Sangat memenatkan!
Rutin harian si Ain sejak tahun ni berubah 360 darjah,kelas pagi-petang-malam silih berganti.Belum dgn kelas tambahan SK, tambah pulak kelas tambahan SRA.Tak masuk lagi personal kelas dia utk subjek BM & BI.Dan yang terbaru terpilih untuk kelas SUKSES anjuran PPD Sepang-setiapbulan 2hari full day.Allahuakhbar!
Jenuh aku consult Ain untuk bersabar sikit ajelagi,lagi 6 bulan sebelum PPSR & PSRA.Tahundepan Ain boleh relax sikit.Dia menggangguk fahamaje.Ada jugak berbincang sambil memasak katdapur,tentang sekolah pilihan dia untuk tahun depan.Kami suami & isteri sepakat nak masukkanAin ke Sekolah Berasrama Cuma tak taulah apa tuahanak seorang ni.layakkah nak bersaing dengan berpuluh ribu pelajar bijak kat luar sanatu.Wallahuallam bissawab.Sbg ibu selain galakan,akutak putus berdoa semoga Allah permudahkan urusan anak2 dalam pelajaran hdknya.
Aku as usual still struggling dgn rutin 2018 bilamana Adeeb juga dah bersekolah.Tak Nampak apa perkembangan lagi dengan si Adeeb-masih keliruwarna lagi belum lagi bab Tanya ABC,123-pening dibuat anak lelaki nan sorang ni!Auni takde apa nakkurebelkan dia,dia macam tu jugaklah.Kuat menangis kuat merengek-hilang buku,hilang itu-hilang ini..sampai dah tak terlayan dengan aduandemi aduan dia.Aku sekarang balik keja wajib masak sebab Ain banyak hari ada kelas tambahanwaktu malam kecuali hari Isnin,so dah tak lehmengelat makan luar macam dulu.Masak ajelah alakadar,asalkan ada makanan sebelum Ain ke kelasnya pkl 8pm.
Sibuk keja macam biasa,ada masa sangat sibuk-ada masa sangat relax plak.Apapun look forward cutisekolah penggal pertama ni sebab terasa penat sangatsejak awal tahun.Dok recce2 hotel kat JB,macam nakjalan2 ke JB tapi bukanlah nak masuk Legolandsebab misi berjalan kali ni adalah misi nak rehat2 kathotel smbl layan anak mandi pool.Itu aje!Nak masuk Legoland tak mampu pulak rasa nak beli tiket beratus utk seorang aje..inikan kami 5 beranak ramainya.Unlesslah kot ada orang tetiba sedekah duit tix masuk Legoland plak kan…rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari kata orang!
Inipun nak g berjalan mama dok tekan kalkulator 4-5 round.Suka bawak anak2 berjalan,tapi memang kenaada proper plan terutamanya dari segibajet.Takmolah berbelanja melebihi had sampaikena ikat perut pulak pas balik bercuti dan takmolah kedek sgt berbelanja sampai sumer anak nak mkn apapun kena sekat plak masa bercuti.Akuselalu spend banyak pada kos penginapan,sebab akusuka anak2 aku enjoy tido hotel-biar diorang selesa utk tido.Kalo boleh biar ada bath tub sbb kami kat rumahxde bath tub,time dok hotel ajelah nak merasa berendam bagai.Dan wajib ada breakfast buffet sebabdapat save kos sarapan disitu.Pool tu memang wajib,sebab tujuan utamanya nak melayan anakmandi pool.Skrg banyak jenis penginapan yang adapool & skrg ada plak jenis infinity pool.Teringin plaknak merasakan..bila lagi nak try.Aku masih recce lagi tpt penginapan sebab kalo boleh nak duduk tgh town supaya senang nak kemana-mana & cari makan khususnya.Nak shopping tu xdelah,tapi haruslah nak jengah IKEA TEBRAU nanti.Kalo nakshopping kat KL lagi bersepah shopping mall,Cumaaku jenis bukan kaki shopping sgt-aku ni kaki makan.Aku suka makan & aku suka try tempat makan yang baru.
Doakan plan aku ni sukses hdknya,aku nak reward kak Ain sebenarnya.Kesian tgk dia penat sgt sebulan-dua ni.Kebetulan dapat duit lebih sikit bulan Mac nibolehlah mama belanja anak2 sikit kali ni.Mak pak nisebenarnya menumpang rezeki anak2 apalah salahnya kita berbelanja untuk anak2 pulak.Dok sibuk cari duit bukan untuk orang lain,untuk anak2 jugak sebenarnya.Semoga Allah murahkan rezeki kita semua wahai seantero ibu & bapa.
Kemana cuti sekolah ni kawan2..apapun be safe yea!
*saujana mata memandang tgk pool ni..sila berangan mama!
No comments:
Post a Comment