Pages

20 April, 2010

demam & antibiotik...

aku pening kepala
memikirkan kesihatan anakku si auni
auni baru aje turn to 8 month last sat
as usual
mmg dia akan demam setiap kali
beralih bulan

dan last sat 17/8
aku bagi ubat PROGESIC 250mg 2.5ml pada auni
pukul 5am
dan mintak papa repeat bg ubat kul 10am
sepatutnya bg kul 9am

aku lak keja sabtu lepas
keja pun 1/2 hati
teringatkan si kecilku dirumah tuh..

balik keja dlm kul 1.30pm
tgk onie panas lg
g lak umah mak amik si ain
pg dulu ke carrefour
belikan mesin basuh mak yg dh lama rosak tuh...
kesian lak kat mak..membasuh guna tgn
tutup mata..bayar jer lah..
so itulah besday present utk mak
next besday mak 8hb mei depan

balik dr umah mak
badan onie panas semula
aku hanya bg ubat demam yg dibekalkan oleh paed nya DR B.KISHORE
2ml every 4 hour
sponging as usual

sepanjang malam
aku x leh tido sgt
onie mmg demam panas
dia merengek macam biasa bila dia demam
memanjang nangis
aduiii...

so keesokkan
aku bwk g panel klinik ku
klinik idzham
sbbnya kalo nak jupe paednya mmg paednya off setiap hr ahad
smp jer..
doktor tgk kad onie
rekod memanjang demam..batuk
doktor membebel takleh blah.....

anak you ni kurang antibodi nih!!

anak sakit...
sapa yg mintak...
sapa yg suka anak sakit
sapa yg suka nak bwk anak memanjang ke klinik..ke hospital..
aku pon menyampah!!

anakku yg masih kecil
confirmler masih kurang antibodinya
dgn persekitaran skrg
dok tgh bandar
dok nursery lg
of course anakku terdedah kpd faktor persekitaran jugak

dan bila aku req antibiotik
sbb nampak sgt kalo bergantung pd ubat PCN semata2
onie hanya sejuk dlm 2 jam lepas makan ubat
dan akan panas mendadak selepas itu

doktor tuh membebel lagi..
katanya budak kalo bergantung pada antibiotik
dia mmg tak leh membina antibodi sendiri

yes...
aku x nafikan
tp kalo ler doktor tau
anakku si onie dah diberi antibiotik seawal umurnya 4 bulan
due to the hyper viral infection,acute bronchitis
dia warded 5 hr kat tawakal hospital

jd salah aku ke kalo aku req antibiotik?
sbbnya aku yakin onie perlukan bantuan antibiotik
untuk sembuh
disamping doa yg x putus2 dr mama & papanya

aku req antibiotik
ZITHROMAX sbgmana yg PAED auni prescribe dulu



membebel lagi...
katanya ZITHROMAX sejenis antibiotik paling kuat
tp bg aku
ubat tuh suit with onie
paed dia prescribe ubat tuh
2.5ml 1x sehari...malam sahaja

dlm membebel2 tuh
dia bg jugak ubat antibiotik
ntah apa nama...
katanya kuat jugak..
sbb onie dah terBIASA amik ubat yg kuat

dia bg jugak ubat flu & batuk
even onie lgsg x batuk
xde flu..
dan setau aku..
mana boleh doktor prescribe ubat flu
terutamanya pd baby bwh setahun
(wpun aku bukan doktor..aku dpt pengetahuan ini drpd paed ku)
nampak sgt money oriented
lgsg tak btggjwb...
aku campakkan aje...


mmg lepas makan ubat yg dia bg
badan onie tak panas dah
makin berpeluh
ok..

tp...................
onie cirit-birit pulak!!
hampeh!!!

mmg aku sgt MARAH..
MARAH SESANGAT...



cakap berdegar2
kata ubat yg aku req tu kuatler
x sesuai lah

tp ubat yg onie biasa amik
tak pnh pulak
buat smp dia cirit-birit macam tuh sekali...

so smlm aku EL
jaga onie dirumah
ptgnya by 4pm
aku g klinik semula
bgtau yg ubat antibiotik yg diorg prescribe buat onie cirit-birit
terdiam doktor..
simply2 jer tukar yg lain...

geramnya aku!!!
mmg aku bengang...
ingat anak aku tuh tikus ujikaji ker...

yes...aku bukan doktor
aku tak tau apa2 pasal ubat
tp aku hanya nak anak aku sihat
nak anak aku aktif macam selalu
bukan macam skrg
smp penuh rashes
kesian anakku...


apa itu antibiotik?

aku paste dicn

dr web:http://hkulim.moh.gov.m

> Apa itu antibiotik?


Antibiotik adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh kuman. Ubat ini amat penting dan penggunaannya dalam merawat penyakit banyak menyelamatkan nyawa. Penggunaan antibiotik juga membantu komplikasi penyakit berkurangan.

> Kanak-kanak dan antibiotik

Kini ramai ibu bapa bimbang dengan penggunaan antibiotik. Mereka bimbang penggunaan antibiotik akan menyebabkan imuniti kanak-kanak berkurangan. Sesetengah ibu bapa pula bimbang akan kesan sampingan antibiotik dan secara tidak langsung menimbulkan lebih banyak masalah kepada kanak-kanak.

Jarang sekali antibiotik akan menyebabkan masalah kepada kanak-kanak. Ini kerana ada kanak-kanak yang memerlukan antibiotik berminggu-minggu dan selepas penggunaan untuk tempoh itu, tidak pula timbul masalah. Apabila antibiotik digunakan, itu bermaksud ia perlu dan amat berguna dalam merawat penyakit kanak-kanak.

> Bakteria dan virus

Bukan semua jangkitan memerlukan antibiotik. Kebanyakan infeksi seperti batuk selesema atau cirit-birit tidak memerlukan penggunaan antibiotik. Penyakit seperti ini yang selalunya disebabkan virus lebih memerlukan daya ketahanan badan untuk membunuh virus berkenaan.

Bagaimanapun, bukan selalu kita dapat mengetahui sama ada penyakit itu disebabkan virus atau bakteria. Ini lebih ketara lagi jika ia membabitkan infeksi pada tekak (upper respiratory infection). Kelaziman kanak-kanak, apabila mereka sudah bergaul dengan kanak-kanak lain, mereka akan mengalami lebih kurang enam episod batuk dan selesema setahun.

> Bilakah antibiotik diperlukan?

Penggunaan antibiotik berbeza daripada seorang doktor dengan doktor lain. Jangka masa penyakit dan juga komplikasi yang timbul turut mempengaruhi penggunaan antibiotik. Kadangkala ujian darah akan membantu dalam menentukan keperluan penggunaan antibiotik.

> Antibiotik manakah yang diperlukan?

Ada pelbagai jenis antibiotik yang boleh dipilih. Sesetengahnya hanya berkesan untuk beberapa jenis bakteria. Ada juga antibiotik yang mempunyai kesan kepada pelbagai jenis bakteria (broad spectrum). Dalam rawatan antibiotik yang dipilih, sepatutnya ia berkesan kepada jenis kuman yang menyebabkan masalah.

Adalah penting menghabiskan semua ubat-ubatan antibiotik yang diberikan walaupun kanak-kanak yang sakit semakin pulih. Ini kerana bakteria itu mungkin tidak dihapuskan secara lengkap. Justeru, ia boleh menimbulkan jangkitan sekali lagi. Penggunaan antibiotik yang tidak lengkap juga boleh menyebabkan kuman menjadi kebal (resistant) kepada antibiotik yang digunakan.

> Kesan sampingan

Tidak ada jaminan yang ubat-ubatan tidak menimbulkan kesan sampingan, begitu juga dengan antibiotik. Bagaimanapun kesan sampingan yang buruk agak jarang berlaku. Cirit-birit adalah kesan sampingan yang kerap berlaku dengan antibiotik. Alahan kepada antibiotik tidak begitu kerap. Lazimnya, jika ada alahan akan menimbulkan ruam.


moral of the story

aku akan tetap nak bwk onie ke paednya

walaupun batuk sikit..flu sikit...still ke paed jugak!!

biar berhabis sekali pun

as long as dia sihat..dia ok..

drpd menyakitkan hati ke klinik panel yg HAMPEH!!

this thread is written due to the dissatisfaction

of GP services...

4 comments:

Nurul said...

Lin...it's so happen that my Farhan pun demam..and batuk kol kol jerk..mengalah org dewasa bunyinya... :) Not only Farhan, actually the brothers...Fariz,Farihin and Farhan..

Farhan pun PAED bekalkan zitromax like your Uni. Then kene minum sabuthamal(pelega)then..yg satu lagi tak ingat..tapi pahit .. Mula2 , me tak mau beri ubat..sbb cam kecik lagi kan Farhan tu..cekalkan gak hati tak mao beri sbb percaya susu ibu is the best..but the 2nd day tu cam tak tahan lah...mengalah gak..berilah Farhan zitromax...

LAILATUL AZLIN ABD LATIB @ LATIB said...

hai nurul..

mmglah kalo boleh tak mo baby makan antibiotik..tp sinced baby umur 4 bulan kena warded smp 5hr..x choice paed tpaksa on antibiotik..sinced that day wpun demam dia mmg perlukan bantuan antibiotik..tp sbg ibu kita x choice..nak dia cepat smbuh..

tp bila pengalaman ke klinik..menyakitkan hati..dah ler auni cirit-birit..sampai bengkak2 muka due to allergy.so semalam bwk auni ke paed di tawakal hospital...
biarlah berhabis..as long as dia sihat..

tq nurul..
for drop by!!

Lydia Amanda said...

hi,

certain ubat memang akan menyebabkan cirit birit and ruam bengkak2 mcm kene gigit nyamuk.. so after this just direct and refer doc yg da bese rawat anak u..
sebab ubat yg tak kene dengan darah kite bley menyebabkan sesak nafas..
this is based on my experience also..
so kanak2 lagi la kene jaga..
and u need to memorize the name of the medicine that was not suitable for your kids
anything just mention to the doc

LAILATUL AZLIN ABD LATIB @ LATIB said...

hi sweety amanda..

tq amanda...
next time mmg dah blacklist klinik tuh...
sakit jiwa betul!!
sabor jelah!!