Pages

05 September, 2013

Suami anak emak,berlapang dadalah para isteri!!

Aku terbaca keluhan seorang isteri
Ttg kisah suami anak emak
Mendatangkan cemburu pada sang isteri


Aku tersenyum
Teringatkan kisah di awal perkahwinan
Suamiku anak sulung
Antara kebanggaan bapa & ibu mertua
Pd mulanya sedikit janggal
Tapi bila suami bagitau
Betapa besarnya pengharapan kedua ibubapanya pada dia
Maka perlahan-lahan aku menerima
Berlapang dada
Adaptive
Dan buang jauh2 prasangka @ irihati

Aku teringat pesan mak kandungku
Suami yang baik adalah lelaki yang berlaku baik pada kedua-dua ibubapanya.
Maka berbanggalah aku ketika itu
Suami aku antara contoh terbaik ketika itu

Aku selalu berdoa 
Smg Allah beri rezeki seorang cukuplah
Anak lelaki
Semoga sampai masanya anak lelaki ini yang akan menjaga kami ketika kami sudah tua & tak berupaya nanti persis papanya nanti

Perasaan iri hati itu bisikan iblis
Iblis yang berikrar akan memporak-perandakan umat Muhammad saw
Yang suka melihat kita bermasam muka bersama suami

Jika terdetik rasa demikian
Cepat2 istighfar
Amik wuduk
Tenangkan hati
Jauhkan prasangka yang bukan2

Aku bakal menerima anak lelaki
Suatu hari nanti bila dia dah berumahtangga aku pasti dan yakin aku masih perlukan perhatian dia pada aku
Jadi para isteri beringatlah
Sebelum adanya kamu
Lelaki yakni suami kamu itu
Mengenal & mengasihi ibunya dahulu
Jangan dipindah kasih-syg suami hanya utk kamu seorang

Perkahwinan bukan antara hubungan halal antara lelaki & perempuan
Tetapi percantuman dua keluarga besar menjadi satu

Hormat-menghormati antara satu sama lain
Banyak beralah
Bersabarlah dgn sedikit ujian Allah

Nasab ibu & ayah mertua
Sama dgn ibu & ayah kandung
Sah bersentuh walau ada wuduk
Dahulukan keluarga suami serba-serbi
Redha Allah terletak pada redha suami pada kita

Subhanallah!!

Senyumlah
Janji Allah itu pasti utk kita




1 comment:

Imaan09 said...

wahh.. bagus kak lin pikir mcm tu!