12 November, 2012

JJCM KUCHING-FINALE


Aku mintak maaf banyak2 
kali nih baru nak up citer Final JJCM Kuching
mmg amik masa sgt lama nak menyiapkan entry hari ke 3 nih
selain sibuk bekerja 
sibuk beraya Haji baru nih 
mmg x sempat nak telek gambar 

hari ketiga merupakan hari terakhir di Kuching 
pagi2 dah check out dr homestay 
travel guide kami bawak g breakfast 
dan kami dibawa ke pelbagai jenis muzium 

muzium yang aku masih ingat namanya 
Muzium Kuching 
Muzium Alam Semulajadi 
Muzium Kesenian 
ini pun ingat2 lupa muzium nih 
kedudukan antara satu sama lain dekat2 jerk 
kira kalo jalan kaki tuh x sempat nak berpeluh kata orang 
dan yang menariknya tiada bayaran dikenakan-PERCUMA 

bosan jugaklah utk org yang x berapa minat subjek sejarah mcm aku kan
tp utk mengenal Sarawak secara ringkas kunjungan ke Muzium mmg digalakkan
layan ajelah gambar di bawah..


mork house depan muzium..
dalam muzium kucing tuh...


aksi2 yang x mahu ditonton!
balik aje lawatan muzium tuh
kitorang g The Spring
tgk shopping mall terbesar di Kuching
tapi x menyopping pun
g makan Pizza Hut jerk

balik dr situ terus menuju ke Airport
check in baggage
mujur x kena excess baggage
legaa..

alhamdulillah , flight cuma delay 15 minit jerk
safely landed LCCT dalam kul 5pm rasanya

apapun Kuching mmg sesuai utk dilawati 
banyak tempat jugak yang x sempat aku lawat
sbbnya terikat dgn masa 
terkekang dgn keadaan cuaca
dan sangat kena tolerate dgn mood kanak2
susah nak travel dgn kanak2 ok
kalo mood meragam mmg sakit jiwa kita jadinya

utk mereka yang belum ke Kuching
rasanya boleh letak dalam wishlist
tempat yang wajar dikunjungi

phuhhh legaa
dah siap entry penutup Kuching

next vacation
insyaallah ada rezeki 
nak pegi KK pulak
itu kisah tahun depan pulak..
kalo AA nak bagi tiket murah macam g Kuching lagik
mana nak carik tiket g KUCHING RM68 pegi-balik ok..

sila mimpi!!


11 November, 2012

Auni 1st concert :))

merahnya mulut si kecik nih!!


pentas pertamanya!





semalam sempat jugak 

melapangkan masa tgk Auni buat persembahan
dalam konsert pertama taskanya


walaupun dalam keadaaan hujan

tapi kebanyakan ibubapa sangat supportive program taska
aku pun sgt excited tgk Auni
setelah berminggu2 aku dgr mulut becoknya menyanyi
setelah lamanya aku melayan dia cat walk jadi ayam
alahai anak...


dia tak takut2

tak segan2
auni join persembahan lagu "Pak Maman ada kebun"
dia berlakon jadi ayam
alahai..comel sgt!!


apapun seronok tgk perkembangan Auni di taska baru

dia memang seronok compare dok taska lama
alhamdulillah,rezeki aku agaknya
dapat jupe taska yang baik utk Auni
next year kak ain pun akan aku transitkan kat sini
semoga dipermudahkan serba-serbi



08 November, 2012

in good MOOD :))

aku tak tau pendapat orang lain ttg good mood
pagi nih mmg bangun segar-bugar
siap minum secawan kopi kat rumah
ain pun senang bangun pagi
cuma Auni x mo mandi kat rumah mcm selalu

pg keja dlm ERL dapat duduk dgn selesa
sambil kelebek Tabby dah nak roboh tuh kesayangan
telek Fb
godek blog
belek blog kawan2
sambil telek2 poplook,dorothy perkins online my
huaa...sangatlah heavenkan!!

sampai Sentral- g MC D pulak
kopi lagik- belasah sama Chicken Mc Muffin
kenyang perut pusing2 Guardian
cuci mata, pegang sana, telek sini
just a good start nak mulakan hari baru

hujung2 tahun nih
workload is piling
year end target kena achieved
para boss2 mmg bertambah bossy
jadi sebelum semak kepala
baca arahan itu-ini dlm email
baik menghappy2kan diri sendiri

tak sabar nak menunggu 14hb
balik keja nak bertolak ke Dungun
sambut besday lohkong disana
walaupun agenda sebenarnya nak pg wedding sepupu lohkong
tak kisahlah..janji boleh kuar sekejap dr KL
cuma berdoa supaya cuaca okey
walaupun tahu sekarang tgh musim hujan kan

colour blocking - a good way to enhance mood as well :))

hidup terlalu singkat
utk gundah gulana
jom happy2kan diri masing2

:))

*petang nih mau gi Seoul Garden..cant wait!!

06 November, 2012

BURGER BAKAR-LOKAS MAKANA PUCHONG UTAMA

burger bakar LOKAS MAKANA- PUCHONG UTAMA

setelah berbulan2 dok baca review orang
sabtu lepas baru berkesempatan pergi Lokas Makana,Puchong Utama
konsep food court terbuka
memang banyak kedai makan
dan tarikan utamanya tentulah Burger Bakar

kosnya baru RM8
tapi boleh makan 4 beranak
utk meat lover mmg sesuailah kot

macam aku nih
setakat merasa, oklah
bukanlah beria makan sgt pun
nak rasa jerk m/mana sedapnya

daging patties tuh saiz besar
mungkin dibuat guna daging kisar + lada hitam+tepung jagung kot
sbb kuat sgt bau lada hitam tuh
kukus-grill-panggang
ehhh!
bakarler..

ada cheese
ada mayonaise
ada sos
ada salad
ada roti
jadiler burger bakar

x leh telan banyak2
muak utk tekak aku

sedap utk mereka2 yang suka makan daging
sila cuba yek

antara makanan - yang popular di alam maya

mana yang dah try kita pangkah siap2

-macaron
-burger bakar
-RVC
-rainbow cake
-durian crepe
-garret pop corn

memang menggoda kan..



ORIENTASI TAHUN 1-SKTPP2/SRATPP





sebagaimana sedia maklum
anakanda sulungku Ain Darwisyah
akan melangkah ke Tahun 1 tahun depan

Ain telah selamat didaftarkan ke 2 buah sekolah
sekolah agama pada sessi paginya
dan sekolah kebangsaan pada sessi petangnya

pendaftaran sekolah agama
memang strict sikit
jenis 1st come 1st serve
sebab kuota sangat sikit
kebetulan SRA hanya ada sebuah di kawasan perumahan

aku dah start mendaftar utk SRA sejak March tahun nih lagik
alhamdulillah..dapat jugak selit nama si Ain
phuhhhh!!
ada jugak mak-bapak yang datang walk in utk pendaftaran jumaat lepas
tapi terpaksa ditolak atas dasar kapasiti yang terhad

masa pendaftaran SRA tuh
dijalankan pada pukul 3pm
elok sgt tgh hujan lebat sabung menyabung
heret jugak auni sekali
bakal2 budak tahun 1 nih diwajibkan menjalani ujian diagnostic
ini untuk penilaian awal samada anak2 nih pandai membaca atau tak
ain memang cuaklah pada mulanya
tp bila dah lama2 nampak dia ok & happy
kebetulan ada kawan baik masa di tadika yang sama kelas dgnnya
sementara anak2 menduduki ujian
mak-bapak kena dengar taklimat sekolah

as usual selain soal disiplin
sillabus pembelajaran
pakaian seragam serta yang paling wajib soal yuran pendaftaran awal
hanya rm190
giler murah kan!!

SRA nih baru setahun beroperasi
luas sekolah serupa macam sek kebangsaan
ada kantin ada padang permainan
memang selesa sgt nampaknya
sistem diguna pakai sillabus JAIS
bawah seliaan KPM jugak

keesokkan harinya
aku berkumpul plak kat sek kebangsaan
ada orientasi jugak
ada jugak ujian diagnostic utk class grading
kali nih nampak Ain okey sikit
dia nampak excited
agaknya tgk ramai kawan2 kan!

apapun semua ok
ain mmg nampak happy
tak sabar katanya nak masuk sekolah tahun depan

tapi as usual aku adalah sedikit risau
si Ain tahap penakutnya mmg boleh tahan jugak
risau kalo tetiba dia nak pg toilet
risau macammana dia nak beli makan kat kantin
risau nak naikkan dia van

kalo pikir risau aku
listnya
will be endless list

apapun semoga Allah permudahkan
anak sulung masuk sekolah
mak-pak yang lebih gelabah!!

hehehehehe!!






05 November, 2012

MONDAY blues

teruk benar :(
aku rasa aku ok hari nih
datang keja berbaju kurung
warna pink+hijau
pakai handbeg pink
tudung pink + kuning-pelangi gitu!

datang awal- kul 8am dah terpacak kat opis
dah siap breakfast mihun goreng + teh ais +kuih lopes
serba okey mood aku pagi nih

belum apa2
tak sampai kul 1130am
si boss katik MR K dah hantar email siap penuh tanda ???
gara2 aku bercuti kecemasan Jumaat lepas
rasanya panjang lebar explanation aku hari tuh

hari nih dia threaten nak cancelkan cuti aku 16hb nih
katanya aku dah amik jumaat lepas
aku pun bgtau tak boleh
sebab 14hb mmg aku nak balik kg suami
ada wedding sepupunya
jadi aku bagitaulah- samada boss nak approve @ tak?
saya still akan bercuti jugak
titik
noktah

takkan tak boleh nak beza cuti kecemasan
dengan cuti yang beralasan

kadang2 mood yang bermula dgn baik
akan jadi huru-hara
bila berdepan dgn orang yang moodnya
x berapa nak baik pg2 isnin nih!!

banyak citer nak kurepekkan
tp mood sedikit kedaung
selepas mengadap boss moody pagi nih


*rasa nak balik awal - dah x larat mengadap muka boss


01 November, 2012

1-11-2012


Banyak benda berlaku bulan lepas
salah satunya pasal shifted department
antara department yang paling digeruni
kebanyakan staff takut utk shifted dimana tempat aku bekerja skrg
pada awalnya aku jugak sama

3 hari aku meroyan
3 hari jugak aku in denial mode
tapi masuk hari ke 4 aku belajar adaptive
this is challenge
susah macammana pun
sakit macammana pun
hadap-telan-mamah
kunyah2 sampai lumat

semalam hari terakhir october
banyak benda yang aku belajar
salah satunya - bekerja dgn niat mencari rezeki yang halal
disaat KPI aku ditahap sipi2
aku diberitahu ttg cara2 utk melonjakkan KPI itu ditahap selamat
dalam hati-- ishhh apa salahnya kan mencuba?
tapi bila pikir dalam2..
itu adalah bisikan the devil setan yang menyesatkan manusia

aku usaha jugak selagi aku mampu
aku stay di ofis smp pukul 7pm
pagi nih aku smp opis - hampa!
dan mmg KPI yang aku harapkan berganjak still statik di tempat asal
tapi aku tetap berpuas hati dgn KPI setakat itu
cukuplah..asalkan ianya rezeki yang halal
utk disuap makan anak berdua di rumah
utk membina darah-daging yang baik

ini baru sedikit ujian dunia
aku sedikit terpana pada awalnya
tapi alhamdulillah- aku tetap ingat muka anak2
merekalah sumber inspirasi utk mama berpijak di bumi nyata

Ya Allah
lindungi aku
dari fitnah dunia
dari sumber rezeki yang haram
dari dunia yang menyesatkan

permudahkan pekerjaanku bulan ini
amin ya rabbal alamin

pic : google !


Post of a DAY

Alhamdulillah atas rezeki ini

Campur tolak dekat 2 bulan jugak aku berusaha bantu Kak Ain mencari tempat internshipnya yang insyallah akan bermula bulan December ni Jenuh...