Pages

19 February, 2013

yang penting KERJASAMA!


seriously kadang2 pernah terfikir nak amik maid
sejak mula2 pindah rumah sendiri
memang ada hajat nak amik maid
nyaris2 sgt nak berhabis beribu ringgi

tapi yang ditunggu tak tiba2
so keinginan yang satu itu
berlalu dan tak terfikir2 pun lagik smp skrg
anak2 pun makin besar skrg nih

penat memang penat
bekerja sepenuh masa
balik rumah
kena memasak,hadap kain baju,sapu sampah,cuci dapor
kelek anak2 lagik
but still , hadap jugak dari mula kawin smp sekarang

aku rasakan
ikut pandangan orang yang tak pernah ada maid nih
kalo suami & isteri bekerjasama tolong-menolong
rasanya bantuan maid nih memang tak perlu

anak2 aku sejak lepas pantang aku hantar taska
serious cakap nih!

takut memang takut
susah hati memang susah hati
tapi nak buat macammana-tawakal shjlah
hasilnya 1/2jam sekali tepon taska

but so far tak pernah ada kes lagik
sejak hantar anak2 ke taska
tak pernah lagi kes lebam2
tak pernah lagi anak complaint itu & ini
alhamdulillah..smooth sailing!

pesanan aku
nak hantar anak ke taska
jangan nak cerewet sgt
walaupun kita bayar
tapi berapa sangat rega RM200-RM350 yang kita bayar
berbanding tugas mereka jaga anak2 kita
asalkan anak kita ok,tak jatuh sana-sini,cukup makan,tempat bersih-cukuplah kan!
kalo dok fussy sangat
itu tak boleh, ini tak boleh
better kita resign-jaga anak masing2 kat rumah

memasak?
aku tak kata aku 7hr seminggu memasak
ada hari yang aku penat giler babas
aku tak masak
aku tapau apa2 dari luar

tapi kalo aku masak
aku make sure tak masak yang susah2
masak stok simple2
asal kenyang,sedap & cukup gizinya
hari minggu lain citer- aku rajin nak cuba resepi hujung2 minggulah
kemujurannya en papa tak cerewet sgt
takdelah semedang nak paksa bini masuk dapor kan!

mengemas ?
ini memang kena bagi credit pada en papa
dia banyak tolong bab menyapu,buang sampah-cuma bab kemas dapor,mop lantai berminyak2 kat dapor-itu memang kerja aku..

kain baju pun mostly dia yang tolong masuk mesin
tolong ampaikan
aku hanya lipat baju- susun dalam almari jerk

see, itu pentingnya suami-isteri kena kerjasama
jangan harap isteri buat semua benda
even wife tuh tak keja
rasanya kalo sama2 buat kerja, isteri pun boleh rehat jugak kan!

suami yang membantu
bukan pasal queen control
tapi atas dasar timbangrasa
sama-sama bekerja,sama-sama penat

aku punya style
mana yang aku larat buat
aku hadap sampai sudah
kalo yang tak larat- aku tangguh dulu
esok2 aku hadap semula

aku tak pernah paksa diri aku
tak mahu menstresskan diri tak pasal2
dah ler kat opis stress
takkan kat rumah pun nak stress jugak
haru tuh!

tapi kalo mampu, apa salahnya kan
semoga bertemu maid yang ikhlas bekerja
yang betul2 niat nak cari duit, rezeki halal
maid itu sebagai pembantu

untuk aku yang tak suka outsider dalam rumah sendiri
dalam masa yang sama tak mahu membuang duit beribu2 pada agensi
rasanya cukuplah kami berempat sahaja dalam rumah
buat mana yang terdaya
yang tak larat tuh kita hadap sama2

anekdot :

-kebergantungan sangat pada perkhidmatan pembantu rumah warga asing-menaikkan kadar demand tak setara dengan perkhidmatan,.belum lagi demand yang tak masuk dek akal..rasanya kerajaan kena bertegas terhadap Persatuan Pembantu Rumah ASING- jangan sewenang2 letak syarat sukahati makayah diorang jerk!!

melipat baju stok 3 hari- tggu mood/memasak style simple2..senang!!




3 comments:

Dr Singa said...

wonder pet!!

eh.. wonder mom!!!
:)

Ibu n Abah said...

Yes..
Kerjasama dgn suami mmg penting...
(jika suami tak sibuk sgtla.....)

Imaan09 said...

husband ku kerja style Japanese dah mcm CEO kilang.. balik umah mmg susah nak wat kerja apa pun, dan sy pun xharap sbb tau dia penat..mujurnya adik2 duk skali.. setiap org berbeza.. tp sm la, xsetuju jugak berorang gaji ni