23 November, 2012

FINANCIAL MEDIATION BUREAU ( FMB )

hidup bawah tekanan dasar kapitalism.its about money--money--



hari nih aku teringin nak berkongsi ttg maklumat ini
Financial Mediation Bureau
adalah badan -NGO
sebagai orang tengah
untuk sebarang pertikaian antara pengguna- pihak intitusi perbankan

contohnya
A pengguna kad kredit Bank B
tetiba terima statement kad kredit
ada transaksi yang mengelirukan
yang menunjukkan transaksi yang tidak dilakukan oleh A sendiri

report dispute dgn Bank B
Bank B amik masa 14 hari utk keluarkan result investigation
bila kuar result - A bertanggungjawab atas transaksi itu & dikehendaki membayar keseluruhannya
A marah & tak berpuas hati
maka A disarankan merujuk kesnya pada FMB

FMB selalunya akan bertindak sebagai badan berkecuali
tidak memihak pada A  jugak pada bank B
penyiasatan akan dilakukan tanpa bias
berpandukan bukti dokumentasi yang diberikan oleh pihak bank & jugak mereka akan menjalankan penyiasatan terperinci dr pelbagai sudut

jadi sekiranya
kawan2 ada pertikaian dgn pihak Bank
bolehlah merujuk kepada FM

maklumat lanjut boleh lihat di website mereka disini

kenapa tetiba aku raise isu nih

-sbb tgh struggle fight dgn bank jugak nih,ada transaction online bayar bil air Kota Kinabalu- sampai 570 ringgit..bank kata kita liable to pay sedangkan kita tak tahu menahu pasal ni..sapa pulak yang tggl kat KK yang aku baik sgt nak tlg bayarkan bil nih..wallahuallam!!so tgh tggu result dpd FMB jugak ni..

so utk mereka yang ada masalah macam aku nih, adviceable to get help from FMB

fight for your right :))

Contact number : 03 22722811
Alamat               : Level 25 Dataran Kewangan,Dataran Takaful, No 4 Jalan Sultan Sulaiman,50000 KL

sharing is always caring!

22 November, 2012

mama is paranoid !

betul tuh :))


semalam result grading class untuk kak ain dah keluar
balik2 aje semalam
kak ain bagitau mama
ain dapat masuk kelas no 3 daripada 8 kelas utk tahun 1

walaupun bukan kelas pertama
mama still rasa seronok
jadiler nak
as long as kamu mahu belajar
kamu mahu berusaha lebih gigih
semoga jadi lebih baik nanti

mama doakan kamu berjaya dunia & akhirat
jadi pelajar yang tekun
yang hormatkan guru2
yang dikasihi kawan2
yang paling penting jadi contoh terbaik utk adik Auni

sejak dua menjak nih
aku adalah sedikit terlebih paranoid
aku mengaku aku seriau sikit
bila kak ain nak masuk Tahun 1 nih

aku dok pikir macammana anak aku nak masuk sekolah
macammana dia nak dandan diri dia sblm pg sekolah
pandaike dia ?
sebabnya kak ain aku akan transitkan kat taska
setelah balik sekolah agama
kalo pg2 nak g sekolah agama
aku leh siapkan dia awal2
tapi nak g sekolah kebangsaan sblh petang tuh
adoikhhh!!

tahu ke dia belanja kat kantin?
tak kena tolak anak aku?
dia kecik orangnya-takut kena buli
pandai pegi toilet sorang2 x?
ingat ker dia nak balik ke kelas sendiri nanti?

uwaaaaaaaaaaaaaaaa

mmg mama yang lebih paranoid!

tetiap hari aku pesan macam2 dgn dia
walaupun lambat lagi sekolah nak buka
sampai dia pun stress dgr aku pesan itu-ini

aku akan bercuti hari pertama kak ain sekolah
nak tgk m/mana dia naik van pg sekolah agama /sekolah kebangsaan
aku cuma harap ain jadi independent sikit
tak nangis
tak takut

pengalaman pertama seorang mama
anak nak masuk tahun 1

rasanya macam nak pegi interview kali pertama

haissssssshh!!





20 November, 2012

Sunway Lagoon - RM20 per person


 sempena ulangtahun Sunway Lagoon ke 20th SL telah berbesar hati
menurunkan harga tiket masuk
kepada rm20 seorang
setiap 20hb sehingga Mac 2013

untuk mereka2 yang anak2 dok tanya
nak pegi mana
nak jalan mana
mungkin sesuai kot nak bermandi-manda di SL

hari nih pun ada
tapi sorry lambat up entry nih
SL lebih baik pergi masa weekday
sbb weekend adalah sgt ramai

terma2 syarat2
hanya valid utk tarikh 20hb sahaja sehingga 20hb Mac nanti
terbuka untuk 1000 pelanggan pertama sahaja
kena provide i/c ok

mungkin boleh check website mereka disini

next month Dec jatuh hari Khamis
Tahun depan January-hari ahad
February & March -jatuh pada hari Rabu
so boleh start pikir hari2 yang sesuai nak bawak kanak2 ke sana

kadang2 pening nak accomodate cuti kanak2
sementara mama tgh busy year end closing nih

skrg tgh survey tempat shopping
barang2 sekolah kak ain
mama is excited lebih anak nak masuk sekolah
siap list panjang berjela
apa nak beli utk anakanda tercinta

siapa tahu kat mana dah start back to school sales ?

semalam wat kira2
barang2 nak masuk sekolah kak ain
baju-bajan jer dkt RM300+
belum campur stationery
buku2 sekolah
yuran sekolah

mama-sila pengsan 7-8x

baru anak sorang
kalo 4-5 orang
agaknya kena menabung start dari awal tahun

kesat peluh!!

19 November, 2012

Duit Hantaran -versi orang Utara

*warning awal2-ini pendapat peribadi tak mewakili sesiapa pun-harap maklum!

pic- google :)


aku ada isu menarik ttg ini
kebetulan adik ipar akan bernikah dgn orang utara bulan depan
kebetulan kak ipar aku bukak isu nih
duit hantaran orang Utara 

aku rasa ramai orang tahu kot
kalo di negeri2 lain selain pantai timur
kami panggil duit hantaran itu sebagai Duit Belanja hangus
kosnya mungkin serendah 5k- puluh2 ribu
selalunya duit hantaran nih ditetapkan oleh pihak keluarga pengantin perempuan 
dan ianya digunakan utk biaya majlis perkahwinan itu sendiri
selalunya akan diberi pada keluarga pengantin perempuan 
sebulan sebelum majlis @ mengikut ketetapan keluarga pengantin perempuan itu sendiri

selain duit hantaran, pihak perempuan akan menerima wang mas kahwin 
samada mengikut hak/syarat ditetapkan oleh negeri bermastautin
atau jugak mengikut ketetapan pihak perempuan itu sendiri
macam aku dulu-mas kawin ditetapkan RM1001.00 sahaja 
dan diberi selepas majlis akad nikah
memang hak mutlak pengantin perempuan sahaja 

isu yang cuba SIL nih bangkitkan
bilamana di bandingkan dgn cara pemberian duit hantaran di sebelah pantai timur
dimana mereka tak panggil Duit Hantaran
tetapi ianya Mas Kawin-dan akan diterima usai majlis pernikahan
kiranya keluarga perempuan tetapkan 5k
makanya 5k jugaklah pengantin perempuan akan terima 
dan mereka selalunya gunakan untuk membeli barang kemas

bagi aku -ikutlah adat negeri masing2
tak payah nak pertikai itu & ini
tak payah nak canang adat kamu lebih baik dpd yang lain

kalo itu rezeki ko dapat beli gelang besar,rantai besar lepas kawin
alhamdulillah..tak perlu nak canang kot !!

utk aku yang memang mengikut adat perkahwinan di utara @ Perak to be exact
begitulah adatnya
dan untuk aku secara peribadi
bukanlah pengemar tegar barang kemas
ada takde tak pernah jadi hal 
biarlah pakai apa yang ada

bagi aku -amalkan menerima & menghormati adat orang lain secara baik
tak perlu nak pertikai itu & ini
kalo taknak ikut adat orang
cari pasangan senegeri senang citer kan!!

bagus kalo semangat assabiah tuh kuat
tapi lagi bagus kalo ada fleksibel sikit
senang nak ke hulu-ke hilir

pendapat akulah
kalo betul suami itu sayangkan isterinya
sekali dalam tempoh 5 tahun
belilah barang kemas utk isteri
apa salahnya kan?

tak perlulah isteri nak kena tggu duit mas kawin sekali seumur hidup baru isteri dapat membeli atau dapat merasa nak pakai yang tebal2,yang cantik2

tak gitu?

peace !!





18 November, 2012

bukan seTENANG ini

view Pantai Kelulut, Marang Terengganu semalam

alhamdullillah 
selamat tiba ke rumah pukul 3pm tadi
setelah menghabiskan cuti awal muharram di kampung lohkong

percutian yang diharapkan semuanya akan berjalan dgn baik
tidak seperti yang aku harapkan
pergi dengan hati yang berbunga2
kembali dgn hati yang sebal 
pulang dgn penuh rasa sakit didada
dalam hati menangis Allah aje yang tahu

tak perlulah aku huraikan intipatinya
banyak hati perlu dijaga
banyak benda perlu dilindung jauh2 dari umpat keji orang

biarlah kadang2 kena belajar jadi hipokrit
asalkan semua hati2 kristal itu terjaga
letak duduknya

apapun aku hanya pemerhati bebas

melihat cantik mana pencak menari
memerhati acuan mereka menjadi atau tidak!

im hopeless
and surely helpless

kadang2 kita harapkan orang terpenting dalam hidup kita 
memahami,menyokong,back us back,
malangnya ....

semua itu hanya mimpi
angan2 tak sudah!!
bukan semua yang kita harapkan menjadi 
tercantik rupa bentuknya


wake up please!!

kadang2 penat mengalah
walaupun tahu mengalah bukan bermakna kita KALAH :(

biarlah masa yang menentukan semuanya


*maaf aku mmg gunakan blog nih tempat aku meroyan..





15 November, 2012

Happy 33rd Birthday Papa :))


>>our hero<<

If I Could...


If I could sing, I’d sing a song

Filled with love and praise,

Using notes and melody,

Musical bouquets...



If I could paint, with brush strokes I

Would show you how I feel,

The colors, light and texture

My love for you reveal...


If I could fly, I’d soar so high

Grazing heaven above,

Trailing a giant banner:

You is the one I love!

 
I can’t do those, but I can do this:

I can hug you tight and say

I hope your birthday is the best,

A joy-filled pleasure buffet!

By Joanna Fuchs


Selamat Hari Lahir
utk suami tercinta & papa terbaik buat Ain & Auni
kami sayang papa sangat2!!





14 November, 2012

cuti sekolah-1

model Hilux baru- kat Alamanda semalam :))


aku masih bekerja hari nih
tapi balik keja petang ni
aku & family akan balik kampung lohkong di Dungun

semalam dah pulun mengemas kain baju
sengaja bawak baju banyak sikit
kan sekarang musim hujan
kena plak style musim hujan kat Terengganu
pernah sekali kot 3 tahun lepas
3 hari tak turun tanah
sebab hujan non stop
stress!!

so mmg standby baju banyak2
terutamanya kanak2 riang itu

esok merupakan besday lohkong tercinta
lusa merupakan hari dimana arwah MIL meninggal setahun yang lalu
serba tak kena jadinya kita
nak sambut besday lohkong beria2 sgt
FYI- lohkong & arwah MIL berkongsi tarikh lahir yang sama

tgh pening kepala nak beli hadiah apa utk lohkong
rasanya dah lama tak bagi present apa2
setakat beli baju itu mmg x kiralah kan...
kalo beli baju dikira hadiah jugak
kira banyak kali ler dia dapat hadiah dari aku sepanjang tahun nih!!
ngelat!!

semalam aku sempat tgk wayang sama kanak2 di Alamanda
layan cerita Istanbul Aku Datang
mmg seronok ceritanya
x heavy sgt , even anak2 pun enjoy tergelak2
so recommended utk sesiapa yang teringin nak bawak kanak2 tgk wayang
asik kartun jer..boring jugak kan!!
thumbs up utk Lisa Surihani & Beto Kusyairi
Tomok..berlakon ok cuma feel kureng
takper..1st trial jadi hero tuh!

apapun mmg enjoy!
kalo rating- boleh ler bagi 4/5
kenapa 4- pegi tgk sendiri
hahahahaha

oklah..doakan smg perjalanan aku selamat
x hujan ptg2 nih


*ada hati nak singgah RNR Temerloh-mau makan tempoyak ikan patin!!


Post of a DAY

Alhamdulillah atas rezeki ini

Campur tolak dekat 2 bulan jugak aku berusaha bantu Kak Ain mencari tempat internshipnya yang insyallah akan bermula bulan December ni Jenuh...