Pages

11 January, 2018

Bajet!

Aku yakin & pasti semua orang yang dah berkeluarga pasti akan ada bajet asas nak hadap untuk setahun.Bajet ni pastinya takkan sama antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.Macam aku,aku hujung tahun dah sibuk pikir bajet untuk beberapa perkara wajib untuk tempoh setahun.Ada beberapa pecahan wajib mengikut keutamaan & kena strict menyimpan untuk itu.

 

Macam aku & keluarga-aku ada pecahan wajib/event yang suka atau tak-memang kena standby jugak duit RM,

 

1. Bulan 4

Hujung bulan ni,roadtax & insuran akan tamat tempoh-tapi usually untuk yang ni aku takdelah risau sgt sebab usually awal bulan 4 kami suami & isteri akan terima refund LHDN –dan selalunya duit refund nilah kami gunakan untuk selesaikan bayaran roadtax/insuran.Bayar aje dengan MYEG-cukup masa dia hantar aje depan pintu.Senang yaaa amat!Usually paling banyak pun dalam RM1k memandangkan kereta pun dah lama,market value banyak mana sgt.

 

2. Bulan 5 & 6-Ramadhan & Aidilfitri

Start posa & insyallah panjang umur akan sambut Aidilfitri.This is the big toll actually ikut bajet kami.Selain aku & suami siapkan pakaian anak2 & pakaian kami laki bini-usually kami akan start beli sikit dari awal tahun.Let say Januari beli kain pasang-hantar tailor,February pulak mungkin beli baju jalan anak2-belilah sorang 2 pasang.Mac-pelan2 beli kasut raya sepasang sorang.April-beli tudung raya pulak.May-selalunya perbelanjaan akan spend untuk order kuih raya kesukaan anak2,beli utk rumah mak & nak bawak balik kg sikit-almaklumlah nak buat tak pandai.Awal Jun,barulah tukar duit raya buat sedekah anak2 sedara & standby duit minyak,toll nak balik kg.Serta duit belanja pagi raya rumah mak & kampong.Selain beli baju awal tu-untuk May & June-kami laki bini akan allocate paling banyak RM 1500.00.Fund comes dari duit Govt bayar bantuan raya & tambah sikit duit kami laki bini.Start gaji Jan ni-wajib laki bini allocate RM75 sorang dalam tabung raya –so RM150 X 6 bulan : RM 900.Ini stail yang aku amalkan sekian lamanya sebab nak settlekan keperluan raya anak bertiga sekali harung,bengkok rasanya.Jadi terpaksa buat macam ni setiap tahun.Tipsnya kalo jenis anak badan cepat naik-belilah saiz besar sikit.So far anak2 yang Ain & Auni-badan jenis payah nak naik,so takdelah masalah sgt nak beli awal pun.Adeeb aje problem sikit almaklumlah anak yang sorang ni,berselera aje makannya.

 

3. Bulan 8-Aidiladha

Macam tahun ni,beraya kat KL aje untuk Aidiladha makanya bajet tak besar mana.Kena allocate RM 300 aje- buat belanja pagi raya kat rumah cik Nee.Dan jugak buat jamuan ringan orang yang datang nak bertakbir raya malam tu.

 

4. Bulan 11-school break

Aku memang takkan balik kg hujung tahun sebab ada budget allocation adalah untuk budak naik sekolah.In case kami nak pegi bercuti,so Nov @ awal Disember waktu yang paling sesuai sebab anak2 dah start cuti sekolah.Aku memang ada plan nak bawak anak ke KK-tengah recce tiket murah lagi thru AA.Still sakit hati teruk tengok harga tiket kalo time cuti sekolah.Tak suka nak pg hujung minggu,sebab rasa macam penat sgt nak masuk keja pulak next day tu.Lagipun anak2 sekolah semuanya,maka takmo kerana mak ko sibuk nak JJCM,anak2 pulak ponteng sekolah.Lagi2 si Ain sekarang tight schedule sgt dengan kelas tambahan baik SK ataupun SRA.Jenuh!

 

 

5. Bulan 12-Back to school

Hujung tahun ni,allocation mungkin terpaksa dilebihkan dari tahun sebelumnya.Macam aku selalu merepek,aku ada niat nak hantar Ain masuk sekolah berasrama-jadi sekiranya Ain layak masuk boarding school maka belanja & peruntukan yang selalunya dalam RM2K terpaksa dinaikkan ke RM3.5k..Macam hujung tahun ni,aku takdelah risau sgt pasal fund  sebab usually aku main sistem KUTU which is selalunya aku akan pilih giliran bulan 11-so aku & suami akan top up sikit aje untuk bayar yuran segala bagai.

 

 

Begitulah bajet wajib hadap setiap tahun.Selain standby duit kecemasan,kot kereta meragam-anak sakit,balik kg mengejut dan macam2 lagi unexpected event yang kita takkan jangka.Precaution action tu perlu yea ibu2,adakan simpanan kecemasan.Kena bawak bincang dengan suami,nak menyimpan jangan suh isteri aje simpan-suami pun kena main peranan bagi contribution jugak.Aku masih mengamalkan sistem berkongsi wpun sepatutnya keperluan asas ni tugas & tanggungjawab suami nak sediakan tapi sebagai isteri yang kenal keadaan ekonomi suami –aku tak pernah biarkan suami aku yang hadap semua.Biarlah orang lain yang dok canang pasal nafkah segala bagai,bagi aku mana yang aku ada aku kongsi belanja dengan suami.Biarlah duit ihsan bantu suami ni ada nilai sedekah disisi Allah SWT.

 

Apapun semoga aku & suami dimurahkan rezeki tahun ni-dipermudahkan kami dengan misi free debt dan dipermudahkan setiap urusan hdknya.Tiada satu pun yang mudah dalam hidup, begitu jugak takde satu perkara yang susah sangat kalo ada proper plan.Kena selalu muhasabah diri jika kita diuji kerana Allah takkan uji kita diluar kemampuan kita.

 

Selamat merancang semua

Kitalah raja dalam keluarga kita

Tentukan keutamaan dalam hidup

I/allah hidup kita mudah serba-serbi!

 

 

 

*priority kami adalah anak2 kami! 

 

 

 

No comments: