![]() |
step by step of my chicken rendang |
Rendang Ayam Pedas
Ini sahaja kot
yang boleh self claim
sebagai my one & only MASTERPIECE
bagi aku
masak rendanglah yang paling senang
segala benda kena blend
segala benda campur sekali harung
tunggu kering
sedap asam-garamnya
taraaa siap!
meh aku tepek resepi ikut tekak aku
aku takde exactly - ukurannya kg/biji
sumernya stok agak2
bawang merah
bawang putih
halia
cili kering
serai
kunyit hidup
-sumer blend halus2
ayam 1 ekor- cuci elok ( aku suka potong kecik2, senang nak makan)
selalunya aku campakkkan ayam tuh dalam kuali
hidupkan api, ini untuk kecutkan ayam tuh
biar kering sikit
if not air ayam akan keluar masa nak masak rendang tuh
jenuh pulak nak tggu rendang kering
kuali yang lain
panaskan minyak sikit
tumis bahan2 yang dah diblend tadi
biar sampai naik bau
baru campakkan ayam tuh
dah agak2 serasi
masukkan santan
aku guna santan 2 kotak yang kecik tuh
letak asam keping
letak garam/gula jika suka
jangan lupa kerisik utk bagi lemak lagik
dah elok masak
barulah masuk daun kunyit /daun limau
utk wangikan rendang itu
kalo nak keringkan sikit rendang tuh
tumbuk lengkuas sikit
campakkan jugak
i/Allah rendang itu akan kering sikit
tahan lama sikit kekdahnya!
so jangan takut mencuba yea
aku jenis suka makan
dan suka mencuba lebih2 lagi kalo ianya kegemaran aku
sampai bila nak merengek2 kat mak
suh masak..yea tak?
selamat mencuba
masa penyediaan : 1 jam
*tgh bengong wat closing hujung bulan, so tepek resepi2 semoga tak bengong sgt tgk nombor nih!!
5 comments:
nanti kita gi ambik gambar kat Semejid Puchong.. kita singgah makan bolehhh....?
hehehheee
aku adalah sangat suka rendang tapi selalu malas nak buat sebab ingat susah..padahal senang je..hahaha
nanti nak mencuba resepi mung
Dr,
Jgn lupa ngedate kita mggu dpn :)
Zaila
Senang jah,mu trylah !!
wahhh.kak lin,satu lg klu nak ayam kering, masa beli suh dia bakar2 sket..kan bleh..
Post a Comment