Pages

05 February, 2013

KES : ikan BAWAL & Ain



inilah budak bertuahnya!!


kalo ada antara kawan2
yang pernah baca blog ini
masa aku pantang Auni 4 tahun lepas
pasti teringat kisah Ain tercekik tulang ikan bawal
dan sampai sekarang aku juga turut rasa serik bila teringat

dan sejak kes itu
Ain susah nak makan ikan
melainkan ikan tenggiri
itupun aku akan pastikan memang takde tulang @ yg seangkatan dgnnya
fobia punya pasal

jumaat lepas
as usual hari ponteng memasak
pg makan kat kedai thai
order ikan bawal 3 rasa
tomyam
auni & bubur nasinya
ain & bihun gorengnya

ntah kenapa si Ain taknak makan mihunnya
katanya pedas
teringin nak makan nasik
bertukar pinggan dgn papanya
papanya letak ikan bawal
aku lak x perasan sbb tgh kalut suapkan si Auni makan
tetiba Ain menangis
katanya tercekik tulang
blamed papa on this :(

subhanallah
aku yang paling susah hati
pucat lesi langsung tak lalu nak makan
suruh telan nasi kepal
suruh minum air banyak2
paksa muntah

dia muntah luar kedai
tapi still menangis
katanya masih ada kat tekak
allahhuakhbar..tuhan aje yang tahu takutnya aku
but dia ok..bercakap macam biasa
bawak balik rumah, bagi minum air zamzam
mohon doa moga berkat air nih..mahu hilang tulang tuh
malam tuh..dia tido macam biasa

keesokan paginya
dia bangun menangis lagik
katanya masih ada tulang sengkak kat tekaknya
aku pun cergas bersiap mandi
siapkan dia & adik Auni
aku mmg nak bawak ke klinik
dan standby jugak kalo kena ke hospital
mana tahu kot kena jalani x-ray bagai
sebelum tuh aku bagi dia minum air zamzam lagik
sambil bacakan doa nih



pagi2 kul 830am aku dah terpacak kat klinik
mujur jadi orang pertama
GP tgk..
GP nampak katanya..
cuba nak bawak keluar guna gunting
waktu itu Ain tgh duduk
GP kata baringlah sbb susah katanya
elok aje Ain baring
dgn izin Allah tulang yang memang GP nampak tadi
agaknya dah jatuh ke dalam perut
tanya Ain..dia pun kata takde rasa apa2 pun yang sangkut kat tekak dia dah

dan bermula hari itu
aku dah tekad tak nak bagi Ain.Auni
makan ikan bawal nih
makanlah ikan tenggiri shj yea anak2
Tun M tak makan ikan pun jadi doktor apa :))

moral of the story
jangan main2 masa bagi anak makan ikan
biar beringat selalu

anak yang sakit
tapi....
kita yang tenat

utk Ain, anak mama
mama  & papa minta maaf
sebab kami berdua ingat Ain dah cukup besar utk makan sendiri
selepas ini mama & papa janji
dibawah pengawasan kami & izin Allah
perkara sebegini takkan berlaku lagi

*banyak petua tercekik tulang nih..tapi yang paling pelik aku dengar- adalah menarik kedua-dua cuping telinga ke belakang - secara logiknya telinga & tekak berkongsi saluran yang sama- bila ditarik ke belakang-kononnya melebarkan saluran tekak & membuatkan tulang yang tersengkak itu mudah utk turun ke perut.Tak percaya..mungkin boleh cuba jika keadaan memerlukan..
















4 comments:

Daddy Ziyyad said...

alhamdullilah...jatuh sendiri tulangnya...tulang bawal pun boleh tahan besar...ada cases yg saya berjaya tarik keluar, tapi yg dah terpacak jauh ke dalam tu, mmg kena hantar spital

Imaan09 said...

alaa sian kak ain.. dah dua kali jadi, klu saya pun fobia bg makan ikan

littlehumblelynn said...

Drdaddy

Seriau betul sy :(
Sy pulak yg serik tgk dia hr tuh!!

littlehumblelynn said...

Lea

Tuh ler,mmg nasib x berapa nk baik :(