wikipedia :-
Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.
hukumnya WAJIB
kalo terlupa tentang nazar kita :-
1-Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
2-Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3-Memerdekakan seorang hamba
4-Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama tiga hari.
makanya kalo kita terlupa tentang nazar yang pernah kita niatkan
jadi kena buat ikut turutan :-
kalo x mampu bagi 10 orang miskin makan (makanan yang biasa kita makan sehari2)- proceed bagi pakaian kpd 10 org2 miskin -kalo still tak mampu- bebaskan seorang hamba ( mana pulak nak cari hamba zaman sekarang nih kan ) jika ketiga2 kita tak mampu buat - maka BERPUASAlah kita 3 hari berturut2
jadi jangan suka2 BERNAZAR
kalo tak mampu nak pikul tanggungjawabnya nanti
Surah AL MAIDAH ayat 89
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.
-peringatan untuk diri sendiri sebenarnya-
salam pagi Jumaat
selamat bercuti panjang kawan2
insyaallah, esok akan ke Kuantan
utk wedding BFF
:)) |
No comments:
Post a Comment