Skip to main content

my SIAKAP STEAM LEMON version :))


setelah meroyan teringatkan 
siakap steam lemon kat KB
ini sumer si husna punya pasal 

so misi mengoogle resepi
tp mula2 tuh pening jugak
banyak version masak menda alah nih

so as usual
bab mengelat no wahid
so aku adjust sesuka hati aku
so x berani nak bagi kredit pada sapa2 sbb ntah2 apa yang aku campakkan

so misi bermula dgn ke pasar borong Equin
wah..kalo dok sini..tgk ikan fresh2 boleh sawan 2-3 jam
kena pulak dgn orang suka makan ikan nih
ikan siakap fresh- baru rm10 seekor

setelah selesai misi memborong
balik rumah..perkara pertama menyiang ikan & membersihkan ikan 
dan mulakan operasi menstim ikan..

ini step paling sempoi :-

ikan yang dah bersih- lumur dgn garam & lemon

bawang putih tumbuk- serai, halia cili padi ,daun limau diracik & sos tiram- tumis bersama secawan air..perasakan ikut citarasa masing2!!

keluarkan ikan yang dah distim tadi-siram dgn bahan2 tumis tadi,hiris daun ketumbar  & masuk semula dalam steamer -stimkan balik dlm 5 minit..

siap!!boleh telan dalam kadar segera
aku memang tak pandai masak
tp suka nak mencuba
selagi x cuba mana kita tahu kan!!

rasanya ..ikut tekak aku & family
oklah...sedap!!
habis licin-licau jugak!!

tapi nak bagi orang makan..
x berani lagik!!

so utk mereka yang teringin nak mencuba
tak salah mencuba
menambah ilmu kulinari kekdahnya kan??

selamat mencuba!!!


Comments

Dr Singa said…
healthy maaa...
:)

no kolesterol
Zaila Mohamad said…
aku pon kalau masak stim main campak2 je..setakat nak makan kita anak beranak..hehehe

terliur weh
Syahada Ahmad said…
sha smalam baru order steamer dalam katalog. Dulu masak stim dalam kuali, kreatif di situ. hehe

tp lepas ni dh ade steamer boleh la berangan masak stim selalu. (dalam mimpi).

Jangan stakat rajin membeli sudah.
Imaan09 said…
akan kucubaaa..

Popular posts from this blog

Syurga itu MAHAL ye?

Mak dah kembali ke rumah ku Dah sampai giliran aku menjaga dia Aku as usual,rutin sedia ada memang sama Masih memasak,menguruskan kain baju,melayan anak2 terutamanya Affan yang masih belum mampu berdikari-sumer masih harapkan mama atau papanya yang uruskan. Dan semalam bertambah lg satu tugas rasmi Menjaga ibu yang uzur-dementia + tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Setakat ini-selain mengelolakan ubat2nya,kena make sure dia makan dengan teratur,salinkan diaper dia,mandikan dia selang sehari dan uruskan dia dengan wuduk diatas katil.Positioning katil mengadap kiblat & yang paling penting make sure dia tak overthinking,Kita nak elakkan bp dia naik mencanak. Secara peribadi-menjaga mak yang tidak boleh berjalan tak sesusah melayan dia yang sedia ada DEMENTIA. Jadi sedikit kesusahan sebab dia LUPA dia tak boleh bergerak sebenarnya. Susah sebab dia asyik nak turun katil sebab dia kata dia bukan OKU-dia masih boleh bergerak ke sana-ke mari.Sedangkan sebenarnya dia yang LUPA serba serbi....

Proses pembelian rumah 2nd hand -sekadar perkongsian pengalaman :-)

ramai yang bertanya thru email ttg prosedur pembelian rumah terpakai secondhand sebagaimana rumah yang berjaya aku beli tahun lepas so aku rasa baik aku kongsikan shj dkt blog ni so boleh baca puas2 nak baca -reply on the dot mmg x sempat lalink ! aku & hubby rasanya amik masa dlm 6 bulan utk house hunting mula2 kami tentukan bajet utk beli rumah macam kitorang--kitorang fixed bawah 250k setelah mengira2 kedudukan liability lain cari landed house- dah jenuh dok rumah tinggi2 nih x kira single/double dan mmg mencari rumah 2nd hand jerk then baru tentukan kawasan mana kami nak survey dah tentukan tempat baru start proses survey masa survey tuh segala jenis website kitorang hadap daripada property agent sampailah ke mudah.my cari jugak thru paper/yang tampal dkt traffic light pun bantai amik jugak dan kitorang jugak terus survey sendiri di kawasan perumahan amik no telepon yang diorang tampal dpn rumah call sendiri owner/ agent rumah yang aku berjaya beli ni...

46TAHUN & masih disini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah swt dipanjangkan lagi usia ke tanggal 46 tahun pada 17/9/25 yang lepas. Tiada yang menarik pun ,disambut biasa2 dirumah bersama anak2.Birthday girl xleh kemana2,menjaga mak sakit dirumah kekdahnya.Dapatlah hadiah jam baru dari en papa & tumbler baru dari anak2.Hadiah kek sebiji dari adik.Jadilah sambut besday gaya orang tua kan. Diusia ini,dengan mak yang masih ada.Bukan semua orang ada peluang yang sama.Mak walaupun uzur,dalam keterlupaan dia sepanjang masa-tetaplah terasa bersyukurlah sgt2,mak masih ada dihari lahir yang ke46 ini.Tak tau tahun depan mak masih ada bersama atau tak?Membayangkan sahaja dah merembes airmata. Sungguhlah masa takkan menunggu kita.Macam baru terasa berlalu musim SPM 1996-bekerja sambilan di McD Bukit Bintang.Melayan gelora cinta monyet pertama.Sungguhlah..sedar2 hari ini aku ibu kepada 4 cahayamata.Ntah2 setahun dua lagi dah punya menantu. Hidup aku takde warna warni kelip2 pun,ttp anak2 yang lahir dari rahimku telah...