Pages

11 July, 2012

Auni Irdina -get well soon sayang!

sayang dua beradik nih sgt2 !!

bercuti lagik hari nih
cuti kecemasan
bunyinya macam tak berapa nak best!!

cuti kali nih
as usual bila melibatkan kesihatan si Auni
mahu atau tak -tetap kena cuti
sebabnya aku tak percaya taska 
bila tiba bab2 nak bagi Auni makan ubat
semalam dia mula batuk2
dan start lelah semula
g jupe GP- sudah wheezing
amik neb bagai-ubat sebeban

dan malam tadi si Auni demam
cranky yaa ampun!!

episod muntah-nangis-muntah-nangis
macam biasa sgt2
batuk kokol non stop
dia sendiri dah pandai pakai aerochamber dia
pakai ventolin -sedut flixotide sendiri 

pagi nih...sms en boss
mujurlah boss aku yang nih
banyak betul tolerate dgn aku
dia pun selalu bertanyakan progress kesihatan Auni
alhamdulillah...Allah permudahkan bab itu

pagi2 tadi bangun
mengadap segala ubat2 si Auni
buat mihun sup utk dia & kak ain
hadap sampai tengahari nih
sbb x larat nak masak nasi bagai
aku pun turut batuk2 skrg nih!!
musim panas-sejuk skrg kan..dok bantai Chatime plak semalam.
memang makin melarat rasanya!

progress takat tengahari nih
nampak ok sikit..demam dah xde
cuma tiap kali dia berbaring-- batuk non stop
kesian si kecik yang x sampai 3 tahun nih lagik!!

harapnya penyakit lelah Auni
x melarat sampai dia besar
mama doa semoga Auni jadi anak yang kuat
jadi anak yang solehah
dan kebanggaan mama & papa nanti!!

semoga suatu hari nanti Auni tahu
betapa susahnya hati mama bila Auni mula sakit
dan mama takkan putus berusaha cari penawar sakit Auni

biarlah orang nak kata apa
anak mama sakit memanjang
biarlah 1001 orang bertanya
mama x kan jawab dah
mama akan senyum shj

dah x larat nak dengar orang bertanya
bunyinya macam concerned
tapi sgt sinis di telinga mama
they know nothing about our journey have gone through before!!!

kamu memang anak mama yang paling bertuah!!

semoga nanti mama & papa boleh tumpang Tuah kamu

insyaallah :))


5 comments:

kakcik said...

Orang kata kalau masa kecik kena athma, InsyaAllah tak melarat sampai dewasa (mungkin benar, sebab anak2 kakcik yang kena athma waktu kecil, sekarang dah ok).

Kakcik kena serangan athma si usia kakcik 17 tahun dan sehingga kini, kakcik kena pastikan bekalan ventolin sentiasa ada.

Mudah2an kesihatan Auni akan baik sepenuhnya dengan segera. InsyaAllah.

Imaan09 said...

get well soon dear Auni..

gadisBunga™ said...

get well soon auni...

akak...pedulikan aje orang lain. depa tak duduk dalam kasut kita..

zailamohamad said...

bertabahlah wahai kawan!
besar pahala jaga anak sakit tu

Ibu n Abah said...

Lynn..
Insya'Allah...
semakin Auni dewasa, akan bertambah baiklah asthmanya..
cumanya kena elak dari membela kucing, carpet yang berhabuk...
semuga Auni segera sembuh...