| Dari dalam kereta dia sebut nak makan Mee Kari food court HUKM |
Semalam aku masuk opis lewat sikit
Giliran aku bawak mak ke HUKM
Dia ada appointment kat Jabatan Radioterapi/Onkologi
Mak merupakan pesakit Kanser Usus Stage 3 sejak tahun 2020
Dikesan sekitar bulan Mac ,diagnosed dari Private Wing HUKM
Reason:lambat nak tunggu diagnose/sample jika nak queue di hospital kerajaan
Kami bayar kos lebih kurang RM4k+
Tak lama lepas diagnosed-mak terus dirujuk ke Surgeri HUKM
Mak operate kurang sebulan dari tempoh diagnosis
Aku masih ingat ianya ketika permulaan awal pengistiharan PKP oleh kerajaan Malaysia
Operation mak amik masa 8-9 jam kalo x silap
Alhamdulillah,usus yang dibuang tak memerlukan mak memakai stoma bag
Sejak operation itu,mak makin sihat
Kalo x kerana CKD issuenya,mak memang nampak sihat
Cuma gara2 usus makin kecil,pendek
Mak cepat kenyang,mak tak makan banyak
Berat badan pun underweight
Dry weight mak adalah 38kg aje
Mak x memerlukan rawatan kimo/RT
Kerana faktor usia & sakit yang sedia ada
Cuma setiap 6 bulan mak kena melalui prosedur endoskopi untuk tengok any abnormalities (jika ada)
Dan amik darah (CEA) untuk mengesan sel kanser
Setakat itu,alhamdulillah,Result mak baik2 aje
So semalam Doktor bagitau
Mak xde concerning issue on her cancer
Takde simptom berulang
Dan alhamdulillah,dari 6 bulan sekali
Appointment mak jadi 1 tahun sekali
Doktor kata mak on "Remission stage"
Read: Many may be familiar with the term cancer remission. But what does it really mean? Simply put, being in remission is when cancer cells can no longer be detected in the body and there are no symptoms present. Cancer remission is a period of time during which cancerous cells are reduced to such low levels that they no longer cause symptoms or require treatment. In some cases, remission may last for years or even decades.
Cuma jika ada issue berbangkit spt :-
Berak berdarah,kelainan kepada bowel movement,tak puas membuang
Memang wajib ke hospital semula untuk re-assess
Sujud syukur,walaupun seronok tapi tetaplah kena berhati2
Bak kata doktor,kanser ni bukan macam bisul
Sekali buang,esok baik
Ianya berakar2,tak mustahil boleh relapse
Nauzubillah!
Apapun,insyallah akan terus bersama mak
Fighting together with her cancer journey
Semoga dipermudahkan urusan mak kami;Hajjah Ainee bt Mat
Next appointment bulan 8
Jabatan Surgery-HUKM
Nak set tarikh endoscopy
Tahun lepas x berjaya buat,mak patah kaki kan
Gambatte!!!
No comments:
Post a Comment