyi.Memang aku ada niat nak beli kereta baru Cuma menunggu masanya tiba tahun depan tapi tak sangka pulak secepat ini aku kena memikir tentang kereta baru.

 

Kalo aku submit loan kereta baru pun,tak mungkin dalam 2 minggu ni kereta baru boleh keluar.Pengsan seround lagik!

 

So my contingency plan-

 

1st plan: pegi ajelah overhaul keta tu.Tutup ajelah mata membayarnya w/pun duit yang ada tak seberapa & doalahbanyak2 semoga selepas overhaul kereta di tahap peak performance tak menyusahkan kita.Kereta itu untuk memudahkan kita bukan menyusahkan kita.

 

2nd plan:tinggalkan aje kereta tu mereput bawah porch sehingga ada duit nak baikinya.Panggil ajelah UBER/GRAB jika perlukan kenderaan nak keluar bersama keluarga.Nak pegi Penang,kita sewa kereta aje.

 

3rd plan:proceed loan kereta tanpa pening2 kepala,Kemungkinan besar takkan sempat loan lulus @ kereta ready stok dalam masa terdekat.So pegilah sewa kereta kalo nak ke Penang 2 minggu lagi tu.

 

4th plan:biar ajelah tok laki pulak yang pening kepala memikir, sebab dah menjadi t/jawab dia untuk menyediakan keperluan asas ini untuk kemudahan isteri & anak2.Cukup2lah isteri jadi mastermind tukang memikir,tukang execute,tukang itu & ini-kasilah can dia pening kepala pulak.

 

5th plan:lantakkan disitu..titik.noktah.

 

Apapun redhalah aku dengan ujian sikit dari ALLAH SWT & yakinlah bahawa setiap ujian yang datang-pasti hadir dengan pakej “setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi”Siapalah kita nak menidakkan kenapa Allah uji aku saat ini?Tapi bersyukurlah kerana kita terpilih untuk diuji kerana Allah tahu kita mampu melalui getir ujian ini.Ingat selalu “Allah amik sikit tapi Allah beri banyak”

 

Duhai Lynn,you can do this!!

 

 

 

Fly high,Auni!

 

Aku berkesempatan ke sekolah Auni untuk sessi PTM-Hari amik report-card.Awal pagi aku dah bertolak,wpun aku dah tau result penuhnya tapi aku memang look forward nak jupe Cikgu kelas Auni.Kenapa Auni..sebab aku sempat utk uruskan Auni tetapi untuk Ain papanya pulak yang amik giliran pada waktu petangnya.

 

As usual mak-pak yang datang macam2 ragam.Mostly mak2 yang datang berderet sama anak2 yang lain.Golongan bapa boleh kira dengan tangan.Yang datang bersama suami-isteri pun boleh kira dengan tangan.Haiiiyaa…baru kita nampak patern disini-adakah semua ibu itu full time housewife @ hanya ibu sahaja yang amik berat hal sekolah anak2 ni?Wallahuallam.Aku tetap dengan prinsip KEUTAMAAN bila melibatkan urusan sekolah anak2-samada aku @ suami-kami kena hadir bila sekolah memerlukan penglibatan mak-ayah.Buat anak sama2,hal anak tolong hadap sama2!!

 

Giliran aku yang ke 8 kalo aku congak dengan jari-tapi as usual masih ada parents yang tak paham erti giliran-suka hati mak ayah dia aje nak cut queue dengan alasan dia seorang aje keja!Sakai!Orang lain pun keja jugak,tapi still hormat masa orang lain jugak.Ko datang lambat,sila beratur dari belakang.Nak cepat,sila duduk kat kelas kul 7am lagi.Gitu!!Nak ajar anak berdisiplin tetapi mak-ayah ke laut dalam,nak kena ajar beratur bersabar ikut giliran pun kalah mengajar budak masuk  tadika !Emo aku…

 

Ok,tutup kisah mak-pak tak bertamadun ni,back to Auni story.Jupe aje Guru Kelas Auni,terus dia ucapkan “TAHNIAH”.Auni maintain no 1 wpun ada persaingan dengan rakan sekelas yang dalam peratusan sama-jadinya mereka berdua berkongsi kedudukan NO 1 dalam kelas.Alhamdulillah.Cikgu jugak bagitau,Auni antara pelajar yang “STRIVE FOR EXCELLENT” dia jenis buat keja memang tertib & akan buat sehabis baik.Tiada istilah buat keja asal siap..Wah!!Hebat sangat review guru kelas Auni.Mama dulu pun tak sehebat ini nak,Mama ko dulu sangat penyegan.reserve & bukanlah excellent sangat.Mama sangat pendiam,buat hal sendiri.

 

Alhamdulillah.Tiada apapun sumbangan mama & papa pada kejayaan Auni,dia sangat independent.Sangat teliti & yang paling penting dia suka apa yang dia belajar.Mama-papa hanya bertindak sebagai mentor dari jauh & mendoakan kejayaan anak2 tanpa henti setiap waktu.Semoga ada doa antara kami yang Allah makbulkan.

 

Semalam Auni buat persembahan tarian di SK sempena Hari Kanak-Kanak.Dia sangat berani,tak rasa segan nak naik atas pentas.Aku tumpang bangga tengok dia confident atas pentas wpun teruk kena gelak sebab menari lagu I AM ME-by Dato Seri VIDA.Lantakkan orang nak gelak nak,sehari dua diorang lupalah tu.

 

We look forward next 22/11-Auni akan amik hadiah lagi tahun ni.Semoga anak mama ini terus terbang tinggi.Panjang lagi liku2 hidup kamu,nak.Berjuanglah sehabis baik,semoga kejayaan dunia seiring dengan kejayaan di akhirat kelak.

 

 

 

 

 

 

09 November, 2017

Silap Transfer,M2U & kisah orang berhati mulia.


Ini kisah yang berlaku 3hari lepas,aku nak coretkan disini untuk kenangan aku.Isnin malam aku perlu transfer duit sebanyak RM350.00 dari akaun Maybank aku menggunakan applikasi M2U yang memang aku install dalam hp aku.

 

Aku buat transfer under option Favorite Payee –scroll down nama suami aku & rasa macam betul dah klik nama dia.Since nombor akaun suami aku dah Add As Favorite Payee makanya tiada TAC passcode diperlukan untuk transaksi tersebut.Bila transaksi berjaya baru aku perasan akaun yang aku transfer adalah akaun sebuah Badan Kebajikan yang aku memang add sebagai Favorite Payee jugak.Usually aku memang simpan banyak no akaun rumah kebajikan-sebagai instrument aku nak bersedekah,membersihkan rezeki bak kata Ustaz Ebit.Mengelabahlah jugak aku, sebab melibatkan duit en papa.Dan RM350 itu jumlah yang agak besar untuk aku ganti semula duit en Papa.W/pun suami isteri hutang tetap hutang.

 

Aku call Maybank hotline.CS advice untuk aku isi borang di mana-mana cawangan Maybank terdekat keesokan harinya.Dan dia inform prosesnya agak leceh jugak sebab Maybank akan call Pemegang Akaun (akaun yang aku silap transfer tu) untuk buat pengesahan-jika diberi pengesahan barulah bank boleh contra debit akaun penerima & refund semula pada aku.Jika penerima refuse untuk transaksi reversal ni,sila paham2 sendiri yang duit ko kira sadaqallahuladzim!!Aku plak esoknya nak ke Senawang,celah mana pulak aku nak cari Maybank.So aku google berkenaan Rumah kebajikan tersebut.Jenuh jugak,Aku kena counter check dengan no akaun yang aku simpan dengan website berpuluh rumah kebajikan yang ada kat Malaysia ni.Masalahnya aku selalu amik no akaun yang viral dalam Facebook so aku tak pasti yang mana satu rumah kebajikan ni,.Sakai kan?

 

Cari punya cari,aku jupe satu nama,website & akaun no untuk sumbangan yang match dengan akaun yang aku silap transfer tu.Terpaksalah tebalkan muka..Aku terus buat panggilan telefon kepada salah satu no yang ada.Seorang lelaki jawab tel,aku pun story lebih kurang & dia beri aku satu lagi no tel untuk berhubung terus dengan Admin Akaun.Aku pun call no yang dia beri,cerita semula.Dia dengan senang hati suruh aku whatsapp bukti transfer ,beserta akaun no .Aku pun buat spt yang dikehendaki.Tak sampai 10minit Admin tu transfer semula ke akaun aku,Sujud syukur!Alhamdulillah.

 

Segan jugak mintak duit kita sendiri w/pun tak bertentang mata.Seriously,kalo aku ada duit-aku halalkan aje-aku anggap aje duit RM350 tu mmg duit rezeki rumah kebajikan tu,.Masalahnya nak menunggu gaji hampir 3 minggu lagi,itu adalah misi mustahil.Apapun terima kasih banyak2 kepada Puan Musshidah dari Rumah Kasih Nurul Hasanah.Semoga Allah permudahkan urusan Puan sebagaimana Puan memudahkan urusan saya & dimurahkan rezeki hdknya buat Rumah Kasih Nurul Hasanah.

 

Moral of the story, berhati2 bila buat transfer yea kawan2.Jangan over confident macam aku yea.Almaklumlah umur nak masuk 4 series ni,blur semacam.

 

Ehh semalam aku meroyan pasal kereta kan..dalam masa yang sama aku google tentang Ertiga-tetiba rasa macam nak letak dalam wishlist.Esok aku sambung merepek pasal ni kalo rajin.

 

 

08 November, 2017

Drama sgt ko si Putih


Semalam aku ada tugasan kerja di Senawang.Pagi2 pulak kawasan perumahan aku black out-mujur baju sekolah anak dah siap iron cuma tudung aku aje yang belum sempat iron.Baju aku belasah aje baju yang jenis tak perlu iron segala.Jenuh plak semalam,dengan hujan pulak pagi semalam-dengan nak hantar Adeeb ke taska pulak.Sedikit huru hara aku jadinya.

 

Aku memandu menggunakan highway Elite Putrajaya-KLIA-Senawang.Aku bawak tak laju mana,tak cecah 100km/j pun sebab dok risau jalan licin kerana masih hujan.Selamat sampai ke Senawang dalam 1jam tanpa berhenti dimana2 perhentian RNR.Pukul 3.15pm keja aku dah settle kat Senawang so aku bertolak semula untuk pulang ke rumah.Baru masuk highway-baru smp ke Bandar Ainsdale temperature kat dashboard tu blink2 warna merah.Aiyokhhh seram mak!Nak stop kat roadside aku adalah penakut sebabkan kereta area situ laju2 dan ada potensi aku jadi mangsa in case ada manusia2 yang suka amik kesempatan diatas kesusahan aku time tu.Aku nampak stesen minyak tak jauh dari Bandar Ainsdale-aku stop betul2 sebelah stesen minyak & call heroku “en papa”.En papa advice aku stop kejap, bukak bonet depan & tengok coolant-tengok ada air atau tak?Dan dia advice aku jalan pelan2 menuju ke RNR terdekat sebab bahaya aku sorang2 kat situ.

 

Dengan lafaz bismillah & tak lekang mulut aku sebut “LAILAHAILLAHANTASUBHANAKAINNIKUNTUMMINAZZOLIMIN” sebab aku pernah terbaca jika kita dalam kesulitan-kita bacalah Dzikir ni berulang2 kerana tiadalah pengharapan selain daripada mengharapkan bantuan dari Allah SWT semata2 semoga dipermudahkan aku hdknya.Aku masuk highway semula-dalam 10 minit aku sampai ke RNR Seremban.Aku stopkan enjin,pegi toilet & makan.Aku tetap positifkan diri sebab aku tgk tangki coolant air masih ada ½ dan dok intai kat bawah kereta tak nampak sign air menitik menandakan leaking dimana2.

 

Adalah 30 minit aku melepak kat situ & memulakan perjalanan semula untuk balik rumah.Tak sampai 10minit kereta gerak-temperature sensor blink2 semula.Aku bawak habis slow wpun jenuh kena hon dengan kereta/lori belakang sebab slow-Slow tak slow pun dalam 80-90 km/j sebab kenderaan kat situ pakat laju2 belaka.Memang makan hon aje aku semalam tapi aku buat bodoh aje sebab aku dok lane paling slow dah tu-ko nak laju sila beralih ke lane kanan,bodoh!Aku istighfar banyak2,tak berhenti dzikir yang atas tu-sebab next RNR yang terdekat 30 minit jaraknya dari situ.Aku memang taknak stop kat roadside atas alasan2 keselamatan & aku pulak bersendirian-perempuan pulak tu.Aku gigih jugak memandu seslow yang boleh,offkan a/c & off radio-bukak tingkap sikit untuk angin.Kemujurannya tak hujan petang semalam & cuaca tak terik sgt.

 

Temperature still blinking sampai di RNR Dengkil dan aku yang degil ni takmo berhenti sebab jarak RNR Dengkil dengan exit Putrajaya hanyalah 5minit jauhnya.Aku pelan2 bawak sampai ke Plaza Tol Putrajaya.Elok aje aku lepas TouchnGo lane-terus hilang temperature blink2 tu.Sakai !!So aku buat kesimpulan dengan pengetahuan cetek yang aku ada mengatakan Sensor Board untuk Temperature ni dah kaput.Perlu ditukar..hahaha!!Cerdik sgt ko kan,kalah pomen kan.Kereta VIOS aku ni usianya dah masuk 8 tahun & macam2 penyakitlah dia mai satu persatu.Tapi kereta ni sangat berjasa pada kami sekeluarga.Pernah accident sekali sahaja,bulan 5 tahun ni.Merasalah aku car-less seminggu sebab tunggu insuran claim.Menangis weeeii takde kereta!Patah kaki..

 

Pagi ni bercerita dengan mak kisah kereta aku ni.Mak cakap “kamu kena cepat2 tukar kereta kamu tu,lagi lama pakai-lagi macam2 penyakitnya”Marilah berhuhuhuhu..Hajat nak beli kereta baru memanglah dah lama ada Cuma en papa tak berani nak tambah komitmen lagi buat masa ini.Tapi tak taulah,kot esok lusa en papa terbuka hati nak beli kereta baru kan..wallahuallam.

 

So petang2 ni ke aku akan ke workshop-tengok apa kata si Neoh tu pasal si Putih kesayangan kami sekeluarga ni.Semoga rosaknya tak merosakkan atau meranapkan poket mama /papa yea.Kami nak pakai duit ke Penang 2 minggu lagi…uwaaaaa!!

 

Tumpang doakan yang baik2, semoga Allah murahkan rezeki aku suami-isteri-semoga ada rezeki nak beli MPV hendaknya.Hidup zaman PM yang bijak laksana ni,kita rakyat marhaen pun kena bijak berbelanja jugak.Paham2 sudah!!

 

 

*ada sapa2 nak sedekah Mitsubishi Outlander yang merah ni?

 

 

 

06 November, 2017

Sakit Jantung!


Menelek result exam 2 anak dara, macam2 rasa ada.W/pun bukan result penuh lagi but still mak ko sesak dada,sakit jantung sumer mai dah.Result Auni memang excellent,the lowest marks dia dapat adalah 88% untuk DST & English 1,selebihnya 90% +.Dia mmg budak yang cerdas sikit,senang tangkap kata orang.Belajar tak seberapa tapi dia memang boleh buat.Result Ain-sumer subjek Agama dia lulus cemerlang-90% ke atas.Sejarah,Sains & Maths masing2 dpt C sahaja.English writing D.Tintong terus mama ko nak!

 

Mulanya aku ada rasa sesak juga dada tgk result Maths Ain sebab kami suami isteri memang all-out study sama dia untuk paper Maths,rasanya 2 bulan sebelum exam lagi.Kami print berbelas set PAT untuk Ain latih tubi.Hampir setiap hari kami ajar dia,mesti siapkan latih tubi 1 set setiap hari dengan bantuan aku @ papanya.Belum lagi termasuk kertas lain.Tapi memang kami tekankan pada Maths sebab nampak dia lemah subjek tu.So bila tgk result dia,both of us(aku & papa) agak kecewa jugak sebab kami expected after those series latih tubi obviously nampak dia boleh buat tanpa bantuan kami.Kami harap at least dia dapat maintain B sama macam Ujian Pertengahan Tahunhari tu.But still,she cant handle the test..Kalo aku yang frust apatah lagi papanya yang memang monitor anak kesayangannya 24jam tu..We really hopes with good grade she can slot in to upper class instead of 4th class rite now, with expectation that once she mingle with those “good student” she will be able to challenge herself to score for better grades on next year UPSR.What to do,hancur berkecai harapan mama-papa… L

 

Aku istighfar panjang2, kegagalan dia bermakna kegagalan kami jugak sebagai ibubapa.Aku mohon keampunanmu,Ya Allah.Ilhamkan kami jalan terbaik membantu anak kami ni.Mungkin doa kami berdua tak makbul atas semua dosa & khilaf kami atas muka bumi ini.Permudahkanlah hendaknya..

 

Kenapa kami berdua cuak semacam?Sebab Ain akan UPSR tahun depan,kami ada hajat nak masukkan dia Sekolah Berasrama Agama –melihatkan syarat kemasukan yang panjang berjela,ada sedikit cuak disini.Mampukah anak kami bersaing untuk satu tempat dalam berpuluh ribu permohonan nanti.Ain memang kami tak hantar kelas tuisyen,kami suami isteri yang mengajarnya.Dengan jadual dia yang packed pagi petang sekolah,sangatlah kejam rasanya nak hantar tuisyen malamnya pulak.Masa mana dia nak berehatnya.Suami ajar Ain Maths ,subjek agama.Aku ajar English,BM serta ajar dia buat nota untuk memudahkan dia mengingat fakta.

 

Tapi rasanya tahun depan aku kena cari seorang personal tutor yang boleh ajar Ain,takperlah bayar mahal pun as long as dia boleh tunjuk sedikit kemajuan.Mana tau dengan bantuan tutor dia mahu nak belajar,bila belajar dengan kami berdua banyak sangat mengelatnya.Nak makanlah,nak siapkan homeworklah..bla..bla..bla..Pengsan!!

 

Kami suami isteri sangat flexible tentang jadual belajar anak2, dan anak2 tau masa bila kena bukak buku.Kami sendiri belek homework anak tetiap malam,no gadget during weekdays-diorang hanya boleh pegang hp/tablet sabtu & ahad sahaja.TV pun anak2 kurang tengok.Cuma masing2 kurang fokus mengulangkaji terutamanya Ain.Auni kes terpencil,dia mmg lain sikit kalo nak bandingkan dengan Ain.But still Auni tak terkecuali dalam urusan kami sbg ibubapa-dia tetap kami pantau jugak pelajarannya samada di SK mahupun SRA.Kami berdua tak amalkan double standard-masing2 kami dah janjikan hadiah yang sama jika reach sekian2 target.Tak solat ,2-2 pun kena sebat,Cuma selepas ini kami kena mulakan pendekatan lain utk Ain & Auni.Kena focus untuk bantu Ain sejauhmana yang kami mampu.Lebih2 lagi Ain akan exam besar tahun depan.Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua suami-isteri bantu anak sulung kesayangan kami.

 

Untuk Ain,mama & papa tak marah Ain gagal kali ni.Mama nak Ain belajar dari kesilapan.Tiada manusia yang tak pernah buat silap & tiada manusia yang terus naik ke puncak tanpa bersusah2 dahulu.Semoga Ain belajar sesuatu dari kegagalan ini & bertekad untuk terus berusaha dengan lebih gigih tahun depan.Kita lupakan sahaja apa yang dah berlaku tahun ni.Kita terus melangkah gagah untuk tahun depan.

 

Mama & papa akan cuba apa yang boleh untuk bantu Ain.

 

Ain anak kesayangan kami,semoga Ain jadi contoh yang baik untuk Auni & Adeeb.Semoga niat mama nak Ain ke SMA nanti Allah permudahkan.Ameen Ya Rabbal Alamin.

 

 

 

 

 

 

Post of a DAY

Bulan peghabis RM :(

15/9/2026-countdown 2 hari lagi menjelang hari lahirku yang ke 47 tahun Tak sangka sepanjang ini usia pinjaman Allah swt Tak pasti samada ad...