01 March, 2018

Ajaibnya sedekah!

Hari ni aku nak kongsikan kisah menarik sekaligus membuka pekung didada aku jugak.Mana yang baik jadikanlah ikutan & teladan,yang buruk mintak simpang jauh-jadikan pelajaran yea.

 

Aku sangat percaya tentang keajaiban sedekah Cuma kesilapan aku,aku lambat tau & faham ttg konsep sedekah ni.Shame on me!Bagi aku dah xde duit apahal nak sedekah plak..betapa ceteknya ilmu masa tu.

 

Aku sebenarnya agak lama terbelenggu dengan hutang Mara (hutang pelajaran sebenarnya)Amaun ada lebih kurang 29k which is aku dah settlekan dalam 16k sahaja,means that masih ada lebih kurang 13k masih o/s.Termenung jugaklah aku,mana nak cekau lagi RM13k selepuk lagi nak settle dengan Mara Nak harapkan gaji orang makan gaji macam aku yang datang dengan pakej komitmen itu & ini-kemampuan aku agak terbatas nak bayar banyak tiap2 bulan.Tahun lepas aku berulang-alik naik tangga Mara-buat permohonan pengurangan baki pinjaman.Kali 1 & 2 buta2 kena rejek,katanya aku tak layak sebab akaun dah masuk dalam hutang lapuk.Aku buat tebal muka,tak cukup aku ke sana memohon-aku tulis surat panjang lebar-aku hantar guna kurier .Dapat reply dari Mara-sangat tak membantu.Aku tulis lagi surat & kali ni aku fax pulak ke Bahagian Kawalan Kredit pada Nov 17.Takde jawapan.Aku naik lagi tangga BKK Mara awal Dec 2017-buat tebal muka tanya updates.Still x lulus lagi.

 

Masa tu malu dah letak ke tapak kaki.Aku die-die nak jugak hutang Mara aku settle pada tahun ni 2018.Takde apa2 jawapan.Aku pun meneruskan hidup macam biasa ,sedikit putus asa pun yea jugak sbb macam nipis sangat harapan aku nak settlekan Mara tahun ni.Entah kenapa 2 hari lepas aku tetiba tergerak hati nak masuk online e-Baki Mara.Tengok status conversion-tengok kat situ.Permohonan Pengurangan Baki Pinjaman Pelajaran Mara aku telah diluluskan sebanyak 50% dari jumlah pinjaman asal.Bila dikira2-aku dah takde hutang tertunggak dengan MARA kerana pembayaran sebelumnya telah melebihi amaun 50% dari asal.Sujud syukur!Alhamdulillah..menangis aku tengok online masa tu.

 

Orang pertama yang aku hubungi adalah mak.Mak sahaja yang tau betapa strugglenya aku nak membayar hutang Mara ni.Mak pun cakap ini mungkin berkat kamu banyak tolong mak,banyak sedekah bagi makan kucing,makan burung-tolong adik beradik masa susah..Allahuakhbar.Makin laju airmata aku menitis.Aku terpana sekejap sebab aku yakin inilah sebaik2 pemberian kurnia dari Allah swt.

 

Aku tak tau sejak bila aku start bagi makan stray cat yang berpuluh ekornya yang datang silih berganti ke rumah aku,belum lagi bab bagi makan burung gagak yang tetiap pagi bertenggek kat pagar rumah aku.Mungkin ada 2-3 tahun which is aku konsisten bagi makan,macam rutin plak.Kurang2 pun 2x sehari-janganlah dikira bab duit abis beli makanan kucing-sebab aku akan sentiasa standby ikan & kibbles mahupun wet food untuk kucing2 tu.Bukan nak mendabik dada aku dermawan tapi bagi aku inilah sahaja yang aku mampu nak bersedekah,aku nak sedekah duit pun aku tak berapa berduit pun.Hidup cukup pakai aje.Cuma setakat nak lanting 5-10 kat masjid tu ada ler sekali sekala..ornag tak berduit kan!


Jadi aku tekad akan teruskan amalan bagi stray cat ni makan dengan apa jua yang aku ada.


Biarlah tak kaya mana asalkan tak hidup dengan hutang.Semoga aku dapat selesaikan hutang2 aku sebelum umur 40 hdknya.


Ameen Ya Rabbal Alamin!



 

*gambar takde kena mengena dgn story diatas!

1 comment:

Hans Hanis said...

alhamdulillah
tu lah
masa awal2 dulu pun saya macam tu
dok fikir kita tak dak duit macam mana nak sedekah duit
tapi bila dah start bayar zakat...bersedekah dengan ikhlas...
alhamdulillah nampak macam mana cara Allah bantu beri rezeki
alhamdulillah memang betul kata-kata,"Sedekah tidak akan menjadikan kamu rugi,miskin dan papa!"

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...