Pages

03 July, 2012

Auni vs Asthma

semalam aku ber EL
bawak auni jupe paednya di Tawakal Hospital
setelah agak lama aku lalai mengikut follow up yang dijanjikan
sila maki aku !!

sejak berpindah ke rumah sekarang
jarak jadi faktor utama nak ke situ
so konon2 nak cari paed lain
di Colombia Asia

malangnya--x de yang sesuai dgn Auni
dan susah jugak sekiranya medical history takde
so paed yang ada
mostly teragak2 tertanya2
what kind of medication yang Auni amik

antara soalan paed CAH
yang buat aku terpinga2..
"does she on ventolin syrup ?"
aku rasa auni on terbutalyne syrup--bukan adik beradik ke?
"when she's been diagnosed to intolerate to penincilin?
"what kind of test that has been runned for her food allergy"
auni has +ve allergy to nuts-- even G6PD was normal

dan utk orang yang bukan ada medical background macam aku
agak terkial2 utk bagitau paed apa ubat yg auni amik
dan semuanya jadi susah utk paed baru
sekiranya informasi yang aku bagi itu tidak tepat

jadi utk mengelakkan kekeliruan
dan buang masa- so aku kembali ke Tawakal Hospital
dan ini sebenarnya lebih mudah dr apa yang aku lalui di CAH

kat Tawakal- rekod auni setebal buku Add Maths tingkatan 4-5 kot
sejak usianya 4 bulan dia dah berkampung di Tawakal
under paed yang sama
dah tentu macam anak buat paed
even semalam jupe- paed sgt seronok tgk Auni yang chubby sekarang ni
sampai paed cakap--wow, you really put on weight yea?

seronok bila kembali pada orang yang pakar
so kita pun x terkial2 bertanya
semuanya dia bagitau

kesimpulannya
auni masih kena on flixotide 2x sehari
masih kena pakai ventolin on needed

dan dalam tempoh sebulan perlu datang untuk follow up semula
so bulan posa 4/8 akan datang
sila ingatkan mama utk bawak auni jupe paed semula yea!

sekarang tgh tercari2
mana nak beli aerochamber mask yang murah2
even paed bagitau dkt hospital ratenya agak mahal

ada sapa2 misi yang terbaca blog nih?
kot ler tolong adjust belikan aerochamber
sbb dgr kata gomen punya rate baru rm70
compare to Tawakal rega beratus

bukan niat nak berkira
tapi kalo ada option yang lebih murah
bolehler save sikit kan?
sebab kos utk follow up Auni tetiap bulan mmg boleh tahan reganya
dan ini mmg termasuk dalam kos belanjawan bulanan skrg

tq in advance
for those yang memberi info
sebab perlu sangat diganti aerochamber auni yang sekarang ni..
dah x berapa nak elok

huhuhuhu!!!

9 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

mmg susah nak carik paed yg betul2 serasi ..kalau hosp. private mmg mencekik darah ... aerochamber yg had kuning tu kan .. rasanya mmg below RM100 ..hosp. private mahal

Daddy Ziyyad said...

U boleh aja kalau nak follow up kat CAH tu..jumpa pakar kat Tawakal, mintak dia buatkan satu summary patient( history, medical history, all the test done), then bawa summary to ke CAH..kira transfer case lah....Tawakal PATUTNYA buat benda ni bila patient request sebab u BAYAR mereka.

Terbutaline tu bukan Ventolin. Ventolin ialah Salbutamol. Walaubagaimanapun, kedua dua terbutaline & ventolin(salbutamol) ialah beta agonist, yakni ubat yang sama fungsinya utk lega kan acute attack of asthma..

Memang mahal lah kalau nak beli aerochamber kat private hospital. Cheaper option, u cari kat farmasi luar(payah sikit nak jumpa), or dekat mana mana medical supply company(boleh dpt murah).

Make sure follow up on steroid inhaler(macam Flixotide yg anak u ambil) tu dibuat..sebab we put patient on steroid inhaler for a certain period of time, to prevent future attack..selalunya saya bagi patient saya ambil ~ 3-4 months, max 6 months...kalau dah attack free lama/well controlled asthma, boleh stop flixotide tu...sebab saya dpt few cases yg mana specialist keep on put the children on steroid inhaler ni, for years!!..Padahal budak tu punya asthma control dah cantik, Tu sebab as a parents/patient, kena keep 'asthma diary'..jot down bila kena attack, how strong each attack..so senang nak determine bila perlu stop steroid inhaler.

mummY daniSha said...

lynn,sy pun pengidap asma sejak kecik...sy memang guna ventolin...kalau teruk nebulizer....slain rawatan dr,apa kata lynn cuba rawatan tradisional mcm madu ke...hati unta ke...habatuss sauda ke......

hehe..cume bg cadangan sebab ubat2 an dr mcm steroid agak x berapa elok sebab kalau dah pakai akan bergantung...sebolehnya sy memang elak steroid..

littlehumblelynn said...

Nurul diana,

mmg ssh nk jupe yg lain kalo dh serasi dgn 1 doktor.alhamdulillah .dh dpt beli aerochamber pd rega rm75.dr hospital.

littlehumblelynn said...

Drdaddy,

tq for this information.
Mula2 nk buat mcm tuh jgk,tp disebabkan prosedur CAH dlm menguruskan kebanjiran patient under paed yg x mengalakkan walk in patient ,itu yg buat tawar ht.nk kena buat appointment bagai,even kita perlu jupe paed urgently mcm kes 2 bln lps.itu yg buat serik tuh.

Auni on flixotide lgk sbb asthma still uncontrollable & paed nk jupe semula bulan dpn.hopefully x kn bergantung lama dgn ia.

Tq for advice.sy rasa beruntung kenal doktor melalui alam maya nih.tq again.

littlehumblelynn said...

Mummy danisha,

sy x pernah cuba lgk .mgkn akn cuba nanti.sbb sy tau kalo bg madu,bkn semua bdk boleh adapt dn dpt result yg sama.lgpun she on medication,dgr kata kalo amik ubat xleh berselang dgn madu.itu yg buat rasa ssh.

Apapun tq for advice.

Skrg nih tgh cuba utk go for other option dulu.

Tq again

secangkir madu merah said...

Ramadhan semakin dekat moga2 lynn dan famili sehat ya..

Lina said...

hi,
i ada aerochamber yg kuning tu. i nak let go at RM50 je sbb xguna pun. if ur interested to purchase, do email me at fadzlina.azmi@gmail.com.

zailamohamad said...

haziq aku pon ada aero chamber tu tapi entah hilang ke mana dah..

Alhamdulillah athma dia sekarang dah terkawal..kalau teruk aku g amik nebulizer & makan ubat sirap ventolin & pecah kahak..tapi paed kesukaan kami sudah tentulah Dr. Amdan dr Klinik Adek dekat Seksyen 9 tu