Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

16 November, 2023

After LONG HIATUS-5 years

 Yaa amponnnn...super lama bersawang blog aku ni

Last sekali update lepas bersalin Affan tahun 2018

Sumpah rindu nak berblog


Affan Fahri - 5 tahun hari ini :)


Hari ini Affan dah berusia 5 tahun

Dah banyak cakap,dah banyak akai,dah bijak macam2

Tahun ni jugak aku dah berumur 44 tahun

Tua dah rasa aku


Aku masih bekerja even aku baru sahaja masuk skop kerja baru

Lupakanlah agaknya niat aku nak FTHW

Anak2 makin membesar maka belanja makin besar

Ain anak sulungku bakal menduduki SPM Dec ni

Kalo ada rezeki boleh sambung belajar lebih tinggi lagi


Depan sekali kakak Ain diikuti dibelakangnya Auni & tuan tanah kedaung



Ain & Auni masing2 bersekolah di asrama penuh

Ain nun jauh di Kedah,sementara Auni nun jauh tercampak di Terengganu

Aku sekeluarga masih tinggal di Puchong

Takde banyak yang berubah selain uban mula penuh atas kepala

Hidup masih terkejar2 macam dulu

Cuma skrg hidup lebih teratur berbanding ketika anak2 masih kecil dulu

Dah cukup tido :)

Dulu tido pun semedang tak cukup almaklumlah dulu hidup membesarkan anak2 kecik


Sungguhlah masa itu pantas berlalu

Tak sedar langsung dan siapa menyangka

Aku masih disini mengetuk keyboard

Menitip kisah diblog ini


Banyak yang ingin aku rakamkan

Kisah magis kami sekeluarga

Terutamanya apa yang terjadi sepanjang tahun lepas

Doakan smg aku sihat untuk menitip kisah magis kami nanti


Ada sapa2 belek blog lagi ke sekarang?





30 November, 2018

Besday Papa @39

11/11 sebelum aku bersalin
Aku & anak2 sempat buat sambutan besday en papa yang ke 39-tahun bersekali dgn besday Abg Adeeb yang ke 5 tahun
Kami sambut kat Padi House Galleria Putrajaya

Actually birthday en papa jatuh pada 15/11
Tapi pada 15/11 tu jatuh hari Khamis
Aku plak nak masuk wad hari yang sama
So awalkan ajelah sambutannya

Dalam 6.30 bertolak dari rumah
Sampai situ dah pkl 7pm
Terus maghrib dulu sebelum masuk restoran
Disebabkan weekend restoran pun x ramai orang
Cepatlah sikit servisnya

Layan ajelah gambar yea
Aku nak clean up hp space sebenarnya ni
Almaklumlah hp space ada 16gb aje
Penuh vid
Dah penuh space dlm hp ni



*gambar sama cinta hati-betapa saratnya aku weiii!!


*anak2 mmg suka order ni kalo gi makan kat Padi House-sgt sedap!

*en papa yang order ni

*last but not least!

*masih bertiga masa ni!

Semoga Allah pelihara suamiku ini
Diberi kemurahan rezeki
Kesihatan yang baik
Dan dipanjangkan umur hdknya

Terima kasih jaga mama & anak2 dgn baik sekali selama ni
Lagi2 mama tgh pantang skrg
Penat berganda2
Doakan smg rumahtangga kami dibawah rahmat Ilahi hdknya

25 November, 2018

Affan Fahri-4th addition to my lil family

* copy & paste post fb mama khamis lepas.

Hari ni termaktublah dalam sejarah anakanda ke-4 mama,Kami sepakat menamakan bayi ini sbg AFFAN FAHRI BIN ROSMADI

Affan bermaksud Bijak/Cerdas/Pendaki
Fahri pula bermaksud Kebanggaanku/Kemegahanku

Masih mengekalkan huruf "A" sebagai awalan nama anak2 kami:-Ain,Auni,Adeeb & Affan.

Nama Affan ni catchy & sebagaimana nama anak2 yg sebelum ini-memang suka nama yang ringkas untuk dibuat panggilan hari2.Sementara nama Fahri ni sebenarnya mama adalah tersuka dengan watak Fahri lakonan Fedi Nuril dalam AADC2-so mama mengaji maksud namanya & terus terpahat dalam hati nak namakan Fahri jugak utk anak ini.Semoga dia membesar jadi anak yang bijak & menjadi kebanggaan kami sekeluarga nanti.I/allah.

Sekadar coretan utk kenangan mama
Mama check in HPJ 15/11/2018 lewat pukul 8pm gara2 wad O&G tiada bed kosong sejak pagi lagik.Mama hanya booking katil & berjalan dgn en papa ke Alamanda mencari kelambu utk baby & beli barang dapor sikit utk rumah.Balik rumah menunggu lagi call dari HPJ.Pas mama solat maghrib baru Unit Kemasukan Wad call & mtk mama check-in wad asap.

Sempatlah suh en papa beli sosej tepi jalan utk makan malam.Anak2 yg bertiga pun ikut menghantar mamanya ke hosp.Punyalah sayu mama bila peluk-cium anak2,anak2 takleh ikut naik hantar ke atas wad sbb mmg polisi hosp budak2 xleh naik wad melawat apatahlagi bukan waktu melawat pun.We never know what will happen to us during labor😓

Pukul 10pm-Gynae,Dr Azmi round & check mama.
Dia pegang perut mama,tgk saiz rahim dia estimated "this baby gonna be  a big baby-around 3.6-3.8kg"

As gynae saya advice utk c-zer,start puasa midnite ni & esok kita bawak kuar baby!Tapi kalo you nak try normal,saya takut risiko shoulder dystocia (takut bahu baby sangkut) -kita boleh cuba tp bab risiko you kena alert awal2.As medical team-we will definitely try level best to save both of you (mom & baby)

Start panic attack!
Nangis sorang2!

Mama sangatlah down sbb mama rasa macam sedikit seram memikirkan mama tiada pengalaman c-zer langsung wpun dah melalui beberapa kelahiran.Whatsapp en papa,bgtau dia.Mtk dia solat hajat utk mama.Mama pun amik wuduk & start solat Isyak serta berdoa panjang selepas tu.Berdoa smg Allah bagi mudah serba-serbi & jika sebaliknya semoga Allah anugerahkan mama syahid hdknya,Begitu sekali doa mama malam tu.

Dlm 11:30pm mama cuba tido mengiring serba tak kena atas katil wad,cuba lelapkan mata sambil melayan jiran sebelah berdengkur bukan main.Rasa macam dah terlelap tapi perut rasa tak sedap.Macam memulas nak buang air besar & malam tu lah mama dok rasa paling banyak kali ulang keluar masuk pg toilet.

Cuba tido lagi tapi makin rasa tak selesa & mula rasa sakit.Terus terfikir mungkin inilah kontraksi rahim-mama nak bersalin rupanya!Punyalah lama tak beranak kan..smp terlupa macammana rasa skt kontraksi.

Melayan surge setiap 15minit,10 minit,7minit & bila sampai ke setiap 5minit barulah mama bangun ke kaunter jururawat bagitau "saya rasa saya dah sakit kontraksi nak bersalin"Mama siap rekod ctx dalam contraction timer.Melompat nurse panggil MO on-call incharge-terus VE-tgk baru dilate 3cm.Geram aje masa tu sbb sakit makin kerap,kenapalah baru 3cm?

Call en papa pukul 5:30am-bgtau dah start sakit bersalin.Sempat pesan sama en papa,lepas htr Adeeb ke tadika terus dtg wad,mama rasa mama akan bersalin pagi nanti.Kenapa dok ingatkan Adeeb?Sbb dok teringatkan Adeeb yang ada jamuan akhir tahun kat KFC,Cyberjaya.Dia sgt excited,mama xmo dia terlepas pg jamuan tu!

Tapi skt kontraksi yang sangat kerap,smp tak lepas nak tarik nafas..mama try berjalan keluar wad & xmo duduk mengiring atas katil lagik.Mmg nak berjalan spy cepat dilate fully,smp betul2 diluar bilik prosedur-mama jupe nurse bagitau mama rasa macam nak buang air besar.Sekali lagi nurse melompat,check VE semula.Rupanya dah 7.0cm.Dengan takde apa atas tangan mama masa tu waima sepasang baju baby,nurse ada 2-3 orang tolak mama guna katil ke LR dgn sgt laju.Hp tinggal macam tu aje atas katil,segala menda mmg tinggal macam tu aje.Tawakal ajelah masa tu,time tu tak pikir apa dah sbb sakit makin menggila time tu.

Smp LR mama dioffer gas entonoks-mmg fully bergantung kat situ tiap kali kontraksi menggila sakitnya.6.40am en papa smp ke LR.Nurse call bgtau en papa,mama dah ditolak ke LR.Kemujurannya katil LR tu betul2 mengadap jam dinding.Sempatlah jeling jam masa tu wpun dah tak serupa orang.Serupa sayur aje rasanya masa tu,apa nurse buatpun,mmg redha ajelah!

Proses dilate fully 10cm tu tak amik masa yang lama.Tapi mama yang dibawah pengaruh entonoks masa tu tak rasa urge nak push baby melainkan rasa nak hidu gas tu 24/7.Sampailah ditegur oleh nurse kat situ,ditarik gas entonoks ditangan mama & mula paksa mama utk concentrate push baby out!!!Nangis lagik....

Allahuakhbar!

Mama dah lalui 3x kelahiran bayi & kelahiran yang ini sampai mati pun mama takkan lupa.Sangat sakit..lillahi!

Rasanya dalam 15-20minit mama curik nafas nak push baby.Dengan tangan yang lembik,nak pegang buku lali sendiri pun dah xde tenaga-instead nak pegang buku lali mama dok tarik stokin kat kaki.Memang asik kena marah aje dlm LR tu.Lapar & takde tenaga pun yea jugak,last sekali makan pukul 8pm itupun makan Sosej beli kat tepi jalan sblm ke HPJ.Jenuhlah kena bebel dgn team nurse dlm LR masa tu-tapi kalo tak sebab kena bebel rasanya mama pun mmg x terdaya nak push baby jugak.Sejuta ucapan terima kasih kepada team LR yang bertugas dipagi 16/11/18 tempohari-tak taulah apa jadi tanpa sokongan & moral support kalian.Semoga Allah jua yang membalas jasa baik kalian...

Tepat 7.19am mama selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.7kg.Dan inilah rekod peribadi mama,bayi terberat yang pernah mama lahirkan.Berjahit banyak jugak kata nurse & proses jahit yang super sakit.....

Kalo teringat semula memanglah kelakar,punyalah seram nak c-zer sampai kena panic attack.Apapun dgn izin Allah swt,mama dapat elakkan dari proses Induce yang sangat mama takutkan tu.Sakit semulajadi,sakit mmg sakit tapi sakit yang sekejap prosesnya.

Walauapapun,inilah kenangan peribadi mama.Semoga anak ini jadi asbab kemurahan rezeki melimpah ruah,merapatkan kasih sayang keluarga & menjadikan kami mama-papa yang akan berusaha keras lagi untuk memberikan yang terbaik buat semua anak2 kami.Smg anak ini jadi ladang pahala buat kami sbg ibu-ayah.Moga Allah beri izin panjang umur kami berdua membesarkan anak2 smg berjaya,berjasa didunia & akhirat hdknya.

Terima kasih utk seluruh ahli keluarga utk mak & adik beradik terutamanya,sahabat handai yang tak jemu melayan mama waktu mengandung dari start mabuk,mula mengidam nak makan itu-ini,sampailah bersalin ni & utk suami tercinta Rosmadi Abd Manaf yang tak pernah jemu & sangat bersabar melayan kerenah isterinya ini sejak awal mengandung sampailah hari ni.

Tak dapat nak sebut satu2..Semoga Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan kalian dgn sebaik2 pembalasan pahala hdknya🙏🏻

Inilah anak bujang kami..Budak siangnya tido,malam berjaga.
Tak tau rupa sapa,rupa mama ke rupa en papa ke..Ramai yang kata macam rupa Abang Adeeb,tapi sbg mama -instinct kuat merasakan serupa muka Kakak Auni masa baby dulu.Dagu lekuk macam Kakak Auni.

Kesayangan kami sekeluarga.
Tak puas lagi dicium2,dipeluk2 lagik.Tgh tido pun kami gomol suh bangun,geram sgt tgk si tembun ni.
Bau wangi baby memang mengundang sangat.

Syukur Alhamdulillah
Rezeki yang paling bermakna
Hadiah hari lahir utk en papa yang ke 39tahun
Anak lelaki ke-2nya
Anak yang lahir selang sehari dari hari lahir papanya!

Super Loves!

#confinementnotes
#mybirthstory
#4thadditiontothefamily


*gambar Affan sebelum dicukur rambutnya

*cukup seminggu kami cukur rambut Affan-amik sunat.


20 September, 2018

Bayou Lagoon Melaka

As usual entry nak clear hp space
Aku rasa dalam bulan 3 tahun ni
Aku bawak anak2 bercuti semalam ke Bayou Lagoon Melaka
En papa booked apartment 2 bilik
Jadikler utk lepas gian anak2 nak tido hotel kekdahnya

Aku dah start mabuk masa ni
Tp demi anak2,gagahkan jugakler ke sana
Budak2 seronok sgt main air
Berjam jugak kami melayannya

Layan ajelah gambar2 yg sempat aku snap guna hp aje ni



Abis mandi kolam
Kaki mandi,solat bagai & kuar semula cari makan malam
Takde pun pg cari ikan bakar bagai
Kami hanya pg makan kat kedai Thai yang berdekatan aje sbb anak2 penat mandi kolam
Kalo beria nak cari ikan bakar wajiblah sumer pengsan tido dlm keta nak menyampai ke medan ikan bakar.

Lepas makan-balik hotel
Malam tu mmg a bit horror
Macam2 gangguan yang kami hadap tgh malam tu smp ke pagi
Nak cerita pun seram
Mungkin nasib kami tak baik masa tu

Takmo citerlah kang org lain yang teringin nak pg terbantut plak
Overall percutian singkat kami
Anak2 suka..siap tanya bila nak pegi lagi?


06 March, 2018

Kisah penat,Pelan JJCM JB

Sangat memenatkan!

Rutin harian si Ain sejak tahun ni berubah 360 darjah,kelas pagi-petang-malam silih berganti.Belum dgn  kelas tambahan SK, tambah pulak kelas tambahan SRA.Tak masuk lagi personal kelas dia utk subjek BM & BI.Dan yang terbaru terpilih untuk kelas SUKSES anjuran PPD Sepang-setiapbulan 2hari full day.Allahuakhbar!


Jenuh aku consult Ain untuk bersabar sikit ajelagi,lagi 6 bulan sebelum PPSR & PSRA.Tahundepan Ain boleh relax sikit.Dia menggangguk fahamaje.Ada jugak berbincang sambil memasak katdapur,tentang sekolah pilihan dia untuk tahun depan.Kami suami & isteri sepakat nak masukkanAin ke Sekolah Berasrama Cuma tak taulah apa tuahanak seorang ni.layakkah nak bersaing dengan berpuluh ribu pelajar bijak kat luar sanatu.Wallahuallam bissawab.Sbg ibu selain galakan,akutak putus berdoa semoga Allah permudahkan urusan anak2 dalam pelajaran hdknya.


Aku as usual still struggling dgn rutin 2018 bilamana Adeeb juga dah bersekolah.Tak Nampak apa perkembangan lagi dengan si Adeeb-masih keliruwarna lagi belum lagi bab Tanya ABC,123-pening dibuat anak lelaki nan sorang ni!Auni takde apa nakkurebelkan dia,dia macam tu jugaklah.Kuat menangis kuat merengek-hilang buku,hilang itu-hilang ini..sampai dah tak terlayan dengan aduandemi aduan dia.Aku sekarang balik keja wajib masak sebab Ain banyak hari ada kelas tambahanwaktu malam kecuali hari Isnin,so dah tak lehmengelat makan luar macam dulu.Masak ajelah alakadar,asalkan ada makanan sebelum Ain ke kelasnya pkl 8pm.


Sibuk keja macam biasa,ada masa sangat sibuk-ada masa sangat relax plak.Apapun look forward cutisekolah penggal pertama ni sebab terasa penat sangatsejak awal tahun.Dok recce2 hotel kat JB,macam nakjalan2 ke JB tapi bukanlah nak masuk Legolandsebab misi berjalan kali ni adalah misi nak rehat2 kathotel smbl layan anak mandi pool.Itu aje!Nak masuk Legoland tak mampu pulak rasa nak beli tiket beratus utk seorang aje..inikan kami 5 beranak ramainya.Unlesslah kot ada orang tetiba sedekah duit tix masuk Legoland plak kanrezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari kata orang!

 

Inipun nak g berjalan mama dok tekan kalkulator 4-5 round.Suka bawak anak2 berjalan,tapi memang kenaada proper plan terutamanya dari segibajet.Takmolah  berbelanja melebihi had sampaikena ikat perut pulak pas balik bercuti dan takmolah kedek sgt berbelanja sampai sumer anak nak mkn apapun kena sekat plak masa bercuti.Akuselalu spend banyak pada kos penginapan,sebab akusuka anak2 aku enjoy tido hotel-biar diorang selesa utk tido.Kalo boleh biar ada bath tub sbb kami kat rumahxde bath tub,time dok hotel ajelah nak merasa berendam  bagai.Dan wajib ada breakfast buffet sebabdapat save kos sarapan disitu.Pool tu memang wajib,sebab tujuan utamanya nak melayan anakmandi pool.Skrg banyak jenis penginapan yang adapool & skrg ada plak jenis infinity pool.Teringin plaknak merasakan..bila lagi nak try.Aku masih recce lagi tpt penginapan sebab kalo boleh nak duduk tgh town supaya senang nak kemana-mana & cari makan khususnya.Nak shopping tu xdelah,tapi haruslah nak jengah IKEA TEBRAU nanti.Kalo nakshopping kat KL lagi bersepah shopping mall,Cumaaku jenis bukan kaki shopping sgt-aku ni kaki makan.Aku suka makan & aku suka try tempat makan yang baru.



Doakan plan aku ni sukses hdknya,aku nak reward kak Ain sebenarnya.Kesian tgk dia penat sgt sebulan-dua ni.Kebetulan dapat duit lebih sikit bulan Mac nibolehlah mama belanja anak2 sikit kali ni.Mak pak nisebenarnya menumpang rezeki anak2 apalah salahnya kita berbelanja untuk anak2 pulak.Dok sibuk cari duit bukan untuk orang lain,untuk anak2 jugak sebenarnya.Semoga Allah murahkan rezeki kita semua wahai seantero ibu & bapa.


Kemana cuti sekolah ni kawan2..apapun be safe yea!

 

 *saujana mata memandang tgk pool ni..sila berangan mama!