Pages

05 February, 2013

PRU13 & angan2 sebagai FTWM

pernah dengar lagu TERIMA KASIH
lagu nih sokmo ada dalam tv sekarang
sampai si Ain & Auni pun dah naik hafal
lagu kempen secara halus
sempena PRU 13

semalam jugak boss bossy
dah buat tinjauan rambang
tgk tempat mengundi staff
siap survey rawak PR/BN ?
aiyokhhh!!

utk rakyat biasa spt aku
yang tiada kepentingan politik mahupun peribadi
tiada kepentingan tender/projek juta2 billion
yang tiada niat langsung nak gubal undang2 dalam dewan negara/rakyat
selalunya jadi pemerhati bebas
dan berdoa semoga dapat pemimpin
yang telus & amanah menjalankan tanggungjawab

untuk PRU13
sebagai seorang ibu yang juga bekerja
aku selalu berharap penggubalan isu hak asasi kaum wanita ditambahbaikkan

antaranya :-
dipendekkan waktu kerja wajib- dari 8 jam ke 6 jam
diberikan cuti bergaji penuh selepas bersalin sehingga 6 bulan
bukan lagi optional macam sekarang
pemberian elaun day care anak2- kot2 ada subsidi dari kerajaan
mewajibkan semua organisasi menyediakan kemudahan nurseri, bilik menyusu
lebih banyak kemudahan disediakan untuk kaum wanita & kanak2
sebagaimana inisiatif KTM dgn tren pink mereka
penggubalan polisi insuran utk kaum wanita
sampai sekarang adalah pelik
kenapa bersalin tak cover dalam insuran?
bukankah itu antara kemudahan perubatan jugak ?
cuti rehat khas untuk jaga anak2 sakit
allocatelah let say 8 hari setahun
sebab takde orang lain yang lebih layak jaga anak2 sakit selain seorang ibu
dan kerana ini, ibu2 ini kehabisan cuti tahunan semata2 jaga anak2 sakit

ini yang selalu dok harap2 kot jadi kenyataan
kita boleh merepek disini aje
pemberi usul
penggubal undang2
pelaksana
sudah tentu bukan aku!

berangan tak salah kan?

bukan kena bayar pun!

betul kan?






4 comments:

SYANI said...

Suka usul yang terakhir tu.. patut bagi cuti khas untuk jaga anak sakit..

Kakcik Nur said...

Kakcik masih berfikir - nak mengundi ke tidak...nak mengundi ke tidak... ;-)

Daddy Ziyyad said...

hahaha..bos awak siap survey siapa pro gomen, siapa pro pembangkang...hahaha

Imaan09 said...

sokong..!
mm, insuran utk kemalangan.. bersalin tak termasuk kemalangan.. katanya suami saya si agen insurans..