Pages

31 January, 2013

Polisi Rumah Mampu Milik- luahan hati rakyat biasa!



PRU syndrome- comparison between PR/BN ..sigh!

rumah mampu milik
memang ada ler nampak kerajaan tgh fokus ttg itu
tapi tak praktikal

Lokasi
Nilai
Sabak Bernam
Sepang
Kuala Selangor
Jenjarom
Rawang
Seremban

kosnya anggaran RM50K-RM100K

pemilihannya ketat
memang khas dibina utk orang2 yang kurang berkemampuan atau kroni2 tertentu

tetapi....
dgn pengiraan kos jarak dgn tempat kerja yang jauh
kalo pukul rata
ramai govt servant yang kerja kat Putrajaya nak beli
tak ke haru tuh?
belum kira kos nak bayar tol kat konsesi lagik

takkan nak berenti keja
nak cari keja dkt tempat area rumah baru nak beli tuh
kena pulak tempat baru bukak
tempat jin bertendang

langsung tak praktikal!!

binalah berjuta unit rumah mampu milik pun
kalo faktor2 asas nih tak di telek betul2
tak payah nak tuding jari
polisi BN lebih baik dari PR
tak guna banding itu & ini
yang merana rakyat kat bawah nih..

kerajaan yang memerintah
mungkin kena mula polisi baru
penetapan harga rumah baru/subsale
ikut logik kawasan
dimana rakyat marhaen nih ada kuasa membeli
ini beli rumah 5 tahun lepas rega RM200K
elok owner nak jual jadi RM650K
this is truly ridiculous!

aku taknak bicara soal bisnes hartanah
tetapi kenaikan mendadak tanpa ada garis panduan
kerajaan memang kena telek satu-persatu
kalo perlu ada harga kawalan
ceiling/floor price- buatlah!
apa salahnya kan?

developer pun skrg main kotor
area rumah Amanputra
pakat naik sumer rumah 3 tgkt -terrace house jerk
tp siap swimming pool bagai kat tgkt atas
pakat letak harga paling bodoh RM750K

developer langsung tak pikir nak bina rumah kos rendah
dok pikir untung juta2
at least single storey house
double storey house
yang rakyat biasa mampu
letakler rega RM150K-RM260K
rakyat biasa yang bekerja dgn purata gaji RM4k suami-isteri
ini masih kategori mampu ..kalo mortgage repayment baru RM900-RM1K

sbg rakyat biasa
yang ada sedikit ruang utk speak up wpun kat blog sendiri
kerajaan kena main peranan yang bukan sedikit

-set ceiling/floor price for house ( new/subsale)
-buat guideline pada developer2 - bahawa mereka wajib membangunkan kawasan perumahan mampu milik selain sibuk membina perumahan status co-ELIT di tgh2 bandar nih..
-kawalan harga kenaikan bahan binaan
-standardised interest rate - impose lower rate utk property loan..
-permudahkanlah birokrasi nak beli rumah nih, jenuh kami nih nak hadap birokrasi yang bukan sedikit..letihlah!

Rumah ini merupakan keperluan asas
kalo ini pun kerajaan tak mampu nak provide kepada rakyat jelata
apatah lagi yang lain

rakyat tak mintak rebate beli handphone canggih
rakyat tak mintak duit belanja sekolah RM100

reasonablelah sikit tuan PM!!

siapa pun yang bakal memerintah kelak
bukan isunya
asalkan boleh buat kerja
do something for people
jujur, telus & amanah
adil & saksama

*baru berangan nak invest beli 2nd house,tp kena pikir panjang2 dulu.






2 comments:

Daddy Ziyyad said...

PM mana nak nampak...dengar nasihat dari Tuan penasihat yg tak boleh pakai...bini dia sendiri pun beli cincin yg harganya lebih mahal dari harga rumah kita!

gadisBunga™ said...

huh. rumah saya kategori reasonable tapi mmg kat kawasan jin bertendang la. sudahnya tak duduk pun.

ni kat are jb, nusa idaman...umah dah mula naik 1.5mil ke atas.

memang jadi mainan orang singapore je laaaa~