Pages

29 December, 2011

2011- tahun penuh suka & duka

aku tetap nak buat entry ini
khas utk diri sendiri sbnrnya
diingatkan entry ini sgt panjang ok..




JANUARI


baru kembali bekerja setelah menjalani operation pada Dec 2010
bulan ini aku tgh sibuk merepair KPI yang hancur lebur sepanjang 2010
so mmg keja x berenti
bulan nih jugak Ain mula kindy 5 tahun
disahkan terkena penyakit jangkitan telinga tengah ( Otitis Media 
boleh refer entry ini
so mmg tgh on ENT specialist di Hospital Ampang
Auni telah ku bawak ke Homeopathi di Bangi-demi mencari alternatif lain


bulan ini jugak aku mula house hunting
kami merancang untuk membeli rumah
dok survey pelbagai jenis iklan hartanah utk dijual


sgt seronok bila teringat!!


FEBRUARI


Rasanya takde apa yang menarik selain weekend getaway kami ke Hotel Impian, Morib
mmg terbaiklah!!


rasa macam nak repeat semula
tggu tahun depanlah nampaknya!!


masa nih --pssst :: lohkong baru start giler kamera..heret EOS 7D..
mmg sawan betul time nih..
hahahah!!


kesayanganku :))

MAC


Ini bulan paling stress rasanya
keja yang melibatkan KPI up & down
mmg cukup stress


bulan ini jugak aku pergi review rumah yang aku tggl sekarang
proceed with loan
alhamdulillah--done 1 part




bulan ini kitorang merayap nun sampai ke Sitiawan
dan makan  di restoran yang sedap itu
sampai sekarang asyik terkenang2..
sedap sgt2!!


APRIL


bulan ini adalah bulan ulangtahun perkahwinan aku & lohkong
frust sbb at the end - cancel trip ke Kuching
gara2 kena ke SIK-adik ipar bertunang


bulan nih first time bawak anak2 ke KL TOWER
suke sgt bdk2


percubaan pertama pakai tudung 2 layer
bulan ni jugak aku kelam kelibut bekejar dgn masa
utk sign SNP
mmg buat lelah jerk..


mujur ada penyelamat tahap kritikal begitu
phuhh!!




MEI


ini bulan paling bermakna dlm hidup aku & suami
kitorang dapat kunci rumah


sila refer sini


dan bulan ini jugak bulan duit habis paling banyak
kitorang berhabis duit utk small renovation utk masuk rumah itu
sila tgk sini yea
rumah kami :-))
alhamdulillah kitorang move in masuk awal June 2011


biarpun rumah 2nd- ini jelah reta yang kitorang ada utk hidup sampai mati nanti
insyallah!!


JUN


ini bulan pertama setelah kami pindah rumah
masih x dapat taska/ tadika lagik
so ain & auni remain di taska/ tadika lama
kitorang berulang-alik dr TPP- Ampang
seawal 620am dlm keta daa...


buah hati aku


dan si mata boolat nih jatuh sakit due to Pneumonia
boleh baca sini kalo sudi
ini kali pertama warded selama 5 hari di tahun 2011


dan dilanjutkan kuarantin seminggu dr taska
habis cuti aku disini shj


bulan ini ada kejadian paling menyayat hati aku sbg ibu
berkisar ttg kak ain & auni


bulan nih sahaja --aku dah tau sure KPI  sampai hujung tahun confirm hancur lebur
macam dah boleh agak...


JULAI


bulan ni aku & family ke Penang
mmg vacation paling best utk tahun ini agaknya


boleh godek sini dan jugak sini


mmg PENANG terbaiklah..


dan bulan ni kami buat kenduri kesyukuran sikit sempena masuk rumah,kenduri menyambut Ramadhan & jugak majlis kesyukuran ulangtahun ke2 Auni Irdina


she's 2 !!
OGOS


Ini bulan ramadhan pertama di rumah baru
hidup serba tunggang langgang- sebabnya opis & rumah jauh
aku kelam kabut memasak utk berbuka
tido & rehat x cukup--mmg mencabar keimanan sungguh


bulan ni jugak aku berulang-alik ke Dungun sebanyak 2x


rasanya x banyak yang menarik


kecuali aku sempat merasa makan di RED WOK BANGI
mmg marvellous
dan recommended


buka posa sempena govt bagi bonus 1/2 bulan gaji
SEPTEMBER

Bulan ni memang bulan yang bittersweet jugak
Tahun ni giliran beraya bersama family aku-

mmg terbaiklah kan....siap balik kampung bagai



tapi sehari sebelum masuk kerja
dapat berita mak mertua patah tulang peha
berlari balik Kemaman

dan bermula episod travel back to back
setiap hujung minggu

agaknya sebab lama sgt berkampung di hospital
si ain jatuh sakit
masuk hospital pulak di Colombia Asia Hospital
sampai 4 hari due to pneumonia

elok x sampai seminggu ain kuar hospital lohkong pulak jatuh sakit
masuk ward seminggu di Ampang Puteri due to pneumonia jugak

recall sini

aku pun jatuh sakit..demam sampai 10 harik
mujur x masuk ward jugak

subhanallah!!

kemujurannya--auni x jatuh sakit kali ni..

OKTOBER


Bulan ni lebih relax sikit berbanding bulan2 lain kot
aku banyak bawak anak berjalan
kami berjalan ke Glory Beach Resort


berjalan jugak ke Genting Highland

entry recall disini

suker sgt gambar ni!!

NOVEMBER

Ini bulan paling sedih rasanya
dimana aku kehilangan ibu mertua yang terlantar koma selama seminggu
due to heart problem-kidney failure-multiple stroke attack

mungkin boleh baca sini kalo sudi

dan kehilangannya sangat dirasai kerana beliau telah pergi 1 hari selepas hari lahirnya yang ke 68 tahun

Al fatihah utk arwah mak
semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman..amin

DISEMBER

bulan ni bulan bekerja bagai nak rak
mujur bulan ni bulan banyak  cuti

xde apa yang menarik bulan ni
selain sibuk mencari kindy & taska anak2

bulan ni jugak tension keja x habis
sumer orang ikut stress di department aku

x habis2 countdown cuti kitorang ni..
apapun result shuffle department akan diketahui esok @ 3/1--

aku pasrah jelah..kena campak hala mana pun
selagi terdaya buat sehabis baik

sblm penutup sila layan gambar kami di Pullman Putrajaya Lakeside

us

sila tgk sini

aku boleh simpulkan tahun 2011 mungkin lebih baik dari tahun 2010 dari segi kesihatan kami sekeluarga
lebih baik dari segi kewangan- kami jugak dah x menyewa rumah orang dah
so teratur sikit bab pengurusan kewangan

tahun ni jugak banyak bawak anak2 jalan tgk tempat orang-semata2 menyempurnakan misi masa berkualiti utk keluarga.alhamdulillah!!

Kedudukan kerjaya--aku rasa x berubah mana..aku rasa performance masih up & down di pejabat -sometimes rasa dah give up pun iyer jugak.aku pasrah je lah dgn result KPI hujung tahun ni..

Spiritual - rasanya banyak kekosongan yang perlu diisi-banyak ruang yang perlu diperbaiki..dan semoga banyak masa utk itu selepas ini.bukan utk aku seorang tapi  utk seluruh isi keluarga hendaknya

Sosial- tahun ni rasanya paling banyak kawan baru-samada yang jupe online / offline..seronok ada kawan2 baru & seronok jugak bila sekepala..

* apapun tetap bersyukur walaupun dugaan silih berganti-we made it to go through the hard time together -always remind each others between me & hubby - we are complete each others .may the bonding till the end :-))

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

BEst!!!

Entri ni best..saya rasa saya tak mampu nak ingat benda2 yang berlaku by month ni kot...hehehe

Dan memang best kamera 7D tu!! saya jeles. Saya pakai 60D aja..

ayu said...

lynn...

entri ni memang BEST la..gigih betul update setiap bulan kan..

btw, semoga tahun depan akan bawa seribu satu cerita lagi mengenai lynn dan anak2 ye...

bila tah nak pi rumah lynn ni..

Imaan09 said...

alahai..cam sedih plak bila nak dkat2 last tu..haha.
tp y best, hampir stiap bulan aa review makan n jenjalan.. Grand Lexis, bg jadi laa, review ek nnt kakak..

littlehumblelynn said...

DR,

mmg entry ni utk diri sendiri sbnrnya..sekadar kenangan je ni..kerana kamera itu--berabis duit banyak tuh..hahaha

Ayu;

utk kenangan je ni ...jemput dtg rumah ayu..g sepang rumah kakak tu sure lalu rumah lynn.

Lea;

confirm ahad ni akan ke grand lexis..tggu!!