credit :google |
kebaikan @ amalan kita
bukan dikira daripada
sebesar2 mana amal kebajikan atau
sekecil2 mana amal kebajikan
tetapi dari segi istiqamah
atau dalam erti kata lain kita tetap melakukannya amalan yang sama
walaupun bertahun lamanya
itu yang jadi ukuran
itu yang jadi timbangan
dan selalu menjadi kunci kejayaan seseorang untuk menambah-baikkan amal kebaikan seseorang
boleh baca sini tentang kupasan istiqamah
aku melihat beberapa contoh yang terdekat dalam kehidupan aku
my beloved mom
ada satu amalan yang aku rasa bertahun lamanya dia buat
sejak aku masih sekolah lagi
emak seorang yang suka bangun bertahajud
emak akan tido awal & bangun tengah2 malam bertahajud
dan mengaji
selepas subuh selalu mak akan buka radio IKIM dengar ceramah
w/pun selalunya radio tuh bunyi jer dalam bilik
mak ada kat dapor memasak buat sarapan..
teringat pulak arwah mak mertua
arwah MIL jenis dah duduk kat tikar sejadah
walau azan belum berkumandang
kalo travel pun akan berhenti cepat2 bila dah masuk waktu
antara amalan yang paling aku ingat & terkesan sampai sekarang
al-fatihah untuk mak tok
arwah FIL aku
jenis yang susah macammanapun
walau hujan,ribut @ petir
dia pasti akan naik motornya ke masjid
arwah tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid
cuma 3 bulan sebelum ajalnya tiba
arwah terlantar di HKL untuk rawatan radioterapi
al fatihah untuk tok ayah
kita ?
kadang2 perlu muhasabah diri
dan berdoa semoga kita masih ada masa untuk berubah
hidup kita terlalu singkat
bermula dengan yang kecil2
tapi signifikan maksudnya
Rabbi Yaasir Wala Tuassir
permudahkanlah Ya Allah
*ada orang pantang jumpa tabung untuk sedekah-dia akan hulur RM1..berapa sangat nilai RM1 tuh berbanding amal-kebaikannya..you know who you are ..
2 comments:
Nak istiqomah itu yg mencabarnya...sebab kita selalu alpa..mula mula beria ia beramal..lepas tu kendur balik...amalan2 ibubapa/saudara mara kita yg baik dan istiqomah sebegitu mmg patut kita tiru...
saya belum lagi sampai ke tahap semua tu.. bila agaknya mampu buat kan..?
Post a Comment