Skip to main content

10th Ramadhan

1st day Auni ke taska baru
pesanan aku pada new care taker tuh
mengalahkan hantar baby pas pantang
giler paranoid ..hahhaahh

pesanan paling wajib
+auni mandi air panas pagi2
+auni free diapers except on her nap time
+auni adalah penderita asthma(x ice,x peanuts )
+cara nak buat susu utk Auni

pagi nih bangun pukul 5am
siapkan makanan utk sahur
mujur semuanya tggu dipanaskan shj
bancuh teh seteko

lepas makan -- sambung tido balik sampai kul 6am
giler kelat mata
mmg tido lewat smlm
balik terawikh dr Masjid Sultan Mizan
dah pukul 1015pm
mengemas kain baju kanak2 -melipat kain baju sebakul
sedar2 dah pukul 11pm
mmg pantas masa berlalu
terus paksa mata utk tido

orang yang kenal aku
tahu yang aku nih mmg jenis tido awal
pukul 11pm tuh kira lewat sgt utk aku
muahahahahah!!

semalam lohkong telah bermurah hati
membelanja isteri terchinta barangan idamannya di IKEA
alhamdulillah..
dapat jugak island table yang kecik comel utk dapur cinonit itu
dan dapat jugak coffee table yang dok lama aim
barulah rasa semangat nak raya kan!!

thank you lalink
i lap you very much!!

after bonus rasanya nak g Ikea semula
nak beli karpet utk dining
sgt comel warna merah itu

apapun selamat berpuasa hari ke 10
alhamdulillah
setakat ini masih bertahan

* x tahu sampai pukul berapa Ain boleh bertahan puasa hari nih?

Comments

Ibu n Abah said…
Semuga taskabaru ni lebih baik dari yg dahulu...
Mmg sifat seorg ibu berpesan2 demi keselesaan dan keselamatan anaknya...
Dr Singa said…
ramai macam rumah terbuka tak kat ikea hari tu?

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...