Pages

27 December, 2014

JB,HFMD -Cuti paling haru!!

Isnin-Rabu aku & family ke JB
Konon2 nak bawak anak bjln
Sebelum bertolak aku sempat pg bayar pendaftaran untuk tadika Auni
Kos hanya RM230 untuk pendaftaran-tadika gomen jer!

Suami booked hotel Silka Jb thru booking.com rega RM240 untuk 2 mlm including breakfast

Sampai Jb melilau cari hotel,mujur ada Waze..mmg sgt membantu
Elok aje check in mandikan Adeeb
Bukak aje pampers dia,penuh blister kat nappy area dan perasan few kat tapak kaki
Allahuakhbar...HFMD pulak...

Mandi2,on waze cari klinik & farmasi
Pegi klinik area Taman Johor Jaya
Confirmed-HFMD
Doktor kat klinik tuh mmg terangkan yang xde ubat utk hfmd-kecuali monitor temp
Aku pun mmg maklum sbb Auni pernah kena dulu
Tapi at the end doktor bg plak antibiotik segala-aku x bg pun adeeb makan.
Cakap x serupa bikin!!

Balik klinik,aku melilau cari farmasi sbb aku perlu cari ubat spray untuk ulser namanya Aloclair-mmg magik ubat nih utk ulser & senang nak guna.

Balik farmasi cari tempat makan,anak2,dah lapar.wpun ikut ittenary nak g Danga Bay tapi nan hado sbb Adeeb merengek sbb ulser & dah mula demam...G makan kt food court Tesco jer area Taman Johor Jaya.Sadis!!

Mlm pertama mmg nightmare,Adeeb menangis meraung sbb sakit ulser dia tuh..mmg aku x tido sgt..kejap2 bangun dukung dia.

Terus menyesal sbb bawak anak bjln tanpa sedar yang anak itu sebenarnya tak sihat!!

Habis day 1-nanti aku sambung kisah hr kedua-lagi haru!!

16 December, 2014

Musim makan nasi minyak

Aduhai..maaflah
Lama sgt baru nak update blog nih
Sedang berehat panjang maka mengadap blog adalah sedikit Malas

Minggu lepas kami sekeluarga ke Taiping
Menghadiri kenduri kawin sepupu rapat 
Meriah jupe sanak sedara yang dah lama tak berjumpa

Wedding nih diadakan di Hotel Perdana
Di adakan sekali sebelah lelaki & perempuan
Serba ringkas
Makan serba cukup
Tetamu ramai yang hadir
Apapun wedding paling relaxlah 
Tak serabut sgt
Tak banyak tentatif-selain makan & bergambar

Marilah layan gambar yg sempat dirakamkan




Apapun seronok jupe sedara mara
Almaklumla nak jupe sedara setahun sekali pun mujur
Jadi kenduri kendara memang medan untuk bertemu mata 

Next wedding bulan depan
Sepupu jugak 
Cant wait!!!





02 December, 2014

You can do ANYTHING but you cant do EVERYTHING!

Maafkan blog berhabuk 2 minggu
Aku busy meladeni isu kesihatan anak2
Kejap keja,kejap ponteng,kejap MC
Tak banyak pilihan untuk orang yang cuti tahunan tinggal "negatif' ni

Tapi nak buat m/mana,bila anak2 sakit tiada pilihan lebih baik selain seorang ibu yang menjaganya
Dengan isu kerja2 dipejabat yang tak berkesudahan
Memang valid reason untuk membiarkan blog nih bersawang sementara

Dan hari nih aku membuat keputusan paling drastik & paling sukar dalam hidup
Susah nak aku terangkan
Nantilah pelan2..
Belum finalise lagi tapi menuju ke arah itu

Doakan semoga jalan hidup aku dipermudahkan ALLAH hendaknya
Jauh dari dengki khianat manusia
Dan aku berpasak pada sebuah kebenaran semata2

Memang sebagai manusia kita boleh buat apa sahaja
Tapi tak semua kita boleh buat segalanya


Aku sedang mencari-cari back up plan
Dan berharap semoga apa yang aku rencanakan menjadi hendaknya

Dengan izin Allah swt!





14 November, 2014

Ain -you can do it !!

Hari nih baru aku rasa betapa seronoknya bila dapat tgk progress pelajaran anak
Kak Ain bukanlah pelajar straight A @ excellent bak kata orang
Aku pun bukanlah force sgt dia belajar 24 jam
Dia baru darjah 2
Biarlah dia belajar dgn happy tanpa tekanan

Kadang2 aku pelik tgk mak-ayah yang sibuk htr anak tuisyen budak baru darjah 1
Aduhai...kesian budak tuh stress!!

Progress kak Ain
Darjah 1- after pre exam-masuk kelas 2
Darjah 2-turun kelas no 4
Dan hari ni result streaming Darjah 3
Naik 2 tangga lagi-masuk kelas no 2

Happy?
Mestilah tumpang happy
At least ada jugak progressnya
Takdelah makin merudum kan..

Sekolah agama aje yang tak dapat result lagi
Aku tak kisah dia x dpt mumtaz ke apa ke
Yang penting dia boleh mengaji & solat dgn betul
Hak lain..still boleh belajar & terus belajar

Aku & suami ada niat nak hantar Ain sekolah agama tingkatan 1 nanti
I/allah..moga panjang umur kami nanti

As mom,aku hanya bagi galakan,tunjuk ajar & doa yang baik2 utk dia
Moga dia mudah belajar,suka & minat pada pelajaran


Mama sayang kakak
Semoga kakak berjaya nanti dunia & akhirat
Maafkan mama
Sbb mama kurang beri perhatian pada kakak
Lagi2 adik tgh sakit sekarang
Tapi mama nak kakak tau,mama sentiasa ada untuk kakak selagi ada umur mama


13 November, 2014

Baby Bjorn & Boba Wrap to let go!!

Ada 2 baby carrier
Memang untuk dijual

Kot ada mum to be yang berminat
Condition :9.5/10
Original 

1) Black baby bjorn
Rega beli :RM399
Nak let go : RM270

Pakai few times
Reason to let go: ada ERGO yang jd faveret skrg nih

Sell in box & manual sekali




2) Brown Boba Wrap

Konon2 beli nak pakai masa adeeb kecik
Tp jenuh nak melilit menatang ni
Tapi bila tgk youtube macam senang sgt
Pendek kata utk orang tak rajin macam aku
Boba Wrap its a big no

Tapi kalo ikut review Boba Wrap nih paling flexible
Budak 30kg pun blh fit in
Wallahuallam bswb

Rega masa beli : RM188
Nak let go : RM120

Boleh negolah sikit



Comes in box &manual 

COD Putrajaya
Kalo luar dari Pjy-kita pos ler


Pm : mamawicah@gmail.com

12 November, 2014

Happy 1st birthday Adeeb Ridzqin

Anak bujangku nan seorang
Dah selamat berumur setahun semalam
Macam baru semalam aje lahirkan kamu, adeeb.


Ini gambar pertama
Baru nak initiate breastfeeding
Lahir dengan berat 3.24kg
Normal birth-FPP putrajaya

Pengalaman paling takkan mama lupakan mengandungkan kamu & melahirkan kamu
Allah uji 1001 benda masa mengandung
Dan hadiahkan kemudahan semasa melahirkan kamu


Baru balik rumah masa nih
Muka pun sembab air lagik kata orang
Kembang semacam


Dah pandai bukak mata 
Haru menjaga si kenit nih masa pantang
Asik nak berdukung nak beriba
Bangun 4/5 round tgh malam

Habis aje pantang
Adeeb lebih mudah dijaga
Demam sekali sekala
Dah bijak macam2
Belum blh berjalan lagik
Baru nak bertatih sikit2


Yang pasti seronok ada budak kecik kat umah
Jadi kesayangan kami sekeluarga
Selalu jadi mangsa buli
Seronok buli budak kecik nih,,
Tgk dia nangis..comel sgt!!

Semoga jadi anak yang soleh
Membesar sbg johan
Berjaya dunia dan berjaya senang lenang di akhirat kelak

Nanti mama beli kek kecik
Buat adeeb yea..

Selamat hari lahir anak mama
Sayang kamu sgt2!!!






01 November, 2014

Ini harta dunia & akhirat

Siapa sangka kan
Aku dah sebegini tua
Anak berderet 
Tak pernah sangka

Rezeki Allah 
Anak tiga orang
Dua anak dara & seorang teruna


Anak anak itu sumber kekuatan
Sumber untuk mama tersenyum 

Proses membesarkan anak2 bukan semudah kita menyebutnya
Bukan mudah & sbg ibubapa 

Anak2 setiap seorang datang dengan pakej yang berbeza-beza
Potensi yang berbeza
Kerenah yang berlainan
Dan yang paling penting pendekatan mendidik itu jugak berbeza antara satu sama lain

Bila teringatkan zaman mengandung ketiga-tiga mereka ini
Persamaan yang sedikit sama
Mabuk tahap dewa!!
Tapi yang paling teruk adalah masa mengandungkan Adeeb
MasyaAllah..teruk sungguh

Mengidam?
Masa mengandungkan si Ain teringin nak makan cempedak goreng-wpun hanya cempedak ttp susah nak jupe kalo belum musimnya
Finally jupe jugak tp lambat jgk nak dapat
Dan dah nak beranak sgt,sawan nak makan pulut kuning
Adalah kawan kat opis willing masakkan
Makan sungguh2 hati masa tuh
Dan hasilnya Ain giler makan pulut skrg nih

Masa mengandung si Auni
Sawan minum teh o ais limau 24jam
Lunch hour mesti tapau coke letak ais ikat tepi
Aiskrim tetiap hari adalah wajib
Dan aku mengidam nak makan buah laici fresh -tangkai bukan laici dlm tin tuh
Dapat jugak..mak aku yang carik
Dan sampai skrg Auni paling suker air laici ais

Mengandung Adeeb...awal 5 bln pertama mmg xde sgt idea nak mengidam tuh
Aku mabuk teruk,stok memerap atas sofa
Masak pun tak,mengemas jauh sekali
Berbulan anak2 & suami tapau makan kat kedai

Ada sekali teringin nak makan tempoyak ikan patin
Nak time tuh jugak
Meleleh airmata nak jugak..
En papa pun pegi beli ikan seekor kat kedai 
Tolong siang,cuci bersih2
Perap dgn tepung nak hilang hanyir
Barulah aku masak
Dalam tgh2  mabuk tuh
Seperiuk aku bedal sorang
Wahhhh.,pastu muntah smp lembik!!!

Tapi bila hbs musim mabuk
Aku makan like a king
Aku makan apa shj
Even petang sblm bersalinkan dia aku g bantai makan Kenny Rogers
Takde lgsg isu berat naik mendadak
Sepanjang mengandung Adeeb berat hanya naik 5kg
Giler heaven!!!

Bersalin ketiga-tiga nih pun punya cerita masing2
Persamaan ketara semua bersalin pada hari Isnin

Pengalaman bersalinkan Ain
Bersalin secara induce sbb waterbeg leaking
17jam tanpa painkiller
Rasa nak penyepak jer nurse masa tuh
Bila kita dah x tahan 
Mintak painkiller-dia sound "ohh time nih dah x blh request painkiller,awak tggu bersalin ajelah"
Dah tuh-dia pun xbgtau masa mana leh mintak painkiller tuh
Bila teringat jer,mmg smp skrg aku menyirap!!!

Bersalin Auni
Ini mmg volunteer request induce
Sbbnya arwah bapak mertua ketika itu warded kat hospital
Aku takmo tgh2 mlm sakit nak beranak
Suami pulak xde sbb dia tggu ayah dia kat masa tuh
Bersalin yg nih-mudah..sakit tak lama

Bersalin Adeeb paling seronok-1st time normal birth tanpa induce
First time aku timing contraction sendiri
Dan bersalin Adeeb -tgh2 mlm 2-21am-cukup 40 minggu @ due date
Satu malam aku tak tido lepas bersalinkan Adeeb
Allahuakhbar!!
Tak tau mana dtg kekuatan itu
Bayangkan 24 jam aku tak tido

Dan melihatkan anak2 membesar bukti kekuasaan Allah
Dari sekecil2 manusia sekarang dah besar macam nih

Sayangnya pada anak2
Betullah orang kata
Selagi kita tak ada anak
Kita takkan tau maksud cinta tanpa sempadan tuh
Cinta seorang ibu pada anak-anaknya
Kasih seorang ayah 
Cinta tanpa syarat
Semuanya dia sayang
Takde lebih takde kurang

Semoga Allah jaga kamu bertiga
Pelihara kamu bertiga
Jadi anak soleh &solehah
Berjaya dunia & akhirat seiring sejalan
Jadi asbab utk mama &papa moga ada hisab amal baik buat pemberat sebelah kanan kami
I/allah...

Masa mama makin singkat
Suatu masa mungkin sampai waktunya itu
Kita tak tau
Moga jadi kenangan buat kamu tiga beradik

Ain Darwisyah
Auni Irdina
Adeeb Ridzqin

Harta dunia & akhiratku!!








28 October, 2014

Sephora @ ZALORA..orang darat belajar shopping make up!

Sesiapa yang kenal aku in-out
Akan tau betapa butanya aku ttg ilmu make-up nih
Nak beli bedak pun teragak2
Nak beli lipstick sebatang pun pusing bukan main lagi
Tenyeh kat tangan,kot match kaler kulit kekdahnya

Pendek kata kalo korang sebut jenis2 berus
tang pipi lain,tang mata lain,tang muka lain
Memang sampai kiamat tak khatam2 aku

Aku bukan jenis yang pakai make up
Tak pakai make up pun takper wpun kulit bukan flawless pun
Aku tenyeh bedak serbuk si Adeeb tuh aje kalo nak cepat sgt

Akan tetapi bila ada function yang memerlukan aku presentable
Nampak senonoh sikit,kemas..makanya aku adalah huru-hara menyopping make up jugak
Untuk mengelakkan nampak awkward memusing Sasa cari make up
Jalan terbaiknya-shopping online
So kalo mengadap Lappy lama2 pun takper
Orang tak rasa nak pelik sgt kan.

Setakat beli foundation stick satu,lipstik sebatang & blusher- biar muka tak rupa zombie..


Rasanya tak yah ler aku sebut tentang online shopping..
Merata orang yang celik IT sure kenal @ paling koman pun pernah terklik sekali dua
ataupun window shopping mata tgh2 bulan kannnnnnn?

Dalam nih macam2 benda boleh tgk, boleh shopping
Memang rambang mata

Antara produk make up yang tak asing lagi adalah SEPHORA
Orang yang buta make up macam aku pun terus jadi macam suka nak telek barang2 make up yang diorang offer

Meh aku tepek,sebab2 kita harus try beli Sephora nih

Produk nih established sejak 1970 dari Perancis & penetrates US market tahun 1998 serta ada lebih 100 barangan -produk solekan,penjagaan badan,penjagaan rambut & wangian jugak..

Produk yang selamat, dan diuji secara klinikal & terbukti long lasting make up.Tahan lama walau ko pakai tgh2 panas terik, x perlu sokmo2 kena touch up kekdahnya.

The best of it, ianya pilihan pakar & lebih best lagi penghantaran adalah percuma

Apalagi,mari kita feeling2 diva shopping make up-mana tau leh kalah retis kan..

sila cuci mata
Sila rambang mata tgk palette macam2 kaler!Pengsan!

packaging pun handy,cantik weiiiih!!

 
Pinky-pinky nih mmg dambaan kalbulah kan..nama pun pompuan!
 
Makanya sila jengok2 sendiri
Dan aku tak jamin bab kecederaan poket yang nyata
Sila perhati & aim awal2 apa nak beli
Sebab online shopping nih hantunya lagi kuat

Selamat bershopping kawan2!!



26 October, 2014

Wall climbing -Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya


Tadi terajin bawak anak2 berjalan
Konon2 nak bagi anak2 beriadah
Kuarkan peluh
Jadi bawak budak2 ke Taman Cabaran Presint 5 Putrajaya

Apa yang menarik?
Ada tempat khusus utk budak2 wall climbing
Giler seronok bdk2 memanjat




Pada awal2 kak Ain & Auni gayat jugak
Tapi Auni jenis high determination
Dia cuba dan cuba smp boleh
Sgt impress mama ko nak...

Trust me,budak2 mmg suka memanjat nih
Jangan risau pasal keselamatan
Bawah lantai tuh mmg disediakan lapik tilam yang tebal


See,adeeb bukan main seronok wpun tak leh nak memanjat

Utk yg berdekatan blh try datang
Jangan kata anak yang nak memanjat
Mak pak pun boleh mari sawan nak memanjat sama

Kahkahkah!!!

23 October, 2014

Puding Roti versi serba mudah

Puding Roti nih faveret no wahid en papa
So selalunya rajin jugak buat
Sebab senang sgt buatnya


Bahan tak banyak
Tak renyah
Dan yang paling penting kos efektif

Tgk rakyat marhaen
Nk makan pun kena kira kos sana-sini
Choyyy sgt!!!

Bahan2-
Roti 6-7 keping-siat2-aku rendam air panas aje biar lembut sikit
-susun dalam loyang-ikut suka macammana gaya pun/gaya bebas kekdahnya

Butter 3 @ 4 sudu cairkan
Telur 2 biji pukul alakadar
Susu cair 1/2 tin
Esen vanila sesudu kecik
Garam sikit buat rasa lemak
Gula 3 sudu besar
-semua benda alah nih aku campur sekali

Pastuh curah dalam loyang yang dah disusun roti tuh

Kalo ada kismis tabur kat atas adunan
Tapi aku suker letak kacang badam hancur

Step terakhir-bakar dalam oven-aku guna 170 degree celcius
15minit pertama guna api bawah
10minit terakhir api atas
Taraaa... Siap!!

Kalo rajin bantai buat sos kastadnya pulak
Susu 1/2 tin lagi + air 1/2 tin + tepung kastad 2 sudu + gula 2 sudu
Humban dalam periuk
Guna api kecik
Kacau sampai adunan pekat

Siap!

Boleh makan sama pudingnya

Selamat mencuba yea kwn2!!!





17 October, 2014

Kutu!

KUTU!!!
sgt sinonim dgn aku
rasanya dari kecik lagi aku dah kenal apa itu Kutu

Kecik2 dulu
Byk kutu rambut
Paling haru bila time mak sibuk nak cari kutu
Lenguh kita dibuatnya

Bila dah besar
Seiring menjadi anak dara
Dah pandai jaga diri
Kutu pun mula hilang
Timbul pulak penyakit kelemumur
Stress lain pulak....

Aku takmo bercerita ttg kutu rambut @ penyakit rambut
Tetapi citer bab menyimpan guna sistem kutu
Aku pun tak paham kenapa smp dipanggil sistem kutu

Paling awal terjebak umur 12 tahun
Kutu rm rm5 sebulan
Sekali dapat-dapatler rm45
Ahli kumpulan 10orang
Masa tuh seronok benar dapat duit byk tuh
Baru darjah 6 masa tuh

Pastuh aku stop join main kutu
Smplah aku nak kawin
Masa tuh konon2 nak cari duit tambah nak buat belanja kawin
Main dgn mak-RM300 sebulan
Sekali dpt dapat RM3k
Dapatler cover belanja kenduri kawin aku tuh

Sejak itu aku terus join main kutu
Motif: nak cari duit bayar road tax keta
Takde menda lain dah
Masa tuh rasa nak mengadakan duit road tax/insuran keta 2 biji mmg nazak jugak
Makanya bermain kutu adalah jalan selamat

Dah tahun nih tahun ke-4 jadi ibu Kutu
Tukang collect duit kutu,tukang paksa orang bayar,tukang bank in duit setiap ahli pada setiap kali giliran
Aku seronok main kutu nih
Dalam masa yang sama blh tlg org lain menyimpan

Percaya atau tak?
Ahli kumpulan lagi ramai lelaki dari perempuan
Motifnya orang lelaki nih -kawan2aku ler
Diorang kata tak leh menyimpan sendiri
Kena ada org lain tlg simpan
Itu lebih selamat..

Ada sapa2 suka join kutu?

Ada yang join kutu beli beg
Kutu emas intan berlian
Kutu pinggan mangkuk

So far aku main kutu tunai
Ada sekali join kutu beli cadar
Zaman mula nak kawin dulu
Itu jerlah sekali pun

Apapun bagi aku 
Main kutu kena komited,jujur & bertanggungjawab
Ingat giliran masing2

So semua orang happy!!

*berangan dpt duit kutu-kot leh berjalan smp Istanbul!!



08 October, 2014

Sabar!!!

Beranak tiga
Full time working mom
Maidless
What to expect?

Hidup sgt hectic
Dari pg smp ke mlm
Kelam-kabut menguruskan anak2

Balik opis mengadap kerenah ank2
Kalo ikut penat mmg x laratlah
Tp ttp layankan aje
Demi ank2.,

Gaduh
Berebut mainan
Berlawan ckp
Berlawan kalah menang
Hoiiiiii stress kdg2 tuh

Tapi cpt2 istighfar byk2
Anak2 itu amanah Allah
Jgn cepat naik darah
Nak didik anak bukan lg valid dgn naik tgn
Namun kdg2 ada jgk secubit dua singgah kat kaki tgn anak
Geram punya pasal


Ada anak sedang membesar
Byk sgt soal jawab
Ada anak kecik bwh setahun
Adoikhhhh..kena sabar 7-8 tingkat
Kena ada energy super power

Tgh melasak sgt,aktif
Tak terikut kdg2 tuh
Penat nak mengejar dia naik turun tangga
Masa tgh melasak nih
Mmg kena lebih alert
Safety first!
Kalo jd apa2 tak menyesal kemudian hari

Ada org tanya
Takmo beranak lagi?

Ada dua jawapan dua keadaan
Kalo ikut penat,ikut tak larat
Mmg tak ler rasanya
Wpun takde merancang apa2 setakat ini

Tapi kalo ada,Allah bagi
Siapa kita nak tolak rezeki

Allah bg rezeki anak byk
Sbb Allah yakin kita blh jaga amanahNya
Jadi kena redha byk2

Anak itu lahir bawak kantung rezeki msg2
Sbb itu bila anak itu lahir
Atau sblm dia lahir lg
Rezeki kita lain mcm murahnya
Tk percaya?

Percayalahhhhhh.....

Apapun aku sdg byk belajar
Nak jd ibu yg byk sabar

Lebih rajin melayan anak2 hatta bertanya
"Sofa tuh sapa yg buat mama?"

Ataupun soalan lg tragis
"Nape Auni takde abang?"

Dan kena lebih fit
Nak jaga 3 kanak2 yg sedang membesar
Ibu kena sihat,tak blh jatuh sakit kekdahnya
Gituuuuuu!!!!




07 October, 2014

Tanpa smartphone..hidup pun!!

Rasa rindu sgt dgn blog sendiri
Tak sempat nak update blog, nak telek blog
Gara2 iphone tetiba wat hal
Sim card not detected,ingatkan problem sim card
Beria g celcom kat PJ, tapi katanya sim card xde problem
Makanya hantar iphone g repair since still ada warranty

Personally 1st day takde iphone
Hidup adalah sedikit huru-hara
Email,fb,blog-sumer takde
Kena bukak lappy @ bukak ipad baru leh tgk
Itupun kena balik rumah baru leh tgk
Dalam ERL lagi bosan
wpun 17 minit aje waktu perjalanan-kiri-kanan depan belakang
baik muda,tua-semua bangsa mengadap smartphone
hoiiii stresss weeeiii!!

Mostly iphone aku sgt berguna waktu membosan dalam ERL @ LRT
Percaya atau tak?
dah 2 tahun aku update blog guna iphone
see...tgh duduk dlm LRT/ERL sempat jugak update blog
Iphone aku sgt berjasa pada aku

Tapi nak wat m/mana..dah guna sgt2
sekali takde,mmg terasa

Hari nih dah masuk seminggu hidup tanpa smartphone
Makin get used to it
Takde kejap2 nak tgk newsfeed kat fb
ataupun nak tgk whatsapp masuk
takde serabut tgk group whatsapp htr citer merepek2
see...Allah uji ada rahmat jugak

Dosa mengutuk pun kurang sikit
Serius!
Aku tak tau ler orang lain..kadang2 sbg manusia
ada masa2 terkeluar jugak dosa mengutuk tgk fb orang
tgk iklan merepek2 lagi iklan produk suami-isteri tuh
lagi berbakul2 sumpah seranah wpun dalam hati

Betapa insafnya aku dgn dugaan kecik ini
Percayalah, kita boleh hidup tanpa  smartphone ni rupanya
Macam dulu2..
Zaman kita update blog guna lappy
tgk fb guna lappy
Jadinya allocation masa tuh terhad
takdelah bangun tido mengadap hp
nak tido tgk hp
dah macam penyakit aku rasa..

Skrg aku pakai handphone lama en papa
Nokia E71 tuh
button pun banyak yang hilang..belasah ajelah
janji senang nak berhubung,,asal boleh terima & buat call sudah
asal blh sms ...jadiler!!




cuma terasa rindu nak ketik kamera Iphone snap gambar si kecik nih
iphone tuh mmg penuh beribu gambar si awing kenit Adeeb

Apapun..aku rasa betul2 belajar sesuatu
Ujian ini memang apalah sgt tapi mendidik aku ttg sesuatu

Banyak lagi yang lebih penting selain smartphone
Dan banyak lagi cara nak isi masa selain dari mengadap hp

Ada berani nak cabar diri sendiri?
hidup tanpa smartphone seminggu?

Percayalah..banyak yang kita dapat kita belajar dari situ
Aku sudah rasa
dan rasanya masih ada masa untuk memperbaiki diri
umur aku bukan makin muda
takmo terlalu leka dengan dunia

Allahuakhbar
Syukur ya Allah

Luka yang begitu mengesankan!!


29 September, 2014

Being ignorance!

Minggu lepas ada isu sikit dengan bos
Soal kecik sgt
Dia kecoh2 & membesarkan isu yang remeh temeh


Aku mmg tak suka gaduh2
Aku biar dia merepek
Aku biar dia cakap apa yang dia nak
Cukup time aku angkut beg cabut
Tinggalkan dia terkebil2

Balik rumah
Meleleh airmata kat pipi
Aku istighfar byk2 sepanjang jalan
Aku solat istikharah malam tuh
Ikut hati mmg aku nak tender resignation 24jam
Aku rasa teraniaya

Tapi aku bagi masa utk bertenang pada diri sendiri
Keesokkannya aku masuk opis
Buat macam biasa
Senyum & kerja macam tiada apa yang berlaku

Pukul 2:30pm
Boss panggil masuk bilik
Kali nih dia lebih cool
Dan percaya tak?

Dia cakap sorry!
Dia kata dia tak patut jerkah herdik aku semalam for nothing
Dia tak professional katanya

Aku ucap alhamdulillah dalam hati
Tak putus2 aku panjatkan syukur pada Allah

Allah itu maha adil 
Dia takkan aniaya hamba yang tak bersalah suka2

Bekerja mmg pilihan aku
Aku ada komitmen yang perlu aku bayar
Dan ada t/jawab nak bantu ekonomi keluarga
Aku ikhlas bekerja lillahitaala
Takkanlah aku nak buat keja suka hati 
Duit gaji bawak balik rumah nih nak suap anak2 makan
Aku nak duit itu halal serba serbi
Smg membentuk sahsiah baik pada anak2

Aku ada prinsip yang aku pegang dari dulu
Bos tetap bos
Jangan mimpi ko nak tgk aku nak berbaik dgn bos lebih dari soal kerja
Pg lunch sama?
Pg breakfast?

Aku tak suker mengendeng2
Aku tak nak orang mengata bukan2
Add fb/ig-jangan harap nak add bagai wpun dia request 
Aku respek dia sbg bos
Makanya dia juga harus respek aku sbg pekerja yang bekerja di bawah bidang kuasa aku

Aku tak tau orang lain
Aku ada peel 

Selagimana aku buat keja aku
Tak campur hal org
Ikutlah org nak kata apa
Lantak pi..

Moral of the story
Jgn menjawab bila kita tgh marah
Biarkan sebelah pihak merempan
Cari masa bertenang
Serahkan 100% pada Allah

Bos,you're not always right


Choyyy!!




28 September, 2014

Misi cabut dari KL,jenahak bakar & review Langit Langi Hotel-weekend getaway Port Dickson

Serious lama tak pergi PD
Dari sebelum mengandung si Adeeb sampailah Adeeb nak masuk 11 bulan
Campur tolak dekat 2 tahun

Rabu lepas dah mula cari2 hotel thru agoda,booking.com
Tapi yang biasa aku booked sebelum nih-full house & yang tinggal pun-yang mahal2-rate rm500 onwards
A big NO lah sbb takde bajet byk macam tuh

Sampai Jumaat mmg x jupe lgsg yang berkenan di mata & di poket
So decided-cancel ajelah
Dok rumah ajelah weekend konon2nya

Pagi2 Sabtu
En papa volunteer nak carik hotel kat PD thru agoda lagi sekali
Ikut ko lah abang,mama nak tido
Kebetulan malam sabtu tuh
Adeeb meragam kaw2
Makanya mmg aku tak cukup tido 
Aku kata g cari,kang kul 12tghr kejut aku balik

Kul 11:55am dia kejut bagitau 
Dah jupe hotel & dia nak book hotel nama Langit Langi.
Oitttt hotel yang ada gambar lembu tuh ke?
Kebetulan aku ada ternampak dalam agoda tapi macam tak take notes sgt sbb ternampak gambar lembu..sbb wpun search PD-agoda selalunya akan tunjuk jugak area Sepang,KLIA

Jadi disebabkan en papa confirmed mmg kat PD
aku pun bangun kemas baju sorang 4 pasang
Baju adeeb byk sikit
Dan makanan utk adeeb yang paling penting
Dalam sejam-siap packing,bdk2 pun dah siap-terus masuk keta -jalan!

Memusing jugak cari hotel nih
Rupanya kat Batu 1 sbb Corus Paradise
Dan percayalah -hotel nih sgt baru
Masa kitorang sampai diberitahu hotel baru seminggu launching


Rupanya deretan shop lot -4 lot dari tepi kanan mmg hotel semua


Zoom dekat sikit!

En papa decide booked sbb hotel nih murah dalam RM85 termasuk breakfast & ada outdoor pool



See-ada pool okey.
Sila impress-sbb aku pun tak sangka hotel shoplot blh buat outdoor pool jugak
Merasa jugak berendam sama kanak2


Ini dalam bilik,ada katil queen satu jerk
Tapi kitorang standby bawak toto satu- bantal kecik2 3 bijik
Pakat bersempit-sempitan kat bawah
Ain/auni tido atas katil
Mama,adeeb & papa tido bawah
Fully aircond
Ada free wifi
Heater & coffee bar pun ada

Giler ahhh!!
Murah kan.. 

Selesai mandi anak2 mengaruk lapar
Mari kita ke Seri Mesra Seafood
Ini tempat wajib singgah kalo aku g PD




Percayalah Jenahak bakar kat sini serious worth to try
Sedap giler!
Rega RM 7.50 per 100g
Dan ada nasi lemak bungkus yang sgt sedap
Lupa pulak nak snap gambar
Ain suker betul
Total loss:RM84 
order ikan jenahak,tomyam campur,kailan ikan masin,nasi lemak,otak2-air buah 4 gelas,telur dadar..

Balik malam tuh-mmg pengsan awal
Motip-bosan takde apa nak layan kat tv
Dah papa tgk bola

Esok pagi
Bawak budak2 g breakfast buffet
Takdelah meriah sgt tapi still ok
Selamatlah duit rm20 kalo g breakfast kat luar kan
Ada nasi lemak,kuih 2/3 jenis,mushroom soup,kopi/teh,roti,cereal
Jadikler..lupa nak amik gambar
Bersilat dgn si Adeeb

Pas breakfast g pantai teluk kemang
Mmg nak suh budak2 mandi laut pun
Sampai aje orang tak berapa nak ramai Mmg nak kuar pagi pun spy tak panas sgt
Sewa hut aka kanopi sekali kerusi meja rega RM30
Dah lupa bawak tikar maka nak selesa kenalah sewa kan


Gambar jauh guna henfon jerk
Mama tak terjun laut
Sebab jadi "jaga" beg
Tukang beli makan

Abis mandi dlm 11.15am
Bersiap & balik ke hotel
Utk check out!

Kos peghabis cuti2 marhaen nih
Tak sampai RM250

Jadikler kan
Nak bagi anak2 happy 
Mama papa pun tumpang release stress sekali sekala

Bagi aku nak bercuti hujung2 minggu nih
Kena cari tempat yang dekat2
Ada proper plan
Dan jangan banyak sgt tempat nak melencong
Lagi2 yang ada anak kecik macam aku
Diorang cepat penat tak macam kita kan..
Kena amik kira time tido anak2
Dan yang paling penting
Timing betul2


Dan paling penting
Stroller wajib ada
Anak kecik nih tido tak tentu masa 

Ok,selamat merancang bercuti2 Malaysia

26 September, 2014

JJCM-TEH TARIK PLACE PUTRAJAYA-2nd tried

Semalam aku pegi makan malam kat Teh Tarik Place Putrajaya
Dah ada orang nak belanja kan

Order bihun singapore,mee kari & roti canai
Teh tarik,teh ais & sirap limau serta air suam

Last time masa pegi
Makanannya ok lagik
Takdelah langsi sgt macam semalam
Serious rasa..adoikhh!!

Restoran ni konsepnya macam Kopitiam
Style macam Old Town
Cuma kalo Old town lebih pada kopi ini diorang punya trademark adalah Teh Tarik-Malaysian style

Rega expectedlah
Teh tarik aje RM3.60
Roti Canai RM2.50
Mee Kari/Bihun RM7.50
Air suam RM 0.70


Yang aku ralat tuh
Mee kari serius macam ko tak tau nak masak tapi ko nak masak jugak



Tasteless
Takde rencah 
Kerang takde,ayam takde

Ada fishcake 4-5 hiris
Tauhu kering 2 bijik-itupun stok yang celur baru letak atas mangkuk-keras 
Kacang panjang stok potong2 campak dalam mangkuk
Dan jupe seekor udang sederhana yang dicelur celah2 mee
Ada telur rebus sebiji belah dua

Tawar ghebeh orang kata
Cair macam ko makan sup
Cuma kat sini dia letak santan

Aku tak kisah orang nak hentam ke apa
Cuma siapa yang pernah makan Mee Kari kat old town?
They can differentiate how was a taste its like

Lain sangat
They really put efforts to make it a food worth to try & orang puas hati wpun byr mahal
Rega lebih kurang
Tapi serius sedap Old Town punya

Aku rasa TTP must revamp atau buat sesuatu
Diorang bisnes mode-franchising
Same as Old Town
Tapi kualiti food mmg ke laut

Aku jenis suka makan
I dont mind being charge for pricey food as long as the food is worth to try!
Orang yang suka makan,dia akan tau appreciate makanan-they know how to value a food

To Teh Tarik Place
There is a space for improvement
Invest for better chef
And do invest for RnD

Makanan best,tempat cozy,layanan mesra

Confirm akan ada repeat customer!!












25 September, 2014

Kisah si handsome mama!

Adeeb makin membesar
Kaki tangan makin kuat
Motor skill-excellent
Dah memanjat tangga dgn sgt laju

Mulut macam bertih jagung
Wpun pandai cakap bahasa dia aje
Kalo sebut mama-jadi AMMA
Kalo sebut papa memang jadi PAPA 
Sebut kakak-jadi KAKA


Makan memang faveret dia
Bubur mmg makanan rugi
3x sehari
Biskut,roti wajib ada tetiap hari

Kalo tgk orang makan
Mulut dia yang menganga lebih
Terkumat-kamit mengecek makan

So far Adeeb sgt mudah menjaganya
Cukup makan,cukup time dia akan tido
Pesen tido nak kena dukung dulu
Dah tido barulah letak atas tilam
Bangun menyusu wajib 2x 

Tak sabar nak tggu Adeeb mula berjalan
Kesian jugak tgk merangkak
Habis kotor kaki lutut

Trust me
Jaga anak lelaki nih
Mama kena lebih super power
Dia punya energy tuh luar biasa

Rindu dah anak bujang ambe nih
Aduhai anak!!

23 September, 2014

Dinner @KL Convention Centre

Sabtu lepas
Join dinner kat KLCC
Tema international cultured

Aku malas nak pikir banyak
Dan malas nak peghabis duit semata-mata nak g dinner
Pakai baju kurung moden sutera crepe yang last sekali pakai 2 tahun lepas

Settle!!


Dengan rakan sekongkol
Aku mekap sesimple mungkin
Mekap beria kang orang ingat hantu raya
Mekap edisi 2 tahun sekali jgk

Dinner best
Makan sedap 
Entertainment menarik
Dan yang paling menarik
Emcee malam itu adalah Harith Iskandar

Sampai kebas mulut asik gelak aje
Serious lawak dia nih!!


Sempat jugak snap gambar sekeping wpun mutu gambar kurang cantik
Guna iphone tgh gelap 
Lampu kelip-kelip
Spotlight biru
Stress aku!!

Apapun Harith memang sgt friendly
Blh rasa betapa wpun dia penat emcee 4 jam straight
Dia still nak layan peminat yang beratur panjang

Ok,next year kalo panjang umur
Mari kita pegi lagik
Sekali sekala kena berjimba2 tanpa kanak2
Malam tuh aku balik rumah kul 1:30am
Sila pengsan!!!


17 September, 2014

Hadiah hari jadi yang ke 35 tahun

17-09-2014
Hari lahir yang ke 35 tahun

Makin tua
Makin menuju ke alam sana
Tak tau sampai bila Allah pinjamkan umur ini..

Doa aku byk2 semoga makin kuat & matang sebagai ibu & isteri
Moga Allah anugerahkan kesihatan tubuh badan
Dan dikurniakan kemurahan rezeki hendaknya

Dan sbg menghargai badan sendiri
First of it
Gi wat eye check up
Setelah bertahun lama tak check mata

Dan inilah yang aku dapat


Sila mengadap optometris
G wat cermin mata

Rasa makin tua
Mata pun dah tak setajam dulu
Allah tarik sikit2 nikmat usia muda

Allahuakhbar
Tapi sekurang2 masih bersyukur
Sebab Allah masih bagi nikmat melihat wajah2 kesayanganku

Dah tua2 nih
Hadiah dah tak penting sgt
Yang penting tanda ingatan dr family terdekat
Itu lebih penting
Hari nih adik beradik pakat lewat wish,dah bergenang airmata 
Punyalah emosi ok!

Apapun utk yang sudi wish kat fb,whatsapp
Terima kasih byk2
Semoga yang baik2 jugak utk kalian kembali
I/allah!!

Malam nih kalo umur panjang g makan2 sama anak2 aje rasanya
Cukuplah celebrate kecik2
Dah tua sgt nak potong kek bagai
Hahahahah!!







11 September, 2014

Kuarantin!

Adeeb discaj Isnin petang
Alhamdulillah
Insuran cepat kali nih
Tak smp 2 jam

Paed keluarkan arahan
Kuarantin smp Jumaat
No nursery/day care/babysitter

Tiada pilihan lain yang ada
Selain bercuti tanpa gaji sbb cuti mmg dah hbs 
Utk anak tercinta


Tapi puas hati
Meladeni anak bujang yang super manja nih
Mama pantau segala jenis ubat yg paed bekalkan

Masak macam2
Suap makan dr pg-mlm
Menyusukan dia
Main dengan dia
Golek2 dengan dia
Dan finally tido polok2

Tiada yang lebih bermakna
Daripada harta yang ini
Anak!

Ini amanah Allah
Bukan jaga bagi besar sahaja
Tapi nak tarbiah biar jadi pendakwah
Biar jadi orang baik2
Tolong orang susah
Jadi orang yang berbakti pada ibu ayah,keluarga,agama & masyarakat

Ingat,apapun terjadi
Keluarga itu tetap jadi keutamaan!







08 September, 2014

Day 4- CAH

Lemau!

Itulah yg aku rasa
Tak suker sgt2 dok wad lama2

Adeeb nampak bertambah baik
Demam dah kebah
Batuk dah lega
Nafas tak laju tercungap2 mcm jumaat lps
Hidung flu makin kering
Makan / minum dah mula ada selera
Aktif masya allah
Jenuh nak mengepung
Takut dia panjat cot hospital ni


Tgk,cot atas dada aje
Blh sgt kalo dia nk wat aksi berani mati tuh
Aku nak mandi pun heret dia masuk toilet sekali


Semalam dia mengamuk nak turun cot
Nak merangkak
Aku suh kakak2 dia bawak pusing naik stroller
Bukan main suker dia


Kakak2 jd bodyguard adik
Tukang sorak time adik amik neb
Kakak2 rindu kat adik
Tak hbs2 tanya bila adik nak discaj nih..


Mintak2 doktor discajkan kamu hari nih
Sayang Adeeb sgt2!!