| Selain masalah suami takde timbangrasa-ada jugak masalah langsung xde duit spare ditangan.Semua mengharapkan single income |
Ini antara yang sempat aku screen shot
Insyaallah,posting ni tak mengaibkan penulisnya
Tiada nama "anonymous"
Aku sangat faham betapa semua impian ibu2 adalah menjadi surirumah
Menjaga rumah,anak2 & urusan rumahtangga sebaiknya
Bak kata FTHW seronok melihat anak membesar didepan mata
Aku pun jika diberi pilihan,aku juga berangan nak jadi FTHW
Seronok apa,tak perlu nak mengadap jem pagi-petang nak pg/balik kerja
Melayan drama opis yang berbabak2
Tapi hasil penat lelah tu kita dibayar sekian2 jumlah gaji setiap hujung bulan
Dan ada caruman KWSP/SOCSO untuk security
Atau untuk govt servant,ada skim Pencen sekian2
Dan aku yakin
Akan ada exteremist yang akan reply
Ulat dalam batu pun boleh hidup?
Masalahnya ko ulat ke?
Yang tak perlu bayar rumah,yang tak payah pakai baju,yang tak perlu ada kenderaan?
Cuma banyak sangat kes SURIRUMAH tersakiti macam ni
Duit xde dalam tangan.suami KURANG berkemampuan
Kalo mampu pun setakat yang asas sahaja
Nak berjalan,nak beli baju nan sepasang pun berkira2
Jangan mimpi nak mintak duit nafkah sekian2,mmg xdelah
Surirumah tak bekerja,xde side hustle
Semata2 mengharapkan duit suami semata2
Itupun sekiranya jika suami setia sampai hujung nyawa
Belum lagi kes suami yang kena sondol babi hutan "penyondol"
Sebab tu perlunya ada DUIT sendiri
Usahalah apa jua keadaan asalkan mendatangkan penghasilan untuk diri sendiri
Duit ni memang orang kata rezeki dr Allah swt
Tapi celah mana datangnya rezeki jika tiada usaha tulang 4 kerat?
Ramai staff aku yang muda2,baru pregnant-dah plan selepas bersalin nak resign
Aku tk pernah lagi x approve orang hantar notis resign even hantar notis resignation during maternity leave-tetaplah aku approve dengan senang hati
Itu hak & pilihan masing2
Cuma sbg orang tua yang ada pengalaman kita nasihat ajelah yang boleh
Aku merasakan itulah titik mula dia takkan mula bekerja semula
Sebab selepas bersalin anak pertama,kemungkinan untuk menambah anak kedua-ketiga dan seterusnya adalah EXPECTED
Celah mana nak bekerja semula?
Sorry bukan bitter,tetapi itu adalah kenyataannya
Membesarkan anak2 bukan seringgit dua pelaburannya
Dan percayalah single income terutamanya tinggal di Lembah Kelang ni adalah misi mustahil
Unless suami tu T20 gaji 5 angka
Lambat laun isteri akan bersuara,keinginan /kehendak tak dipenuhi
Dan disitulah bermulanya konflik dalam rumahtangga iaitu "Masalah KEWANGAN"
Nak berjalan jauh xboleh,nak makan sedap sikit-tggu gaji
Belum lagi urusan sekolah anak2,nak pergi tuisyen,nak pergi lawatan
Kos2 luar jangka yang tak masuk dalam fixed commitment
Kalo tak,takdelah bersepah surirumah tabur QR dalam Thread mengemis ayam gepuk dari strangers
Malukan?
Disitulah letaknya titik terendah,titik tertinggi segala bagai
Dalam Thread tu memang macam2 jenis manusi kita boleh tengok
Sebab itu suka atau tak suka
Jadilah suri rumah yang resourceful,ada skill dan berani mencuba
Yang pandai cari duit
Jiran aku,seumur hidup hanya bekerja 2 tahun sahaja selepas graduate
Dan selepas berkawin-terus ikut suami berhijrah
Apa yang dia buat
Dia jadi homebaker
Dia membesarkan anak2 sambil jual kek.dessert dan sampai skrg x menang tangan amik order
Ada jugak jiran yang pandai menjahit-jadi dia gunakan skil menjahit menjana duit untuk dirinya
Jika pandai memasak-buat mini katering,buat jualan mangkuk tingkat,buat dessert
Jika suka kanak2-jadi babysitter tetapi janganlah tamak sampai 10 budak nak asuh sekali harung
Jika boleh memandu-amik/hantar anak2 jiran sekolah
Mungkin boleh jadi pemandu grab hujung minggu
Pokoknya mahu atau tak
Sebab jika berdebat soal ini
Ramailah yang pompang 1001 alasan
Main socmed 24/7 boleh
Tapi suruh cari side hustle macam2 alasan
Rela tadah QR dalam socmed
Mengidam kfc,ayam gepuk,CBTL,Tealive
Kadang2 kesian baca Thread tengok surirumah post itu & ini
Tapi bila pikir2 semula geram jugak
Mana laki korang ni?
Laki korang ni tau tak,korang mengemis kat Thread ni?
Memang duit tak boleh bawak ke kubur
Tetapi duit itu alat memudahkan hidup kita
Taknak masak-kita beli
Takmo drive-kita order grab
Tak larat urus kain baju-kita campak dobi
Tak larat keluar masuk hantar anak sekolah-kita bayar van sekolah
Tak larat mengemas rumah-hire part time maid hujung minggu
Dan itulah fungsinya berDUIT
Kita bukan hidup berkiblatkan duit
Tapi zaman sekarang serba-serbi perlu DUIT
Dari POV:Seorang ibu beranak empat
Yang bekerja sepenuh masa sambil membesarkan anak2.
Alhamdulillah,anak2 membesar dengan baik di taska
Kami juga menjalankan t/jawab sebagai mak ayah
Sentiasa berusaha berada dalam setiap fasa anak2 membesar
Bekerja bukan halangan untuk seseorang jadi mak ayah yang bertanggungjawab
Yang penting cara kita membahagikan masa
Memang penat jadi ibubapa yang bekerja
Tetapi insyaallah PENAT yang BERBALOI!
No comments:
Post a Comment