Skip to main content

5 Ramadhan 1433H :(

stress !!

sebabnya tgk air macam xde kat rumah
tingkat atas langsung takde
air halus sgt alirannya sebelah bawah
kemungkinan besar paip luar yang bocor

dan sudah tentu kos membaiki melibatkan duit yang banyak
for sure budget will be burst out!!
+__+

bulan nih jugak masanya utk Auni bertukar taska
setelah aku baru shj discovered
memang rasa ralat sgt2!!
betapa kedekutnya taska itu
anak aku tak diberi breakfast setiap hari selama 7 bln lamanya
giler zalim!!
let say kalo anak aku balik lewat
no tea break for her -xde roti,xde biskut,xde mihun,xde cucur
macam taska lamanya di Ampang

padanlah tiap2 hari diorang lunch awal pukul 11am
dan tiap kali kalo aku tanyakan auni makan apa hr ni
dan Auni takkan ada jawapan lain selain NASI
budak kecik tak pandai menipu kan!!
kalo kat taska lama Ampang Indah
kalo aku tanya mesti dia sebut " bihun sup,nugget,coco crunch,roti telur"
ini semedang NASIK aje yang dia sebut
ini memang menyedihkan hati betul
since baru tahu 3 minggu ni & aku pun dah bayar utk July
dan tetiap hari mmg aku bekalkan auni breakfastnya
hari ni rezeki auni-mama goreng nasik
selalunya dia akan bawak koko-krunch & roti ke taska
sbb mama x smpt masak lain

so proceed tggl smp hjg bln nih
dan aku & lohkong bertekad utk tukarkan taskanya
as usual kos registration taska
agak mahal
inipun mujur owner taska tuh kira prorated start bulan 8-12
itupun dekat rm500
gulp*

apapun dua-dua tuh sama penting
anak & air
so bulan nih..masanya utk korek saving apa yang patut
kemujurannya kedua2nya jatuh pada bulan puasa
alhamdulillah..sejak bulan puasa
belanja kurang sikit dr biasa

apapun semoga Allah permudahkan
semoga dipermudahkan rezeki lain
semoga PM cepat2 umum bonus utk govt servant
moga2!!

amin...

Comments

indahhouse said…
Salam kak lyyn,
Sian auni. patutnya staf taska bertolak ansur dlm bab makan, sbb budak2 mana makan banyak sgt.

Masalah air bulan2 puasa ya, kak? Allah.. ujian. Doa banyak2 kak. Saya pun tak lepas berdoa, moga jauhkan kami dr bersedih dan berduka, juga dari bebanan hutang. Bab rumah ni mmg kosnya tinggi..

P/S: Saya ada baca kat sini cara nak kesan paip bocor. Saya pun tak try lagi: http://fatinibrahim.blogspot.com/2011/10/tips-la-sangat-paip-bocor.html
Ibu n Abah said…
Lynn..
Mmg tak patut taska buat mcmtu..
Sesengket2 pun.. Bglah biskut ker dan airmilo pun ok jugak...
Bgslah... Cari taska yg ambil berat kebajikan anak2bawah jagaannya...
Akak dgr pun hangin.
Byzura Mj (By) said…
cari jalan lain kak...akak bekalkan Auni biskut ke..pastu bekalkan air.

sian Auni tahan lapar :(
Eliss said…
aduhai kesiannya. ada pulak tak bg bfast kan. bagi koko krunch dengan susu pun x kan kedekut kalau kedekut sgt. teremo pulak. sian auni.
Zaila Mohamad said…
Lynn, kat rumah aku ni pon 2 hari takde air pii kat dapur tapi dalam toiet ada lagi..bila petang ada balik..

aku faham perasaan ko..memang kes nurseri kedekut ni takleh lari..macam nurseri anak2 aku r..sampai satu limit aku rasa akulah yang kena berhenti jaga sendiri anak2 aku..Alhamdulillah..makan xpernah putus budak2 ni..hahaha

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...