Sebagaimana entry minggu lepas
Mengisahkan aku nak pegi ke KT collect kereta baru kami
Selain nak berjupe adik beradik en papa aka beraya jugak
Serta nak menghantar Auni balik ke KB
Jumaat minggu lepas aku keja 1/2 day
Tengahari aku flight ke KT
Aku booked AA hari Khamis dengan harga tix RM888.00 untuk 6 beranak
Kami tak beli luggage pun
Memang pakat timbang beg terutamanya luggage Auni
Supaya tak exceed 7kg
Giler cheapskate mak ko!
Alhamdulillah flight AA super cemerlang sebulan dua ni
Takde delay ,smooth flight
Even landing pun x rasa apa
Flight 2.55pm dr KLIA2
Dan kami selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pkl 4pm
Sampai aje,kereta Aruz yang aku sewa dah standby.
Cadangnya memang nak menyewa hotel smp Ahad sebab nak collect keta hari Ahad
Tapi dah 1Malaysia berhimpun kat KT,maka kami hanya dapat secure motel semalam aje
Smp2 motel,solat apa bagai
Lps tu kami kuar semula cari makan
Sempatlah ke area Giant KT
Byk kedai makan yang masih tutup,kalo ada pun stok menu adalah terhad
Anak2 belasah makan nasi kandar,Affan order mee goreng,aku plak makan sate
Balik semula ke motel
Mandi,berehat,solat & tido smp ke pagi
Ada 2 katil queen,kami 6 beranak semuanya
Bersempit2lah sekejap tido,dalam sempit2 pun
Lena tido smp ke pagi
Sabtu pagi,bangun Subuh ..owner keta sewa tukar plak keta kami dari Aruz ke Bezza sbb dah ada yang order Aruz Sabtu tu.
Jadi bersempit2lah 4 beradik kat seat belakang,mak ko x larat nak beriba budak 35kg tu
Berperang mengejut anak bangkit,sumer sedap tido memasing
Lepas tu aku & suami decide bawak Affan pegi sarapan,bungkuskan aje makanan utk Ain,Auni & Adeeb
Memusing jugak cari makan,ingatnya nak g makan Nasi Dagang Atas Tol( Bandar)-tapi pengsan tgk orang q smp ke jalan besar
Kuasalah aku,memusinglah ke lain
Ada jugak kedai lain,makan nasi dagang jugak
Sedaplah jugak wpun xleh lawan NDAT tempohari
Bawak sarapan balik,paksa budak2 bangun-mandi & makan
Kami kena check-out & kami nak ke Mayang Mall
Mayang Mall-pun penuh.Kami sampai parking atas menghampiri roof top
Punyalah ramai manusia di KT minggu lepas
Sempatlah shopping blouse 2-3 helai kat situ
Tak lama pun dalam MM-kami gerak keluar sebab bagi aku shopping mall ni tak ubah macam shopping mall yang ada di lembah klang.Xde apa yang menarik pun untuk berlama2.
Hajat nak makan ICT kat Pak Long (read: Ikan celup tepung)
Mujurlah ada,dan lebih mujur kedai ni x seramai Pak Nong yang tersohor itu
Tak taulah orang lain,aku rasa sedap aje
Yang penting seafoodnya fresh & tak mahal mana
Masih mampu bayarlah orang kata
| Antara yang kami amik tempohari |
| Ikan yang paling sedap,selain sotong & udang.Nak amik kali ke-2 kena tggu next round.Laku keras |
Terpaksalah tido kat kg,sebabnya xde motel/homestay available
Smp Dungun cari dobi,selain penuh,isu mesin banyak yang rosak,ada jugak kes xde koin untuk ditukar pun
Alih2 jupelah satu dobi-yang bestnya ada servis tlg tggu
Kami hanya bayar kos cuci/dryer shj
Orang ni yang tlg kawtim sumernya
Sempatlah kami singgah makan malam
Macam aku cakaplah ,banyak kedai masih tutup
Yang bukak pun
Menu adalah terhad
Apa aje yang ada,itulah yang kami order
Jadi takdelah kisah makan2 yang best trip Terengganu ni
Memang asal ado aje
Ahad kami pi amik keta pukul 12tghr
Kul 9.30 am aku dah gerak dr Dungun
Tak tau kenapa hampir kul 11am baru smp
Dah lapar nasik,g memusing kat area tepi pantai Batu Buruk tu
Adalah 1 restoran bukak-merasalah makan nasi campur wpun lauk baru nak set up
Tapi orang dah queue panjang kemain
Affan xmo makan,dia lagi excited nak amik keta dr nak makan
Sempat menyinggah Pantai Kelulut
Affan baru rasa lapor
Bawak dia makanlah plak
KT panas litlit weii
Langsung x hujan since kami smp dr Jumaat
Isnin kami bertolak dari Dungun pkl 1pm hantar Auni ke Kuala Berang
Auni kena balik awal,sebab ada kem SPM seminggu awal
Sempatlah membeli barang keperluan dia
Pkl 3lebih jugak kami hantar dia ke SAHUT
Sedih sgtlah dia,kesian tgknya
Kami pun rasa x puas melayan Auni
Sekejap aje baliknya pun
4 lebih kami gerak exit Ajil untuk balik KL
Taktau apa yg x kena
Aku sakit kepala berdenyut2
So sepanjang dlm keta,memang aku tido
Aku xleh tukar memandu dengan en papa
Sebab memang sakit kepala kaw2
Spt yang kami expect-sangkut jem 12 jam lamanya
Kami hanya smp di Puchong 3.15am
Jem sgt2,sampai pg toilet q panjang,stesen minyak pun penuh
Smp rak makanan kat Petronas pun licin licau,orang beli makanan buat alas perut'
Nak masuk RNR mimpi ajelah,mmg nak masuk pun xleh
Penuh kereta,parking haruslah xde
Wpun penat berjalan Terengganu kali ni
Tetaplah tak serik balik ke Terengganu lagi
Selagimana anak kesayangan kami di bumi Terengganu
Pastinya kami akan selalu berulang ke sana lagi & lagik
Tinggal dulu Terengganu
Ada rezeki panjang umur
Kami sampai lagi bertamu :)
No comments:
Post a Comment