Pages

21 January, 2013

PERCUMA konon2 !!

RM100 seorang katanya!!

kalo dulu
mak -pak kita still struggled
nak sekolahkan anak2
yuran kena bayar
buku sekolah tetap beli
ada pulak skim pinjaman buku teks & bukan semua layak pulak tuh
yuran periksa pun kena bayar jugak
tak pernah lagik tak bertukar baju sekolah saban tahun
tetap jugak merasa pakai kasut, beg sekolah baru

tak ada yang percuma dulu
mungkin dulu kerajaan tak mampu
nak sediakan pendidikan percuma utk kita

tapi sebab kesedaran mak-pak kita
yang ilmu itu boleh beli segunung emas
mereka tetap bersusah payah - simpan dari awal tahun dikit2
misi mensekolahkan kita sebaik mungkin
biar berilmu bukan jadi kutu

sekarang sumer serba mudah
sumer percuma
yuran percuma
buku teks percuma- tak kira ko kaya @ tak
yuran peperiksaan dah lama mansuh
dapat lagi duit percuma kerajaan bagi RM100 duit belanja sekolah kekdahnya
dok counter- offer lagik masa mesyuarat PIBG
bila nak wat penetapan yuran PIBG yang wajib dibayar
utk setiap murid/keluarga
kalo kena bayar RM50- melenting macam nak terbang kerusi-meja
RM50 setahun jer kot
ada sekolah yang budiman
mengamalkan jika ada 2 beradik dalam 1 sekolah
ibubapa hanya bayar RM50 shj

aku pernah diberitahu
fund PIBG sekolah cina
menjangkau juta2 jumlahnya

sebab apa?
sebab orang Cina nih tahu
diorang invest untuk masa depan anak2 mereka
menyediakan prasarana yang sempurna
malah lebih baik daripada yang ada
kelas ada aircond ok!
utk siapa , kalo tak untuk anak2 masing
sebab tuh jangan terkejut bila masuk sekolah cina
prasarana mereka mmg tip top
saban tahun tambah bangunan baru

yang menjadi mangsa atas segala PERCUMA nih
adalah guru2 sebenarnya
mereka terpaksa keluarkan duit gaji masing2
pg fotostat apa2 yang patut
beli plastik sampah kelas pun guna duit cikgu yea
kuar duit beli peralatan utk anak2 murid
beli itu & ini-kos yang ibubapa lain tak nampak
beli cartridge printer yang bukan murah reganya
sebab printer kat sekolah adanya mungkin 2 bijik
nak guna - queuenya panjang berjela
belum lagi bab anak murid takde buku tulis
cikgu2 kuar duit tolong beli
supaya anak murid tuh ada buku nak menulis

kamu-kamu-kamu
tahu berapa gaji guru ?
starting at RM1916++ utk DG41
takde overtime wpun sokmo keja lebih masa
nak hidup dgn anak bini
menyewa bagai- kuarters guru kat KL - bercinta nak dapat ok!
bayar kereta itu - ini
berapa yang tinggal untuk bernafas sampai tggu gaji bulan depan pulak?

sebab itu pendidikan yang serba percuma ini
aku rasakan tidak wajar
kalo kebanyakannya membebankan pada pihak guru2/sekolah sendiri
utk cikgu2 pasti tahu
berapa sangat allocation kerajaan utk setiap sekolah
selebihnya sekolah kena cari sendiri
itulah datangnya acara WALKATHON,MARATHON
jumble sale itu - ini
jual t-shirt sekolah- mark up rega rm1 sehelai
jual name tag anak2- mark up 0.50sen
inilah funding utk anak2 kita guna nanti

kadang2 kita dok bertepuk-tangan dgr pengumuman
percuma itu & ini

realitinya hanya segelintir pihak shj yang tahu

saya menyokong 100% pendidikan percuma
jika kena pada tempat & caranya

-ramai ibubapa beratur amik wang pendahuluan belanja sekolah RM100 hari nih..rasa2 ramai tak muka2 yang sama berasak2 ke mesyuarat PIBG nanti, takpun masa collect Report Card anak2 ?

we'll see

moral of my rambling

aku bekerja utk masa depan anak2ku, apa shj yang perlu utk pendidikan mereka-sila jangan BERKIRA itu & ini..

cikgu2 kat Msia

terima kasih banyak2
anda memang berjasa dunia & akhirat
semoga Allah yang dapat membalas jasa kalian kelak










dulu apa pun takde !

12 comments:

Suliana said...

setuju sgt.. :-)

Nor Akma said...

thumbs up.. ;)

Imaan09 said...

yess.. adik ipar saya cegu.. memang sokmo g belanja barang alat tulis.. sbb dia kata anak murid dia kadang pensel tadak.. buku tadak..pemadam tadak.. misinya nak ngajar English.. dah tu, menda basic pun xsetel, cemana? kesian..

zailamohamad said...

sekolah anak aku buku teks semua kena beli sendiri, bantuan RM100 pon tak dapek..hehehe

gadisBunga™ said...

hmm...

orang yang nak minta itu ini secara percuma tu tak pernah tau situasi...

Ibu n Abah said...

benar tu..
sekolah cina memang prasarananya tip top..
berkali2 akak dok cari nama blog ni..
ingatkan cikgu punya blog.. ekekekeke
sangat detailed
bagus u huraikan satu persatu..
banyak mak2 yang tak perasan ini..(akaklah tu...)
mesyuarat PIBG ni kami takda pulak.. bukan sengaja takmo pergi..

littlehumblelynn said...

Su,

untold story :(

littlehumblelynn said...

Lea,

Kesian cikgu2 nih,duit hbs utk ank murid semedang.kdg2 ibubapa x peka soal kecil2 mcm nih

littlehumblelynn said...

Ank mu kan sek swasta mek !!!

littlehumblelynn said...

Gb

They know nothing

littlehumblelynn said...

K.Rahmah

Terpanggil nk kupas isu nih,sy phm sgt dgn dilema cikgu2!!kesian cikgu2 nih

littlehumblelynn said...

Akma

:))