Pages

19 February, 2013

macam2 Ain & Auni



si mata sepet & si mata boolat!

adik beradik
tak pelik kalo bergadoh

berebut barang
kalo kakak ada kaler baru
adik pun nak jugak
begitu jugak dgn kakak
kalo adik ada mainan baru
dia pun mahu jugak

mesti sama rata
takde lebih takde kurang

ada masa ikutkan jugak
ada masa tak kuasa nak layan

isu paling biasa kat rumah
berebut ipad
sampai kena buat giliran bagai
dulu ada ipad & ada galaxy tab
tapi budak2 nih langsung tak layan galaxy tab
katanya tak seronok tgk
frankly-ipad lebih baik dari segala segi
mudah pencapaiannya & mudah access
budak2 sebesar Auni pun boleh access dgn begitu baik menggunakan ipad

mulanya ada hati nak beli 1 lagi ipad
tapi bila pikir2 baik tak payah
tak mau dilayan
lama2 naik lemak
pandai2lah bergilir pakai sama rata

ahad lepas
isu yang sama berebut ipad
aku tgh solat
tetiba Auni menangis macam kena pukul
elok aje bagi salam
papa dah naik dgn hanger kat tangan
kepantangan papa kalo bising2 tgh maghrib

tanya Auni- kenapa?
Auni jawab teresak2 sambil tunjukkan lengan kirinya
kesan kak Ain gigit lengan adiknya
allahhuakhbar..bertuah punya anak

Ain tak pernah gigit adiknya
ini mungkin pertama kali
harapnya yang terakhir kalinya

agaknya geram tgk Auni langsung tak bagi can dia nak godek ipad
last resort digigit adiknya sampai ada kesan
teruk malam tuh Ain kena marah sama aku & papanya

Ain, kamu kena sayang adik
adik kamu sorang tuh sahaja dunia & akhirat
Allah tak bagi lagi anak lain pada mama
tak tahu ada rezeki lain @ tak..
kamu dua beradik sahaja
jangan bergaduh,jangan berebut
banyak beralah dengan adik

orang beralah nih tak semestinya dia kalah

mintak baik2 dgn adik
adik walau macam tuh punya kasar
kalo dipujuk cakap baik2
dia beralah jugak akhirnya

Auni jenis lembut hati wpun kasar di luar
she's definitely herited from me

Ain nampak lembut di luar tapi keras didalam
she's herited that from her papa

tapi dua-dua manja yaa rabbi

alahai anak.....






10 comments:

Imaan09 said...

kanak2.. mmg la mcm tu..mm, garang jugak papanya ek..hehe

Kakcik Nur said...

Sementara nak menanti mereka besar dan cerdik berfikir, macam2lah yang ibubapa kena hadapi. :)

indahhouse said...

Salam kak Lyyn,
apa khabar kak? Terima kasih atas ucapan yg lalu. Kini dah bersemangat sikit nak merempit. :)

Auni dan ain, sama2 perempuan, mestilah cepat jeles.hehe.. lama2 diaorang ok.

Dr Singa said...

hehheheee...
dari jauh..
kat gambar tu..
macam amoi-amoi!!

secangkir madu merah said...

Kata orang tua2.. klau kecik2 sering bergaduh bila besar nanti mereka akan jadi adik beradik yang sgt kamceng... hehehe

littlehumblelynn said...

Lea,

Papa dia kdg2 garang jgk!

littlehumblelynn said...

Kakcik,

Yea lah kak,mcm2 akal bdk2 nih

littlehumblelynn said...

Indah,

Sht dik.xde apalah.kata kawan kan ;))

littlehumblelynn said...

DrSinga

Hahahahaha!!
Amoi tu kak ain sorang jerk

littlehumblelynn said...

Kak yati @ scm

Betul jgk kan ,sbb sy & adik sy gt jgk dulu
Skrg kamceng!!