Pages

18 June, 2013

19 minggu

Mengandung
Mmg tak boleh larik dr sakit sana-sini

Dari mabuk2
Pening2
Muntah
Heartburn
Gastrik
Kencing kotor
Cramping
Sengal badan
Sakit pinggang/belakang
Susah tido
Lesu
Pucat

And the list goes on
Never ending
Smplah sakit bersalin
Sakit lepas bersalin 
Pantang makan itu-ini
44 hari kalo ikut orang melayu kita

But still
Sbg ibu @ bakal ibu
Kita sanggup lalui itu semua
Demi nak melihat ank yang dikandung
Lahir dgn sihat

Sangguplah tetiap bulan
Tadah tangan amik darah
Kena yg senang amik darah takpe jugak
Kena kes yang 2-3 cucuk x jupe urat
Oittt sakit jugak!!
Blm lgk bab tadah telinga dgr nurse marah hb trn,bp tggi,berat trn,berat naik
Mcm menyanyi2 aje kat telinga
Minum air gula MGTT lagi horror
Tabik utk sumer ibu
Anda mmg bersemangat kental

Utk aku yang mgdg 19 mggu skrg
Muntah wajib setiap pagi
Masih benci aktiviti gosok gg
Byk bau2 yg aku masih x tahan lgk cth; sabun @ detergen
Dah mula sakit2 pinggang
Cramp jgn ckplah
Tido mmg makin ssh nak nyenyak
Asik terbangun tgh2 mlm
Apapun get used to it
Baby dah mula pandai menyepak
Bila2 tgh berehat/baring
Mmg rancak dia berpusing
Alolololoh!!

Next month ada 2 check up
Dan yang paling x sabar adalah detail scan utk 22 mggu
Tak sabar nak tgk gender baby 
Apapun selalu hubby pesan
Apapun rezeki kami kali nih
Ttp kena bersyukur byk2
Kalo perempuan lagi pun
Still bersyukur berbanding mereka yang masih belum ada rezeki baby

Doa yang baik2
Smg tabah mengharungi 1001 lagi cerita mengandung sehingga tiba masa utk melahirkannya

Sabar byk2!!


17 June, 2013

Papa & anak manjanya!


Si Auni sebenarnya manja aku
Yang menjadi manja si papa
Adalah kak ain
Mungkin sbb faktor dia anak sulung
Walau marah mcmmana pun papa pada kak ain kalo dia buat salah
At the end papa akan selalu mengalah dulu

Tapi rasanya semua ibubapa
Takkan membeza2kan kasih syg antara anak2
Dua-dua kami sayang
Dua-dua harta paling berharga kami

Baru2 nih papa jahitkan apron lukisan utk kak ain-guna waktu seni lukis kat sekolah
Adik nih tgk ajelah
Sian jugak
Selalu apa kakak ada
Mesti adik pon dpt yg sama

Hr nih papa amik Auni awal dr taska
Mengigih menjahit apron utk si Auni
Alololo
Sgt sweet kan!!

Utk papa,terima kasih jadi papa yang baik buat anak2 kita
Terima kasih atas segalanya
Kami syg papa sgt2!!

Wpun ianya kecil
Tapi usaha & tenaga papa
Mengembirakan anak dia nih
Buat hati mama sgt tersentuh!!

Selamat hari bapa
Hero kami



13 June, 2013

Vaksinasi & isu semasa



Seriously mmg tgh trending kot dlm forum ibu2 ,page kesihatan ibu & anak terutamanya

Aku ada join satu group dl Fb
Ttg kesihatan ibu & anak
Yea lah-mana tau ada info yg bguna yg boleh diguna dimasa hadapan
Lagi2 tgh mgdg nih kan
Banyak benda yg aku terlupa
Jadi aku percaya
Mencari ilmu itu tiada penghujungnya

Hari nih ada 1 isu hangat
Ttg pendirian seorang ibu yang refuse utk memberi vaksinasi berkala kepada bayinya even Bcg yg diberikan slps bayi baru lahir 
Dgn alasan keraguan kepada kandungan-halal/haramnya unsur vaksin tersebut utk diberi kpd bayi
Ada jugak yang ditokok tambah yg mgatakan memberi vaksinasi itu amalan masyarakat barat-x islamik /tiada keperluan disitu

Trust me
Ramai ibu yang mempunyai pendapat yang sama
Semuanya atas dasar mahukan yang terbaik utk ank mereka
Yea,siapa tak mahu yang terbaik utk anak yg penat kita kandung kan?

Baru2 nih majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa vaksin Rotavirus kedua2 jenisnya terbukti mempunyai Dna bab*
Jadi haram hukumnya
Tetapi diberi kelonggaran utk mengambilnya sekiranya bayi berada di kawasan terancam dgn wabak AGE tersebut.
Sekiranya tidak ada ancaman-semoleknya bayi tersebut dijaga tahap kebersihannya serba-serbi
Ini mmg jelas lagi bersuluh

Aku takdelah kata apa yg ibu2 nih buat adalah tak betul
Aku hormat pendirian masing2
Cuma aku rasa kan baik jika tidak mendengar @ menjatuhkan konklusi tanpa penyelidikan rapi
Yg mjadi mangsa bayi itu sendiri

Sekarang mungkin boleh mendabik dada
Anak saya so far ok wpun tanpa vaksinasi
Esok-lusa siapa tahu?
Kita tak tahu kan!!

Mencegah lebih baik daripada merawat
Dan aku tetap dgn pendirian aku
Memberikan perlindungan asas kepada anak aku selama mana aku mampu dan ianya bermula dgn vaksinasi berkala
Selama mana tiada pengeluaran fatwa halal/haram-aku berpegang pada yang itu shj.
Hanya itu.

Ada seorang doktor keluarkan pendapat dlm page tersebut
Namanya aku rahsiakan yea

"Kalau dok kira sgt halal/haram -kandungan yang meragukan dlm vaksin tersebut-rasanya ibu2 kena mula memikirkan utk bersalin di rumah tanpa dadah-kerana sewaktu bersalin macam2 ubat yang akan disuntik ke tubuh badan ibu-cth: ubat mengecutkan rahim-ubat bius utk hilangkan sakit ketika dijahit luka perineum,epidural"

Ubat2 ini juga tiada tanda halal & mungkin jugak meragukan kandungannya!!

See the point of it?

Susah kan kalo masing2 tak terbuka-mata
Masing2 anggap mereka yang terbaik

Ini pendapat peribadi
Tak mewakili mana2 pihak pun

Bagi aku -doktor merupakan rujukan utama utk segala isu kesihatan
Kedua-sumber2 dlm internet
Ketiga-pengalaman sendiri

Doktor nih telah dididik bertahun lamanya utk menjadi seorang doktor
Jadi wajarlah mengikut nasihat mereka & merujuk pada yang pakar
Aku bukan anti perubatan alternatif
Tapi bagi aku kita usaha setakat mana kita mampu
Selebihnya kita tadah tangan tawakal pada Allah


Jgn dipolitikkan entri nih
Ini pendapat peribadi
Dan tak mewakili sesiapa pon

Hormati perbezaan pendapat
Dan berusaha mencari titik keseimbangan setiap segi

Peace no war!!









Berita buruk

Ada sesiapa yg terbaca entry sblm nih
Kes terpencil?

Follow upnya:-

Suami kepada kawan baikku
Dah selamat di bedah kepalanya
Ada tumor membesar tanpa sedar 
Tiada sign lgsg
Alih2 urgency operation di HUKM

Dan smlm aku diberitahu ttg result analisis tumor tersebut
Terduduk aku membacanya
Apatah lagi kawanku itu

Barah tahap 4
Tumor yg sgt aktif

Suaminya muda lagi
Mungkin dlm 37 tahun
Anak 3 orang
Yang bongsu baru 5 tahun

Cancer is silent killer
Kita takkan tau kita ada kanser sehingga keadaan telah teruk
Kalau mereka yang tau lebih awal
Itu antara mereka yg bertuah

Mcm kanser payudara 
Kita boleh buat pemeriksaan berkala
Tp kanser otak?
Bukannya kita ada ct scan machine kat rumah kannnnn??
Wallahuallam!!

Aku tumpang bersedih
Dan berdoa smg sahabat ini kuat melalui fasa dugaan yang sgt hebat ini

Hanya usaha & tawakal yg kita ada
Selebihnya terletak atas kuasa Allah swt shj
Dia yang maha mengetahui
Sebaik2 perancangan hanya drNya

Utk kita yang mungkin rasa kita sihat
Jgn amik ringan kalo kerap sakit kepala
Jgn simply telan ubat
Let say berlarutan 6 bln lamanya
Get a details check up!!plsssss!!
We never know!!

Kanser menyerang tak kira usia,bangsa @ darjat
Dan selalunya kanser berkait rapat dgn lifestyle kita
Pemakanan kita
Genetik
Dan macam2 faktor lagi yg banyak dibahaskan oleh para oncologist!!

Mmg semua orang akan mati
Itu hukum Alam
Tp biarlah kita beringat sblm kena

Utk kak ayu & abg zamri
Berjuanglah sehabis daya
Demi anak2!!
Kami selalu mendoakan yang terbaik buat kalian


Aku pernah berhadapan dgn ajal arwah bapa mertua
Kerana kanser prostat tahap 4
Sakitnya melihat
Apatah lagik yang menanggung

Al Fatihah utk tok ayah





12 June, 2013

Restoran Upin Ipin

Rasanya 2 mggu lepas
Pg makan kat sini
Bawak kanak2
Area tasik permaisuri

Adoikhhhh!!!
Tgh tido pun si kecik tuh bgn
Sbb upin-ipin punya pasal

Mmg kesukaan anak2lah
Anak2 dah naik hafal tetiap episod 
Sbb rajin sgt streaming you tube 

Makanan-biasa2 jer
Rega standardlah-x mhl,x kurang
Food taste-biasa jugak

Tp utk kanak2
Ini syurga mereka!!
Seronok tgk bdk2 nih excited

Sekali sekala bolehlah dtg melayan kanak2
Tak sedap pon makan beria
Sbb suker py pasal!!

Haaaaaiiiiler anakkkkk!!