Skip to main content

Salam Nisfu Syaaban







hanya Allah yang maha mengetahui
samada buku amalan kita tahun lepas
buku amalan lebih berat @ sebaliknya
wallahhuallam bswb

menyorot tarikh permulaan ramadhan
rasanya tak sabar memulakannya
tahun nih excitednya lebih sikit
sebabnya tahun ini aku & lohkong
telah sepakat untuk train kak ain berpuasa secara berkala
tahun lepas haram dia tak mahu

tahun ni dari awal tahun lagi
aku dah briefing ttg puasa pada kak ain
sinced dia pon dok tgk memanjang upin-ipin
elok plak banyak episod raya- puasa tuh
so dia dah ada idea dalam kepala
yang puasa tuh tak boleh makan , mahupun minum

rasanya awal puasa nih
kami takkan balik ke Tganu
sepertimana tahun2 lepas
ketiadaan arwah ibu mertua buat semuanya jadi hambar!
dan aku pun xnak bertanya pada lohkong
takut tetiba dia rasa sedih plak
tak sanggup tgk!!

persiapan nak berpuasa
selain persiapan mental
kena twist sikit waktu tidor
kena train deria rasa / bau waktu pagi
ini utk persediaan menyediakan sahur utk family
almaklumlah setahun sekali aje bangun masak sahur kan?

persiapan fizikal
semoga Allah beri kesihatan yang baik
semoga gastrik tak mencari pasal
aku & lohkong sama2 penderita gastrik
tp spt tahun2 lepas- bila masuk shj Ramadhan
Allah permudahkan segalanya
jarang sangat terkena gastrik waktu bulan puasa
alhamdulillah!!

apapun salam Nisfu Syaaban
buat semua umat Islam yang membaca blog picisan ini
semoga kita beroleh berkat, hidayah dr Allah
semoga umur kita panjang sampai ke Ramadhan
moga2 ...amin..

Comments

Imaan09 said…
insyaALLAH kak lin.. xsabar kan nk tgu ramadhan..
Dr K said…
salam nisfu syaaban..

yup, mari kita persiapkan diri utk ksambut Ramadan yg bakal menjelma
Salam Nisfu Sya'aban... semoga dipjgkan usia utk menikmati Ramadhan yg barakah...

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...