Pages

06 December, 2017

Barakallah!

Jumaat 2 mggu lepas dengan kelam-kelibutnya aku & family selamat tiba ke Penaga,Penang demi meraikan majlis bersejarah untuk abang kedua ku yang akan menamatkan zaman dudanya setelah 8 tahun lamanya.Bertolak dr rumah pukul 10am-selamat tiba ke Penaga dalam pukul 4pm.

 

Abang aku selamat dinikahkan dengan 2x lafaz & kami yang lain turut sama rasa lega-tarik nafas.Selagi tak settle,selagi tuh ler serabutnya aku rasa.Elok pulak lepas majlis akad nikah,tuan rumah yakni family kaki par aku ada buat jamuan ringkas ala2 high tea.Kami yang memang tengah lapar-bagai orang mengantuk disorongkan bantal kekdahnya.Dengan dijamu laksa penang,bihun goreng & macam2 jenis kuih-muih.Makan tak pandang keliling.

 

Kami menginap di homestay yang disewa abang aku dengan kadar RM200 semalam di kawasan perumahan rumah kak ipar jugak.Malamnya abang aku tapau nasi,tomyam,paprik daging segala mak nenek.Melahap lagi wpun jam dah pukul 10malam..Lapar semedang kalo dok luar ni rasanya.

 

Esok paginya,Sabtu –makan nasi lemak daun pisang yang family kakak ipar hantar.Sementara nak menunggu pukul 1pm-aku bantai sambung tido pengsan gara2 malam tadi langsung tak nyenyak tido melayan Adeeb yang meragam hazabedah.Bangun2 dah pukul 12 tghr-tengok penuh dah orang dalam homestay.Barulah terhegeh2 nak bersiap segala bagai.Bersiaplah kami anak beranak,pakai baju sedondon semata2 nak merasa pakai baju boria sempena Abang kawin.

 

Layankan gambar2 yang sempat dirakamkan guna ipong6 mama ni.

 




Untuk abangku & isterinya

Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke jannah

Dikurniakan zuriat yang menyejukkan mata

Dimurahkan rezeki hdknya

 

 

 

 

No comments: