23 January, 2018

Nasi Ayam versi campak2!

Marilah aku share resepi nasi ayam style orang tak rajin masak renyah2,mana tau kot ada orang yang sepsis tak berapa rajin macam aku.Bagi aku,nasi ayam ni sejenis menu yang sangat simple tapi nampak macam ko put an effort nak masak sebenarnya nan hado yea kawan2..

Sangat simple memasaknya,rajin dengan tak aje!

Nasi

  • Beras 5 pot
  • 1 ekor Ayam belah 4 (rebus dalam air banyak seperiuk-nak buat stok kan)
  • *Butter + Minyak sapi-1 sudu
  • *Serai 1 batang-tumbuk sikit
  • *Halia-1 inci tumbuk
  • *Bawang putih –seulas dua aje tumbuk
  • *Rempah  (bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga,cengkih)
  • Daun pandan

Ayam tu ko rebus,masukkan ayam yang belah 4 tu bila air dah menggelegak.Motifnya supaya ayam tuh takdelah keras kejung pas goreng nanti.Basuh beras elok2,letak sana tepi dulu.Dalam pan asing-tumis perkakas bertanda * sampai wangi pastu lebur dalam periuk yang ada beras yang siap cuci tadi.Stok ayam dah mengelegak,sila sukat masukkan stok ayam dalam periuk nasi.Ikat daun pandan & letak garam secukup rasa.Campak masuk rice cooker semula.Siap!

Sup Ayam

  • Tumis bawang putih,halia & rempah (bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga,cengkih) sampai wangi-aku campak masuk dalam periuk stok ayam tu.Kalo ada kiub ayam,aku campaklah sebiji.Perasa dgn garam,tabor daun sup,daun bawang & bawang goreng kalo suker!Siap dah sup ko!

Ayam goreng
  • Ayam
  • Madu
  • Sos Tiram
  • Halia –ditumbuk dalam 1/2 inci
  • Kicap manis

Ayam yang ko dah rebus tadi,bawak keluar-letak madu,kicap manis,sos tiram & halia tumbuk.Lumur luar dalam.Peraplah sekejap dalam 10-20 minit biar berasa sampai ke isinya.Pastu dah usai perap tu goreng dalam minyak terendam,api kecikkan sikit yea,Ayam tu dah ½ masak belah dalam,kita Cuma nak garingkan aje isi luarnya tu aje.Tak perlu nak masak beria sangatlah!


Cili cicah

  • Cili merah
  • Halia-1 inci tumbuk
  • Bawang putih 3 ulas
  • Garan secukup rasa
  • Cuka makan-3-4 sudu

Semuanya mesti blend,masuk periuk masak sampai mengelegak,Siap!

Kicap

Ini selalunya aku taram buat,lebih perapan ayam tu aku campur dgn sup,perasa dgn garam kalo suka
Siap!


Bahan sampingan
  • Salad
  • Timun
  • Tomato


Dah siap,nampak aje banyak step-tapi senang yaa rabbi untuk orang yang tak berapa rajin macam aku ni.Tengok anak2 makan siap bertambah seronok rasa lagi2 si Auni-suka sangat dia makan nasi ayam yang mama dia masak sampai 3-4 kali bertambah makannya.Hilang penat mak ko!!

Selamat memasak kawan2




No comments:

Senyum ! Allah kan ada

  46 tahun-tanpa filter. Motivasi untuk terus bertahan & berjuang  Hampir seminggu lamanya Berulang dr rumah-HUKM Mak masuk wad Sepatutn...