Selamat Tahun Baru 2018-hari ni baru berkesempatan nak taip something dalam blog ni.
Punyalah sibuk,sampai tak sempat nak tengok blog sendiri.Banyak benda yang berlaku sepanjang Dec lepas,aku travel back to back ke utara untuk wedding abang aku & jugak wedding sepupu.Ada pulak wedding pakcik kat Puncak Alam & attend majlis bertunang sepupu di Hulu Langat.Punyalah banyak majlis cuti sekolah baru ni.
Abis settle segala urusan wedding,settlekan urusan baju sekolah anak2,kasut sekolah,buku sekolah & jugak yuran sekolah.Total burst untuk 3 orang anak lebih kurang dalam RM 2000.00.Fuhh!!Ini nasib boleh masuk sekolah kerajaan ,kalo hantar anak sekolah swasta lagi pengsan mak ko nak tekan kalkulator-mujur Adeeb dapat masuk Tabika Perpaduan-takdelah parah sgt nak bayar yuran pendaftaran segala mak nenek.Memang takde hajat pun nak hantar anak tadika premier sebab aku pun produk tadika kerajaan jugak,alhamdulillah boleh jugak membaca,menulis sebagai bekal nak masuk Tahun 1 nanti.Takkan nak expect budak 6 tahun boleh buat calculus algebra ke?
Sigh*
31/12/17 jugak aku berhabis 1k tukar frame pintu utama & dapur yang dah dimakan dek anai2,kepada frame besi serta tukar gril belakang (dapor) .Memang itu dah masuk dalam wishlist aku,nak betulkan pintu by hook or by crook sebelum masuk tahun baru..huhuhuhu!Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan.Dalam dok busy siapkan pintu hari tu,aku risik2 dengan Indon tu berapa kos kalo aku nak simen semula luar rumah aku dr dapor ke porch.Dia pun buat kira2 katanya RM 1K.Nak buat tiles,kena buat kira2 semula..mana mak ko nak cekau duit ni,..marilah berhuhuhu lagik.So yang itu aku target nak buat pada penghujung March 2018 dengan saving paksa RM333.40 sebulan.So aku expect nak suh dia kira berapa jumlah tiles yang kami kena beli kalo nak guna saiz 2’ x 2’.Bolehler kami pelan2 beli sedikit demi sedikit,so by next Dec 2018-bolehlah dia start projek tiles pulak.Gituler cadangan home improvement kami laki bini.Nak buat sekali harung,memang nangis 4-5 round untuk orang yang makan gaji macam kami ni.Nak rumah cantik,rumah selesa- memang sediakan duit Ringgit ajelah.Takde duit sila duduk diam2 ajelah..
So kembali kepada cerita “back to school”,alhamdulillah Adeeb tak mendatangkan apa2 masalah pada aku,dia sangat cool dihari pertama persekolahan.Kemujurannya ada anak jiran yang sekelas dengan dia.So kuranglah sikit rasa takut dia tu.Si Ain dah masuk tahun 6 & Auni dah masuk tahun 3-dua beradik tu dah pandai bawak diri.Setakat 3 hari sekolah ni,alhamdulillah-bangun awal & masing2 tido awal jugak. Segala jenis tablet & hp budak2 ni pun aku dah selamat simpan & diorang hanya boleh tgk hari sabtu & ahad shj.Ain tahun ni tahun yang agak penat untuk dia,ada few tuisyen class.Terpaksalah, sebab tahun ni nak exam UPSR kan..PSRA lagik,,suka ke tak suka ke..dia kena hadap jugak.Cuma aku & suami memang atur betul2 supaya kelas tuisyennya tak pack sgt supaya dia ada masa berehat,buat homework dsbgnya.
Kesimpulannya tahun 2018 adalah tahun besar untuk Ain serta ujian getir untuk aku & suami menghadapi gelora anak nak exam besar,tahun dimana kena banyak simpan cuti untuk Ain terutamanya serta tahun kena menyimpan duit secara paksa sebab selain pelan nak invest untuk betul rumah buruk kami,kami jugak nak menyimpan untuk Ain-sebab kami ada niat nak masukkan Ain ke Sekolah Berasrama bila masuk Tingkatan 1 nanti.Dah tentu kosnya bakal sekali ganda dengan apa yang kami belanjakan tahun ni.Besarlah harapan supaya Ain boleh masuk SBP-mama memang beranganlah kot leh masuk SMAKL,SMISTA ke..tapi kalo tak dapat-dapat SMA pun mama dah seronok sgt,.Berharap sgt agar anak dara aku ni diberi peluang masuk mana2sebab mama dulu tak dpt peluang macam tu dulu.Aku suka dia masuk asrama supaya dia belajar berdikari,bergaul dengan ramai jenis manusia & bersaing untuk belajar bersama-sama dengan kawan2 nanti.Lagipun seronok duduk asrama ni,pengalaman yang takkan boleh dibeli dengan wang-ringgit.
Sehingga Oct 2018-tiadalah pelan jalan2 tido hotel agaknya.Sebab takmo sebab pegi bercuti clash pulak dengan kelas tambahan dia.Kelas tambahan SRA dah start hari ni,hopefully SK akan start minggu depan hdknya.Biar mula awal supaya bagi signal kat budak2 ni yang exam UPSR ni bukan perkara enteng-biar dia serius nak belajar sikit.
Dan bermula 18/1 ni aku akan start kelas Mengaji Dewasa di Masjid Putrajaya,doakan semoga aku diterangkan hati belajar kalam Allah ni.Aku memang tekad tahun ni suka @ tak,aku mesti enroll kelas mengaji.Biarlah takde nilai dimata orang semoga ada nilai disisi Allah.
Cuti CNY kami sekeluarga akan balik Tganu setelah last sekali balik raya Haji hari tu.Tahun ni jugak giliran beraya di Tganu-aku takdelah heran sgt sebab raya kat Tganu sebenarnya raya yang paling relax.Tak payah nak kalut memasak,tak sibuk nak travel rumah sedara mara.Duduklah mereput kat rumah kampong tu sambil mengadap tv takpun telek hp..kahkahkah!!
Basically,itu aje yang ada dalam kepala untuk rencana tahun 2018.Sekarang ni tgh dupdapdupdap tggu result UPKK 31/1/2018 ni.Anak tak meroyan,maknya yang sawan!Aku mengharapkan Allah permudahkan setiap urusanku,dilapangkan rezeki hdknya dan dikurniakan baby baru hdknya tahun ni..Ameen!!Tolong aminkan yea..mana tau makbul doa kawan2.
So untuk semua kawan2 yang masih sudi telek blog sendu ni,semoga kita sama2 jadi orang yang lebih baik dari tahun lepas.Tingkatkan produktiviti,jauhkan kontroversi..Gitu!!!
Adios!
*si Adeeb budak masuk sekolah 1st day!
No comments:
Post a Comment