Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muhasabah diri. Show all posts

27 January, 2015

Sayang kakak!

Adeeb sgt close dgn Kak Ain
Manja sgt2 dgn kakaknya
Ikut aje kakak pegi mana

Kakak pun rajin melayan
Ikut aje apa kehendak adik
Pendek kata sokmo kena buli

Kak Ain sayang sgt adik dia
Obvious sgt..
Balik sekolah terkam adik dulu
Mesti beli ntahapaapa jajan utk adik dia
Pujuk adik kalo adik nangis
Dukung merata,pegi main pun heret adiknya
Pimpin tangan adik berjalan

Auni,sayang jugak adik dia
Tp since dia kecik
Dia x reti sgt nak melayan Adeeb
Dia kurang sabar sikit

Eloklah tuh
Sayang adik beradik
Biar smp hujung nyawa

Sbg anak sulung
Aku selalu pesan pada Ain
Kalo aku xde,dia yg akan ganti tpt aku
Jd mama
Tlg kemas rumah,masak,jaga adik2

Dia marah betul kalo aku sebut bab mati2 ni
Tapi yealah..mati tak kenal usia
Mati jugak tak kenal waktu
Sampai masa,tak cepat sesaat,tak lewat sesaat katanya

Masa terlalu cepat berlalu
Samada kita sedar @ tidak
Anak2 makin membesar
Dan kita makin tua

Melalut jauh dah ni
Tapi ada hadis kata
'Elok untuk kita selalu mengingat mati ni'

Muhasabah amal buat bekal kita nanti
Sama2 kita usaha cari redha Allah
Amiiiinn

18 September, 2013

Murah rezeki?

Pernah tak korang rasa
Sekali dalam hidup 
Atau mungkin berkali-kali dalam hidup
Rezeki terpijak

Kan tgh2 bulan nih
Utk orang yg makan gaji
Biasalah dgn senario nih
Orang kata survival smp hujung bulan

Tetiba dapat email HR
please collect your claim cheque at blablablabla...

Wahhhh!!
Ajaib kan?

Rasanya dah lama giler hantar claim
Tetiba smp claim kat tangan
Sampai 2 cheque sekali
Walaupun bukan ribu-riban
Kurang2 bolehler mama beli sandal clark satu
Hahahah!!
Motip-reward yourself !


Disini aku nak kongsikan 
Satu benda yang bagus utk jadikan amalan
Pernah dengar Al Mathurat?
Tahukah kawan2 kelebihannya?

Rasanya bagus utk digoogle
Semoga beri manfaat pada kwn2 jugak
Kita mula sikit2
Lama2 jadi bukit

Insyaallah!!

Petua murah rezeki yang aku pegang sampai sekarang
Perbanyakkan sedekah
Berbuat baik kepada ibubapa kita selalu

Trust me
Its worth more than that!!

Kalo tak dapat bagi banyak pada ibubapa tuh
Bagiler setakat yang kita mampu
Keberkatan rezeki ada pada doa ibubapa kita
Beruntunglah kawan2 yang masih punya ibubapa
Doa ibubapa doa paling mustajab dalam dunia
Tak ada hijab
Tak ada filter

Ada suatu amalan yang sangat menarik jugak dikongsi dalam blog ustaz Maza

Sedekahkan pahala Al Fatihah
Pada ibubapa meskipun mereka masih hidup
Subhanallah!!
Mudahnya nak cari pahala

Berbuat baiklah kita pada orang tua
Semoga jadi teladan yang baik
Utk anak2 kita yang sedang melihat sekarang
Meski pada Mertua
Nasab mereka sama dgn ibubapa kandung
Adil & saksama serba serbi
Insyaallah,kalo bukan sekarang
Suatu masa nanti kita akan rasa hikmah disebaliknya

Hidup ini berputar macam roda
Suatu masa kita akan tua
Anak2 kita akan jadi dewasa
Putarannya tetap sama

Takkan berhenti






05 September, 2013

Suami anak emak,berlapang dadalah para isteri!!

Aku terbaca keluhan seorang isteri
Ttg kisah suami anak emak
Mendatangkan cemburu pada sang isteri


Aku tersenyum
Teringatkan kisah di awal perkahwinan
Suamiku anak sulung
Antara kebanggaan bapa & ibu mertua
Pd mulanya sedikit janggal
Tapi bila suami bagitau
Betapa besarnya pengharapan kedua ibubapanya pada dia
Maka perlahan-lahan aku menerima
Berlapang dada
Adaptive
Dan buang jauh2 prasangka @ irihati

Aku teringat pesan mak kandungku
Suami yang baik adalah lelaki yang berlaku baik pada kedua-dua ibubapanya.
Maka berbanggalah aku ketika itu
Suami aku antara contoh terbaik ketika itu

Aku selalu berdoa 
Smg Allah beri rezeki seorang cukuplah
Anak lelaki
Semoga sampai masanya anak lelaki ini yang akan menjaga kami ketika kami sudah tua & tak berupaya nanti persis papanya nanti

Perasaan iri hati itu bisikan iblis
Iblis yang berikrar akan memporak-perandakan umat Muhammad saw
Yang suka melihat kita bermasam muka bersama suami

Jika terdetik rasa demikian
Cepat2 istighfar
Amik wuduk
Tenangkan hati
Jauhkan prasangka yang bukan2

Aku bakal menerima anak lelaki
Suatu hari nanti bila dia dah berumahtangga aku pasti dan yakin aku masih perlukan perhatian dia pada aku
Jadi para isteri beringatlah
Sebelum adanya kamu
Lelaki yakni suami kamu itu
Mengenal & mengasihi ibunya dahulu
Jangan dipindah kasih-syg suami hanya utk kamu seorang

Perkahwinan bukan antara hubungan halal antara lelaki & perempuan
Tetapi percantuman dua keluarga besar menjadi satu

Hormat-menghormati antara satu sama lain
Banyak beralah
Bersabarlah dgn sedikit ujian Allah

Nasab ibu & ayah mertua
Sama dgn ibu & ayah kandung
Sah bersentuh walau ada wuduk
Dahulukan keluarga suami serba-serbi
Redha Allah terletak pada redha suami pada kita

Subhanallah!!

Senyumlah
Janji Allah itu pasti utk kita




04 September, 2013

Minyak naik @ Naik minyak?

Kecoh dgn berita kenaikan minyak
0.20 sen seliter
Jgn tipu kalo takde yg rasa tak terkesan
W/pun hanya 0.20sen
Kenaikan harga brg & perkhimatan pasti menyusul selepas ini
Pasti...sila tunggu!!

Ramai yg naik minyak
Newsfeed fb penuh
Yg sarcast,yg emo,yg propa,yg positif
Sumer ada
Manusia kan!!

Tp naik ttp naik
Itu bukan dalam kawalan kita

Skrg isunya
M/mana kita nak menangani kenaikan bajet rumah 
Dgn gaji yg mungkin sama mcm dulu
Dan macam aku, dgn pertambahan ahli keluarga baru sedikit masa
Maka sila berfikir laju2

Perlu semak perbelanjaan semula
Perlu cut off mana yang tak patut
Masak utk elak beli makanan di luar
Penjimatan elektrik terutamanya penggunaan alat penghawa dingin
Ini perlu dijalankan berkala
Ttp istiqamah

Kena meeting dgn en papa
Perbentangan bajet bulanan

Apapon tepuk dada tanya selera
Pilihan di tangan kita sbg pengguna
Gunakan sebaik mungkin

Suami-isteri main peranan penting disini
Kalo yg jenis merokok tuh
Silalah belajar behenti pelan2
Duit dok bakar beli rokok tuh boleh buat tambah belanja dapor rumah
Yang rajin sgt tukar gajet baru
Tukar sport rim keta tuh
Mungkin boleh kurang2kan

Isteri yang jenis kaki shopping
Jenis make up berbelas jenis sekali pakai
Kasut berpasang2 seminggu pakai
Beli tudung beratus sehelai
Mungkin ini masanya kita bantu para suami utk berjimat

Duit kita nilai makin mengecil
Baru berada di negara sendiri
Dah terasa miskinnya
Apatah lagi ke luar negara

Utk aku sndr
Aku hanya berharap utk kuat memasak setiap hari blk keja wpun tgh sarat nih
Spy belanja beli makanan di luar yg paling kurang RM15 sekali makan tuh boleh dijimatkan utk belanja sekolah Ain terutamanya

Kawan2 m/mana?
Dah mula bajet masing2?

Mungkin kecik sumbangan kita
Tapi kalo dikira-congak 
Akan ada jumlah besar kemudian hari

Salam pagi Rabu
Senyum =))







25 July, 2013

Separuh Ramadhan yang ditinggalkan

Salam 16 Ramadhan
1/2 perjalanan lagik
Sampai mana yg kita dah buat
Setakat mana yg kita dah belajar

Sebulan takkan cukup mengajar kita jadi lebih baik
Sebulan kita  berjaya mendidik perut utk bersabar
Semoga kesabaran iman juga terdidik sama

Sama2 kita rebut 15 mlm terakhir ini
Kalo tak mampu buat byk
Kita buat setakat yg mampu

Takut kita tak sempat merebut Ramadhan akan datang
Mana tau ajal tiba sebelum itu

Bulan bonus berlipat kali ganda
Takde kerajaan yg boleh beat
Persekutuan mahupun negeri!!

Subhanallah!!

*self reminder-bertahanlah baby sehingga akhir garisan..Mama ada misi penting tahun ini..we gonna make it happens!!


22 February, 2013

amalan & istiqamah !

credit :google

kebaikan @ amalan kita
bukan dikira daripada
sebesar2 mana amal kebajikan atau
sekecil2 mana amal kebajikan

tetapi dari segi istiqamah
atau dalam erti kata lain kita tetap melakukannya amalan yang sama
walaupun bertahun lamanya

itu yang jadi ukuran
itu yang jadi timbangan
dan selalu menjadi kunci kejayaan seseorang untuk menambah-baikkan amal kebaikan seseorang

boleh baca sini tentang kupasan istiqamah

aku melihat beberapa contoh yang terdekat dalam kehidupan aku

my beloved mom
ada satu amalan yang aku rasa bertahun lamanya dia buat
sejak aku masih sekolah lagi
emak seorang yang suka bangun bertahajud
emak akan tido awal & bangun tengah2 malam bertahajud
dan mengaji
selepas subuh selalu mak akan buka radio IKIM dengar ceramah
w/pun selalunya radio tuh bunyi jer dalam bilik
mak ada kat dapor memasak buat sarapan..

teringat pulak arwah mak mertua
arwah MIL jenis dah duduk kat tikar sejadah
walau azan belum berkumandang 
kalo travel pun akan berhenti cepat2 bila dah masuk waktu
antara amalan yang paling aku ingat & terkesan sampai sekarang
al-fatihah untuk mak tok

arwah FIL aku
jenis yang susah macammanapun
walau hujan,ribut @ petir
dia pasti akan naik motornya ke masjid
arwah tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid
cuma 3 bulan sebelum ajalnya tiba
arwah terlantar di HKL untuk rawatan radioterapi
al fatihah untuk tok ayah

kita ?

kadang2 perlu muhasabah diri
dan berdoa semoga kita masih ada masa untuk berubah
hidup kita terlalu singkat

bermula dengan yang kecil2
tapi signifikan maksudnya

Rabbi Yaasir Wala Tuassir
permudahkanlah Ya Allah

*ada orang pantang jumpa tabung untuk sedekah-dia akan hulur RM1..berapa sangat nilai RM1 tuh berbanding amal-kebaikannya..you know who you are ..




25 January, 2013

jika berNAZAR

wikipedia :-
Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

hukumnya WAJIB

kalo terlupa tentang nazar kita :-

1-Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.


2-Memberi pakaian kepada 10 orang miskin

3-Memerdekakan seorang hamba

4-Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.

makanya kalo kita terlupa tentang nazar yang pernah kita niatkan

jadi kena buat ikut turutan :-

kalo x mampu bagi 10 orang miskin makan (makanan yang biasa kita makan sehari2)- proceed bagi pakaian kpd 10 org2 miskin -kalo still tak mampu- bebaskan seorang hamba ( mana pulak nak cari hamba zaman sekarang nih kan ) jika ketiga2 kita tak mampu buat - maka BERPUASAlah kita 3 hari berturut2

jadi jangan suka2 BERNAZAR
kalo tak mampu nak pikul tanggungjawabnya nanti

Surah AL MAIDAH ayat 89

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.

-peringatan untuk diri sendiri sebenarnya-

salam pagi Jumaat
selamat bercuti panjang kawan2

insyaallah, esok akan ke Kuantan
utk wedding BFF

:))







06 July, 2012

adik !!!



korang pernah tak encountered situasi
dimana ada orang yang lebih muda/kelihatan lebih muda
panggil anda "adik"

apa rasanya ?
happy!!
sbb rasa muda sikit
sentap!!
sbb rasa tak respect
atau dalam hati rasa
"dia nih perli aku ke?"

kalo aku..aku selalu akan tegur
saya dah tua
panggil saya kak lin

apapun panggilan orang
kalo betul orang nampak kita muda
ucap Alhamdulillah..
segala pujian bagi Allah
kalo nampak kita tua dari usia
still Alhamdulillah jugak
sbb orang nampak pembawakan kita matang dari usia

usia hanya angka
dan truly self reminder
kita selangkah lagi ke alam kubur
mati itu pasti
dan penambahan usia harus sejajar dgn ilmu,perbuatan & amalan

doa yang baik2
di permulaan buku baru
semoga mencari kesempatan dalam kesibukan
menambah ilmu agama,menambah amalan yang kurang,
mempercepatkan solat diawal waktu
bertaubat atas dosa2 lalu
dan istiqamah itu yang paling penting

ini antara blog paling selalu aku kunjungi
blog Prof Muhd Kamil
bahasanya ringkas,isinya padat
sentuhan kata2nya  kadang2 selalu buat bulu roma tegak berdiri
kadang2 mengalir air mata tanpa sedar

bulan 9 ni aku akan berganjak ke usia 33 tahun
banyak doa banyak impian
yang paling utama
adalah menjelaskan hutang waktu bersama anak2
atau mencari jawapan pada soalan kak ain
yang buat mama terduduk seketika

" kenapa mama orang lain boleh duduk rumah , mama ?"

sometimes the question doesn't have any good answer
she's my big girl
she's  in her exploration stage
and she has a right to ask !

may ALLAH show the right path
and guide us throughout the journey!!

ameeenn :(

05 July, 2012

Salam Nisfu Syaaban







hanya Allah yang maha mengetahui
samada buku amalan kita tahun lepas
buku amalan lebih berat @ sebaliknya
wallahhuallam bswb

menyorot tarikh permulaan ramadhan
rasanya tak sabar memulakannya
tahun nih excitednya lebih sikit
sebabnya tahun ini aku & lohkong
telah sepakat untuk train kak ain berpuasa secara berkala
tahun lepas haram dia tak mahu

tahun ni dari awal tahun lagi
aku dah briefing ttg puasa pada kak ain
sinced dia pon dok tgk memanjang upin-ipin
elok plak banyak episod raya- puasa tuh
so dia dah ada idea dalam kepala
yang puasa tuh tak boleh makan , mahupun minum

rasanya awal puasa nih
kami takkan balik ke Tganu
sepertimana tahun2 lepas
ketiadaan arwah ibu mertua buat semuanya jadi hambar!
dan aku pun xnak bertanya pada lohkong
takut tetiba dia rasa sedih plak
tak sanggup tgk!!

persiapan nak berpuasa
selain persiapan mental
kena twist sikit waktu tidor
kena train deria rasa / bau waktu pagi
ini utk persediaan menyediakan sahur utk family
almaklumlah setahun sekali aje bangun masak sahur kan?

persiapan fizikal
semoga Allah beri kesihatan yang baik
semoga gastrik tak mencari pasal
aku & lohkong sama2 penderita gastrik
tp spt tahun2 lepas- bila masuk shj Ramadhan
Allah permudahkan segalanya
jarang sangat terkena gastrik waktu bulan puasa
alhamdulillah!!

apapun salam Nisfu Syaaban
buat semua umat Islam yang membaca blog picisan ini
semoga kita beroleh berkat, hidayah dr Allah
semoga umur kita panjang sampai ke Ramadhan
moga2 ...amin..

28 February, 2012

mencari rezeki itu MUDAH , mencari BERKAT itu yang SUSAH :(

refer sini utk kupasan lebih baik

mulakan dgn questionnaire utk diri sendiri dahulu :-

pernah tak kita terlewat datang keja?
balik on time
+ pernah & selalu

pernah tak kita pergi keja tapi melangut ?
tak tau apa yang kita buat 8-9 jam tuh
+pernah

pernah tak kita mintak kawan2 tlg punchkan card kita?
sementelah kita masuk lewat
+ ini tak pernah sbb punch card guna id card masing2

pernah tak melama2kan lunch break, tea time & solat time?
dari sejam jadi 2 jam
+ aku pernah buat

pernah amik MC sbb cuti takde/tak mau gaji ditolak kerana NPL
+aku pernah buat

jadi mana nak datang berkat gajinya itu :(

memang bunyi macam remeh temeh
tapi itulah punca gaji tak berkat

bukan membuka pekung didada
tapi inilah realitinya

sebab itu selalu rasa baik berenti keja
cari rezeki halal dari rumah
x berhutang masa
x payah mengelat macam tuh sekali
x payah nak kira berapa hari cuti tinggal



rezeki yang berkat
selain dicari dari sumber yang Halal
perlaksanaannya harus betul, dilakukan dgn amanah
maka berkatlah ia

ini entry muhasabah diri
kena counter back dgn diri sendiri
betulkan apa yang tak betul

perbaiki niat pergi keja utk mencari rezeki yang halal
biar menyampah macammana pun dgn boss2
kena keja jugak betul2

kerana itulah sumber yang akan dibeli makan
bagi anak2 makan kat rumah
dan itulah yang akan menjadi darah daging membentuk akhlak anak2
masyaallah..

ya allah
permudahkanlah segalanya.
amin...

semoga berjaya mentarbiah diri sendiri sebelum mentarbiah anak2 ..doakan yea :)